Umairah pelik melihat kereta Ilham dihadapan rumahnya. Untuk apa Ilham kerumahnya namun dia buat tidak tahu sahaja sebelum kakinya melangkah kedalam rumah setelah memberi salam .
"Hah , sampai pon , mari sini duduk sebelah mak cik " ujar puan Faridah ceria sambil menepuk kerusi kosong disebelahnya supaya Umairah duduk disitu.
Umairah memandang wajah ibunya penuh tanda sebelum matanya jatuh pada Ilham yang tersenyum manis kepadanya. Umairah tertanya-tanya sendiri apa yang berlaku dan kenapa ada hantaran diatas meja ..tak mungkin keluarga Ilham datang melamar Umairah ..
"Ish,tak mungkin" pantas otak Umairah menepis kata-kata yang menerjah otaknya.
"Mairah, kami datang ni membawa hajat besar " puan Faridah memecah kesunyian .
"Hajat ?? Hajat apa mak cik ?? " soal Umairah pelik
"Tanya lah mama awak Mairah !" Ilham yang dari tadi diam mencelah.
"Mama , hajat apa ? "Tanpa buang masa Umairah terus bertanya .
Puan Aina cuma terdiam dan memandang anaknya sebelum tersenyum nipis . Dia tahu kalau dia memberitahu anaknya pasti Umairah akan menolak namun keputusan tetap ada pada Umairah .
"Kami datang nak lamar Mairah untuk Ilham " Encik Mazlan akhirnya menjawab bagi pihak ibu Umairah .Umairah terkejut menerima lamaran daripada Ilham . Sungguh dia tidak menyangka Ilham betul-betul memaksudkan apa yang diucapkan tempoh hari. Umairah tidak menjawab sebaliknya merenung tajam ke arah Ilham .
"Mairah, keputusan ada ditangan Mairah samaada Mairah terima atau tak .. tapi mak cik harap Mairah terima lamaran anak mak cik sebab mak cik pun memang berkenan jika Mairah menjadi menantu kami , kan bang ? " luah Puan Faridah sambil memandang suaminya .
"Betul tu Mairah, tapi kami tak paksa Mairah, buat keputusan terbaik untuk kehidupan Mairah " lembut tutur bicara Encik Mazlan sambil melihat wajah Umairah dan Ilham silih berganti .
Umairah memandang wajah ibunya dengan harapan meminta ibunya meleraikan masalah tersebut ..
"Mama..., Mairah tak cintakan Ilham ma !! " jerit Umairah dalam hati .
"Sayang, semua keputusan ditangan Mairah.., mama dengan ayah ikut je ! " ucap puan Aina kemudian .
"Mama, ayah, mak cik , pak cik dan Ilham, sebelum Mairah bagi keputusan , Mairah nak mohon maaf andai keputusan Mairah ni menyakitkan hati semua ...." Umairah berhenti disitu sebelum melepaskan nafas dengan berat sebelum menyambung ayatnya ...
"Sebenarnya ... Mairah tak boleh terima lamaran ini .. Mairah tak cintakan Ilham sebab bagi Mairah, Ilham tak lebih dari seorang abang!! Maafkan Mairah semua " Umairah tertunduk penuh rasa bersalah kerana menolak lamaran tersebut dan menghancurkan harapan mak cik Faridan dan pak cik Mazlan .Ilham terkejut dengan jawapan Umairah namun didiamkan sahaja kerana mereka didepan orang tua .
"Sial kau Mairah, kau tolak aku depan orang tua aku .. kau malukan aku Umairah, nahas kau , aku akan balas balik " Ilham mula menyimpan dendam dihati apabila lamarannya ditolak mentah-mentah oleh Umairah.
"Tapi Mairah , mungkin....... " belum pun sempat puan Faridah menghabiskan ayatnya, Ilham pantas nenyanpuk .
"Dah lah mak, orang tak sudi , jangan dipaksa .. arhhg !! Jom balik " Ilham menumbuk kuat meja sebelum membaling dulang hantaran kedinding tanda protes sebelum berlalu keluar .
Semua yang ada disitu terkejut dengan tindakan spontan Ilham .
"Maa ... maafkan anak saya Mat , Aina , !! " pantas puan Faridah memohon maaf atas sikap anaknya . Terlintas diminda tuanya .. mungkin Umairah menolak lamarannya kerana sikap panas barang anaknya itu .
"Tak apa Ida " senyum puan Aina kearah puan Faridah .
"Mak cik , pak cik ..maafkan Mairah !! " Umairah masih lagi berasa bersalah dengan tindakannya tadi .
"Tak apa Mairah , " senyum puan Faridah sambil mengosok kepala Umairah .
"Kami minta diri dulu " ucap Encik Mazlan
"Baiklah, hati-hati " ucap Encik Muhammad
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...