"Yang awak ambil clorox tu buat apa ? Saya acah je lah tadi " ujar Umairah gelabah apabila melihat bibir Fathin kemerahan akibat kesan bahan kimia didalam pencuci clorox tersebut .
"Awak yang suruh, saya ambil je lagipun saya mana tahu macam mana nak tanggalkan gincu perempuan ni !" Ujar Fathin sambil menahan sakit .
"Ish, awak ni ! Kan benda ni dah ada dalam bilik air ni " ujar Umairah sambil menunjukkan botol pencuci make-up .
Fathin cuma memandang sebelum dengan pantas mencapai pili air untuk membuka paip apabila merasa bibirnya payau namun akibat dalam kekalutan Fathin telah mencapai paip air pancut dan akibat Umairah berada dibawah paip air tersebut habis basah bajunya terkena air tersebut .
"Ish, Fathin ..kenapa awak buka paip air pancut " marah Umairah .
"Bibir saya ... sakit " ujar Fathin menahan kesakitan
Umairah cuma mengeluh " Dah jom keluar , nanti saya ambilkan ubat .. awak pergi salin baju dan tunggu diruang tamu,saya nak tukar baju saya kejap " ujar Umairah sebelum meninggalkan Fathin yang masih lagi sedang berkumur.
Tok... tok ..... tok
Bunyi Pintu rumah Umairah diketuk oleh seseorang.. Umairah memandang pelik , bukan dia membiarkan pintu rumahnya terbuka ke tadi namun Umairah menuju juga pintu rumahnya sebelum membuka .
"Assalamualaikum .. , kami dari pejabat agama .. kami dapat tahu kamu melakukan sesuatu yang tidak elok disisi agama "ujar seorang lelaki yang berkopiah sambil memandang Umairah yang masih memakai baju basah .
"Wsalam , apa maksud Encik ? Saya tak lakukan apa-apa pun ! " ujar Umairah membela diri .
"Dia bohong Ustaz , tadi saya nampak dia bawa lelaki masuk dalam rumah " ujar seorang lelaki yang diupah oleh Ilham sebelum disokong oleh tiga orang lagi konconya .
"Apakah benar kata lelaki tersebut ?" soal lelaki yang digelar ustaz tersebut .
Belum pun sempat Umairah menjawab, Fathin keluar dari bilik air dengan keadaan tidak berbaju dan cuma berseluar panjang sahaja .
"Tengok tu Ustaz "tunjuk salah seorang lelaki upahan Ilham kearah Fathin .
Fathin yang masih lagi pelik dengan kehadiran orang ramai dirumah Umairah cuma memandang sepi sahaja mereka .
"Apa yang kecoh-kecoh ni " ujar ibu Umairah yang datang untuk melihat anak gadisnya kerana hati tuannya berasa tidak enak kerana Umairah dan Fathin begitu lama untuk datang ke rumah Amira.
"Ni anak mak cik yang mak cik sayang sangat ni dah berkelakuan sumbang dengan jantan ni "
"Tak .. mama tak mama , Mairah tak buat apa-apa pun , Mairah cuma ... "
"Cuma apa ? Cuma kau peluk-peluk dan cium-cium mamat tu je kan sampai habis merah aku tengok bibir mamat ni " potong lelaki upahan Ilham melakonkan drama sambil menunding jari ke arah Fathin .
"Tak mak cik, itu fitnah je, bibir saya terkena ... " belum pon sempat Fathin menghabiskan ayatnya , Ilham tiba-tiba muncul dan menyampuk .
"Ohh, patut lah kau tolak lamaran aku, rupanya kau ada agenda lain dengan jantan tak guna ni dan entah-entah kau dah mengandung dengan jantan ni sebab tu kau tak nak kahwin dengan aku sebab bimbang rahsia kau bocor kan " tuduh Ilham menambahkan marak api yang sedang membara .
"Ilham , apa hak kau nak mencemarkan maruah Umairah" mara Fathin sambil memegang kolar baju milik Ilham .
"Sudah, cukup ... " jerit ibu Umairah sebelum jatuh pengsan .
"Mama .... " jerit Umairah lantang sambil berlari mendapatkan ibunya .
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...