BAB 25

160 2 0
                                    

  Doktor keluar dari bilik kecemasan yang menempatkan Umairah setelah Umairah dibawa masuk kesitu .

  "Siapa waris perempuan tadi atau suami dia ? " soal doktor tersebut serius .

   Semua mata memandang Fathin namun Fathin masih ragu-ragu dengan keadaan sekarang dan belum faham apa yang terjadi cuma melihat doktor itu kosong .

  "Encik ke suami perempuan tadi ? " soal doktor itu lagi kepada Amirul .

  "Ya, dia suami perempuan tadi " jawab Fathin bagi pihak Amirul.

  Semua yang ada disitu terkejut dengan jawapan Fathin kecuali seseorang yang berada tidak jauh dari tempat mereka berada yang agak sedikit pelik .

  "Kenapa Fathin ada dekat sini " soal Ilham pelik .

  "Encik ikut saya yea ... " tiba-tiba doktor itu memecah kesunyian .

  Amirul cuba menolak dan memandang Fathin tajam .

  "Kau kawan aku, tolong aku , fikiran aku kusut , apa-apa nanti kau bagitahu aku " selepas menutur kata-kata Fathin berlalu pergi .

   Amirul cuma mengeluh berat ..

"Nasib kau mungkin sama dengan aku kejap lagi Mairah , tapi aku berharap sangat isteriku setia dengan aku " keluh Amirul dalam hati sebelum berlalu mengikut doktor tersebut .

Datin Hanis dan Datuk Farhan cuma melihat sahaja tanpa mampu berkata apa-apa .

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  "Wei,perampas .. tunggu sekejap " laung Ilham kuat sehingga menyebabkan orang disekitar tersebut berpaling termasuk Fathin.

  "Hah kau " ujar ilham lagi sambil menghampiri Fathin.

   "Kau pehal bro ? " tanya Fathin acu tak acu sambil melihat doktor didepannya yang macam nak cari gaduh .

  "Kau tanya aku pehal, kau tahu tak dah lama aku sabar dengan kau tapi kau langsung tak bersyukur "

  "Kau ni dah kenapa ? Malas aku layan , membazir masa " tutur Fathin sombong sambil berlalu .

   Ilham mencekam kolar baju Fathin sebelum sebiji penumbuk singgah dipipi Fathin .

  "Kau memang tak sedar dek untung kan, kau datang kampung aku tanpa segan silu,kau rampas Mairah dari aku dan kau sepatutnya beruntung .. aku buat tindakan bodoh perangkap korang berdua , tak kan kau tak ingat malam tu .. kau dua orang difitnah sebab aku sial " ilham semakin membara apabila Fathin berlagak sombong didepannya tanpa sengaja terbuka rahsia yang disimpan lama .

   "Dah habis drama ? " ujar Farhin sambil mengapu kesan darah dibibirnya sebelum berlalu meninggalkan ilham yang terpingga-pingga .

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Encik,sebelum saya bagi tahu kebenarannya,saya harap encik sabar yea, mungkin bukan rezeki Encik lagi " keluh Doktor tersebut sedikit berat .

  "Apa maksud doktor ? " soal Amirul pelik .

  "Kandungan isteri encik terlalu lemah dan bayi encik tak dapat diselamatkan ... "

  "Maafkan pihak kami, kami dah cuba sedaya upaya kami tapi Allah lebih sayangkan anak encik " tambah doktor itu lagi sambil menepuk bahu Amirul .

  Tanpa disedari keluhan berat keluar dari bibirnya . Doktor itu melihat dengan sedikit kesal .

   "Mungkin itu anak sulungnya " renung doktor itu apabila melihat Amirul mengaup mukanya .

   Walha dalam hati Amirul tiada siapa yang tahu,Mairah dah mengandung tapi kenapa Fathin boleh melupakan kisah hidupnya dengan Umairah , tambahan lagi Umairah keguguran , mesti tunjang yang menjadi pengikat kasih suami isteri akan sedikit retak .

Amirul mengeluh lagi sebelum ingatannya teringat akan Dhia yang sedang sarat mengandung .Amirul pantas bangun tapi teguran doktor tersebut mengejutkan Amirul dari lamunan .

  "Isteri encik belum sedar sepenuhnya,harap encik bagitahu dia slow-slow,bimbang ada effect sebab isteri encik belum tahu apa-apa lagi " panjang lebar doktor tersebut menerangkan .

  Amirul cuma menganguk sebelum berlalu,difikirannya cuma Dhia dan Fathin sahaja . Dia mesti pulang menjenguk Dhia dan Fathin harus bertanggungjawab dengan apa yang terjadi pada Umairah kerana dia suami Umairah bukan dirinya .

Cinta Yang TerlarangWhere stories live. Discover now