"Abang ... tunggu " panggil Mairah sambil cuba menghalang .
Fathin berhenti mendengar pangilan isterinya tapi matanya merenung tajam kearah anak mata isterinya . Paling pantang bila orang tak dikenali main2 kepala .
"Abang ... dia tak sengaja , abang jangan lah marah " pujuk Mairah lembut sambil memeluk lengan sasa suaminya .
Fathin cuma memandang isterinya lembut sebelum tersenyum .. namun tiba-tiba dia terasa badannya ringgan sebelum semuanya gelap .
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Doktor apa jadi dengan suami saya"soal Umairah pantas .
"Macam mana dengan anak saya doktor " tanya Datin Hanis risau .
Doktor itu cuma memandang silih berganti sebelum mengeluh ...
"Doktor , suami saya kenapa ? " Umairah sudah hampir menangis .
"Fathin selamat cuma .. Alhamdulillah , ingatan dia dah kembali pulih , dia nak jumpa kamu Dhia " doktor tersebut tersenyum sebelum berlalu ..
"Dhia ? Siapa Dhia ? Mungkin doktor tu silap nama ! " Umairah cuba menyedapkan hatinya .
"Dhia .. tak mungkin ..." keluh Amirul perlahan namun cukup membuktikan bahawa masalahnya sangat besar .
"Dhia" terkejut Datin Hanis dan keluarga ...
Mairah tidak perasaan tindak tanduk yang dipamirkan mereka semua pantas menolak pintu wad .
Belum sempat Umairah buka suara ,Fathin pantas mencela ..
"Dhia mana yea cik ? Dia tak nak jenguk saya ke , saya rindu dia sangat " Soal Fathin kepada Umairah .
Umairah cuma memandang Fathin sambil cuba mengawal perasaan .
"Siapa Dhia ? "
"Awak siapa ?saya macam pernah nampak .. btw Dhia bakal isteri saya,saya dah janji akan kahwin dengan dia " jawab Fathin jujur
"Abang dah lupa Mairah ? " airmata Umairah hampir gugur .
"Awak siapa ? Tolong panggil Dhia please !! "
"Abang , ni Mairah .. isteri abang "
"Tak mungkin ... argghh ... "teriak Fathin sambil memegang kepalanya yang berdengut ...
Semua yang berada diluar terkejut pantas menceroboh masuk bilik .
"Abang kenapa ? " soal Dhia sambil cuba menyentuh kepala Fathin.
"Jangan sentuh aku , "Fathin cuba menepis tangan Umairah sehingga menyebabkan Umairah jatuh terduduk.
"Ya Allah Mairah " pantas datin Hanis mendekati Umairah yang sudah terduduk .. mukanya seperti menahan sakit.
Fathin terkesima ... dia tidak sengaja menolak Umairah.Umairah pula walaupun agak sakit perutnya cuba untuk bangun tanpa melihat keadaan dirinya sendiri .
"Tak apa ma " tolak Mairah lembut apabila Datin Hanis cuba membantunya berdiri .
"Mairah okay tak ? " soal Datuk Farhan pula .
Umairah tidak menjawab sebaliknya cuma menganguk walha dia terasa macam senak diperut dan seperti,ada cecair di celah pahanya namun tidak diendahkannya .
"Saya minta maaf , tapi awak siapa ? Kenapa pegang saya ? " soal Fathin sedikit cuak
"Abang tak ingat Mairah langsung ke abang , Mairah isteri abang ? "
Fathin termanggu .. tidak mungkin dia kahwin dengan perempuan lain .. cintanya cuma untuk Dhia sahaja .
"Tapi Dhia ...... "
Belum sempat Fathin menghabiskan ayatnya , Amirul yang dari tadi senyap bersuara .
"Dhia dah kahwin selepas kau pergi tinggalkan dia semasa kau disahkan meninggal dahulu "
"Meninggal ? bila masa aku meninggal , sejak bila aku kahwin , kenapa Dhia mungkir janji ? " soal Fathin bertalu-talu.
"Aku yakin kau mampu ingat , mungkin kau dapat ingatan sebelumnya tapi cuba kau ingat balik memori kau 2 tahun lepas .. saat kau hilang " ujar Amirul lagi sambil meneka keadaan kerana Fathin sudah mampu mengingati Dhia lagi .
"Tak mungkin aku dah hilang 2 tahun .. ma , pa .. tak mungkin kan ? " soal Fathin lagi
"Apa yang Arul cakap semua betul sayang,Fath dah hilang 2 tahun lalu , 5 hari lepas baru kami menjumpai Fath dirumah isteri kamu , Umairah " terang Datin Hanis tenang sambil memandang Umairah .
"Ya Allah , ..." cuma itu mampu terlahir dibibir Datin Hanis tatkala matanya jatuh pada Umairah .
Umairah yang cuba menahan sakit sudah tidak mampu berdiri sebelum kakinya lemah dan terjatuh namun Amirul yang kebetulan ada disitu sempat menyambut Umairah dari terjatuh .
"Mairah ... bangun nak " panggil Datin Hanis sambil melihat cecair merah yang mengalir di paha Umairah ."Panggil doktor cepat ... " teriak Datin Hanis lantang .
Amirul terkejut melihat situasi itu ..dimana Fathin sudah ingat kembali memori nya dahulu dan Umairah pula ... terasa bersalah pada diri sendiri pulak . Kalau dia tidak buat tindakan bodoh tapi Fathin mungkin tidak naik angin dan terjadi seperti sekarang .
Fathin cuba bangun dari katil menuju ke arah Umairah sambil mengendong Umairah ke katil tempat dia baring tadi sambil menunggu doktor .
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...