"Abang, eii , geramnya Mairah " Umairah geram dengan Fathin yang asyik membaling buah manggis ke arah Umairah dengan pantas mengutip buah manggis yang dibaling Fathin tadi kemudian memukul Fathin kembali .
"Aduh, amboi main kasar ye isteri abang ni , siap nanti abang turun " ujar Fathin sambil melompat turun kebawah pokok .
Umairah tidak berganjak dari tempat duduknya meskipun diugut oleh Fathin .
Fathin pantas berjalan menuju kearah isterinya untuk 'membalas dendam' kerana serangan isterinya itu tepat mengenai hidung mancungnya .
Umairah yang merasa sedikit goyah melihat Fathin semakin hampir dengannya pantas membaling sebiji buah manggis yang masih ditanggannya sebelum berlari menyelamatkan diri .
"Mairahhhhh ..."
Fathin pantas mengejar Umairah dan cepat sahaja Umairah berada digengaman Fathin .
"Sorry...sorry .. Mairah tak sengaja terbaling kat hidung abang tapi .... comel " ujar Umairah yang masih ketawa sambil mencuit hidung Fathin yang sedikit comot dek kerana lumpur yang berada pada buah manggis tersebut melekat dihidung milik Fathin .
Fathin mengecilkan biji matanya kearah Umairah sebelum merapatkan bibirnya ke bibir Umairah .
"Ish, mana boleh main curi-curi " ujar Umairah sambil membuat muka .
"Balasan siapa suruh jahat sangat "
"Alah, abang yang mula dulu " protes Umairah sambil memuncungkan mulutnya .
"Abang cium lagi kan "
Umairah pantas menutup mulutnya dengan tapak tangan sebelum Fathin pura-pura mendekatkan dirinya dengan Umairah lagi .
"Ya Allah , budak dua orang ni , kalau ye pun tunggu lah malam sikit "
Fathin pantas berpaling melihat gerangan yang datang sebelum mengaru kepala yang tidak gatal apabila ibu mertuanya yang datang menyapa . Umairah cuma tunduk nenahan malu kerana ibunya melihat perbuatan mereka tadi .
"Dah-dah jom balik .. ada tetamu nak jumpa Fathin kat rumah "ujar puan Aina ketawa apabila melihat muka anak dan menantunya merah nenahan malu .
"Siapa mama ? "
"Entahlah , mama pun tak biasa tengok .. rasanya bukan orang sini "
Ujar puan Aina lagi menjawab soalan menantunya."Ohh "
"Dah .. buah yang mama suruh petik tadi tu dah petik ke belum ? " soal puan Aina sambil mengangat kening .
"Eh, dah mama , kejap , Fathin pergi ambil . Mairah mai tolong abang .. berat lah nak pikul sorang-sorang , tapi kalau ada isteri ringgan lah cikit sebab boleh lihat muka isteri abang ni pun pokok mangga pun abang boleh angkat bawa balik "ujar Fathin sambil menyakat isterinya.
"poyo ..tak nak "
"Ok.. tak nak ikut abang lah ni ... " Fathin pantas bergerak kearah Umairah sebelum mengendong isterinya .
"Abang, turunkan Umairah lah " jerit Umairah yang terkejut kerana tidak menyangka suaminya berani buat begitu walaupun didepan ibunya .
Puan Aina tersenyum dan mengeleng melihat anak menantunya sebelum berlalu meninggalkan mereka.
"Semoga mereka bahagia selalu " doa seorang ibu didalam hati .
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Assalamualaikum .. " ujar Umairah dan Fathin serentak .
"W'salam " jawab Datuk Farhan .
Fathin bersalam dengan bapa Umairah dan datuk Farhan sebelum meminta diri untuk menukar pakaian .
"Dia tak kenal saya ? " tanya Datuk Farhan kepada ayah Umairah .
"Sebenarnya.. Fathin lupa akan asal usulnya, kami cuma mengetahui namanya melalui kad pengenalannya sahaja " bagitahu ayah Umairah nengimbas peristiwa dia berjumpa Fathin ...
Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
2 TAHUN SEBELUMNYA ...
" Semasa pak Mat dan Umairah sedang memotong kayu dihutan tiba-tiba pak mat terkejut apabila Umairah menjerit apabila terpandang sekujur tubuh seseorang yang terbaring lesu tidak sedarkan diri . Tanpa membuang masa Pak Mat pantas berlari menuju ke tubuh manusia itu dan masa itu pak mat terkejut tengok tubuh Fathin bermandikan darah sebab itu pak mat cuba menolongnya dengan menghantar Fathin ke hospital . Hampir sebulan Fathin dirawat dihospital dan masih belum sedarkan diri . Pak mat ada minta tolong orang untuk cuba cari waris terdekat Fathin berdasarkan kad pengenalan diri Fathin tetapi gagal dan sebab itu lah kami sekeluarga menjaga dan merawat Fathin kini namun ingatan Fathin masih lemah untuk mengigati semua kisah silamnya " ujar ayah Umairah panjang lebar .
"Terima sebab jaga anak saya pak mat dan budi baik Pak mat tidak mungkin saya lupa tapi izinkan saya membawa Fathin pulang pak Mat .. kami sekeluarga sangat rindukan dia dan saya yakin isteri saya pasti bahagia bila dia dapat tahu Fathin masih hidup " senyuman lebar diberikan kepada pak mat penuh iklas.
"Saya tidak menghalang tapi ....
"Abahh ... Umairah pengsan !! " Fathin muncul dengan mengendong Umairah yang tidak sedarkan diri .
"Macam mana boleh jadi macam ni ? " soal puan Aina cemas .
"Tak tahu mama , masa Fathin keluar bilik air Fathin tengok Umairah dah pengsan "
"Aina, ada darah keluar " Pak mat cemas melihat darah yang mengalir di celah paha Umairah .
"Jom, kita bawa dia ke hospital " cela datuk Farhan pula .
"Baiklah .. jom "
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...