BAB 9

68 1 0
                                    

Kini hampir setahun Fathin meninggalkan memori yang terindah buat Dhia dan keluarga .. Dhia yang semakin hari semakin mampu terima keadaan sebenar sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa .. Dhia cuba bangkit dari kesedihan yang membelenggu diri .. cuba terima hakikat bahawa Fathin telah pergi selamanya ..

Xxxxxxxxxxxxxxx

Amirul yang sedang ke menuju ke bilik Datuk Farhan yang dahulunya diduduki oleh Fathin terlihat Dhia yang sedang fokus menaip sesuatu di komputernya ...

  "Sungguh cekal gadis ni terima kenyataan hidup .. Fath .. kau memang beruntung dapat gadis sebegini tapi apa boleh buat .. kau pergi dahulu sebelum bahagiakan dia !! Aku harap kau aman kat sana Fath dan aku harap kau bertemu kembali dengan Dhia kat sana ... " hati Amirul mula jatuh simpati pada gadis malang seperti Dhia ... dari kecil sudah ditinggalkan keluarga namun Amirul kagum dengan kekuatan yang ditonjolkan gadis tersebut meskipun tiada lagi insan tersayang dalam hidupnya .

   "Andai aku bertemu jodoh suatu hari nanti .. aku harap biarlah dia seperti Dhia " Amirul terus bermonolog dalam hati sebelum tersenyum sendiri ..

  "Haiii ... sempat lagi kau berangan Arul oii "

Lamunan Amirul terhenti apabila telefon Dhia tiba-tiba berbunyi ..

  "Hello " terdengar suara dhia yang menjawab pangilan tersebut .

Amirul cuba berlalu kerana bimbang kehadirannya disedari Dhia apabila melihat Dhia memusingkan kerusinya menghadap tempat dia berdiri ..

  "What ?? Awak gila ke ?? Saya tak akan benarkan awak buat begitu !! " tegang muka Dhia menahan amaran yang bergelora dalam diri

Langkah Amirul terhenti bila mendengar suara Dhia seolah-olah sedang berang dengan seseorang .

  "Wait ..hello ... hello " belum pun sempat Dhia memberi kata putus pangilan telah pun diputuskan ..

Dhia melepas keluhan berat sebelum mengaut mukanya .. Amirul menjadi tanda tanya .. siapa pemanggil yang berjaya menganggu kenteteraman gadis tersebut ..namun niatnya dibatalkan untuk bertanya kerana dia tidak mahu Dhia mengangapnya buzy body .. dengan kepala yang penuh tanda tanya .. Amirul melangkah menuju ke bilik Datuk Farhan ..

Cinta Yang TerlarangWhere stories live. Discover now