BAB 18

60 1 0
                                    

"Tuan, kelakuan anak tuan ni memalukan penduduk kampung, saya nasihatkan tuan nikahkan mereka secepat mungkin " nasihat ustaz tersebut kepada ayah Umairah .

   "Tak nak ayah , Mairah tak nak kahwin .. Mairah dengan Fathin tak buat apa-apa pun " ujar Umairah sambil menangis . Fathin pula cuma terduduk lesu dikerusi .

   "Kalau kalian tidak berkahwin , kalian mesti membayar denda selain turun naik mahkamah "

Umairah cuma terdiam , begitu juga Fathin .

    "Saya akan kahwinkan mereka malam ni juga ustaz " tutur Encik Muhammad perlahan . Langsung dia tidak menjangka bahawa selepas menjadi wali anak saudaranya kini dia mesti menjadi wali anaknya sendiri .

   "Ayah !! "

   "Ayah buat demi kebaikan kamu berdua "

Umairah tidak mampu melawan sebaliknya cuma mampu menangis sambil memandang Fathin yang sedang mengaut muka. 

   " Mairah tak nak kahwin ayah !! "Tutur Umairah perlahan sambil menangis .

"Ros, bawa Mairah tukar pakaian dan lihat kalau-kalau Aina dah sedar " arah Encik Muhammad kearah adiknya yang juga merupakan ibu Amira .

   "Baik abang! " tanpa banyak soal Rosmawati membawa Umairah kebiliknya .

Encik Muhammad berlalu menuju ke arah Fathin yang masih lagi terduduk sepi .

   "Fathin , sudi tak kamu menikahi anak pak cik " tutur Encik Muhammad lembut sambil memegang bahu Fathin .

Fathin cuma nemandang wajah tua milik pak cik Muhammad . Ingin sahaja dia berkata tidak namun hatinya tidak sanggup melihat keluarga Umairah dihina kerana fitnah yang ditabur kepada dirinya dan Umairah dan dalam masa yang sama Fathin juga mulai mencintai Umairah dalam diam .

  "Mungkin ini jalan hidup kami pak cik , saya sanggup berkahwin dengan Umairah kerana ini juga silap saya sendiri " keluh Fathin berat sebelum tersenyum kearah Encik Muhammad .

Encik Muhammad tersenyum mendengar jawapan Fathin walaupun dia tahu anaknya sendiri tidak mampu terima kenyataan tersebut.

Umairah dibawa keluar oleh mak ngahnya sambil dipimpim oleh ibunya,Puan Aina . Fathin memandang Umairah yang masih lagi disirami air mata .

"Semua dah sedia ? "Tanya ustaz yang bakal menikahkan Umairah dengan Fathin . Semua yang ada disitu menganguk kecuali Umairah .

   "Baiklah, jika semua dah sedia " ucap ustaz tersebut lagi sambil mengengam tangan Fathin erat .

   "Tengku Fathin bin Tengku Farhan, aku nikahkan engkau dengan Nur Trisha Umairah binti Muhammad dengan mas kahwin Rm500 ringgit tunai "

   "Aku terima nikahnya Nur Trisha Umairah binti Muhammad dengan mas kahwin Rm500 tunai "

   "Sah ? " tanya ustaz tersebut kepada saksi-saksi yang menjadi bukti pernikahan Umairah dan Fathin .

   "Sah " ucap mereka merentak .

Semua yang hadir tersenyum lega kecuali Umairah yang masih dibelenggu kesedihan .

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Gelas kaca yang dipegang Dhia tiba-tiba jatuh dan pecah berderai . Saat Dhia cuba untuk mengutipnya tanpa disengaja tangan Dhia terkena serpihan kaca tersebut .

  "Dhia, kenapa ni ? " ujar Amirul cemas apabila mendengar bunyi benda pecah ketika dia sedang menyiapkan kerjanya kepada isterinya apabila sampai saja dimuka pintu dapur kerana bimbang akan keadaan isterinya yang kini berbadan dua .

    "Tak ada apa-apa lah abang, gelas pecah je " ujar Dhia lembut .

Amirul pantas menghampiri isterinya sebelum matanya jatuh pada jari Dhia yang terluka .

   "Dhia..tangan Dhia !! "Ujar Amirul sambil mencapai tangan isterinya .

   "Sikit je bang"

  "Dah, Dhia pergi luar , biar abang yang bersihkan kaca ni " arah Amirul tegas kepada isterinya ..

   "Tapi .... "

    "Sayang... dengan cakap abang ok "

  "Okey " keluh Dhia sebelum berlalu .

Cinta Yang TerlarangWhere stories live. Discover now