"Kenapa awak membela saya Arul ? Kenapa awak bagi Farid kata ucapan tersebut padahal awak tahu perkara tersebut tak akan terjadi ? "Soal Dhia perlahan kepada Amirul yang tengah memandu kereta .
Amirul memandang Dhia sekilas sebelum meneruskan pemanduaanya .
"Awak memang berharap harta pusaka papa awak jadi milik awak ? " soal Amirul kembali tanpa menjawab soalan Dhia.
"Yea Arul .. meskipun harta pusaka papa saya tak banyak sekadar tanah sekankang kera dan rumah pusaka buruk tapi saya sangat sayang tempat tersebut .. disitu saya membesar dan disitu juga segala kenangan saya dan keluarga " tutur Dhia sambil memandang keluar bagi mengelak Amirul melihat dirinya yang menangis
" cuma satu cara itu sahaja ke pusaka tu akan jatuh ke tangan awak ? " soal Amirul lagi.
Dhia cuma menganguk sebelum mengeluh ..
"But i know ..saya tak mampu tunaikan syarat tersebut sebab apa yang Farid cakap tadi mungkin ada benar .. saya tak mampu selamatkan harta papa saya .. !! " airmata Dhia yang ditahan akhirnya gugur juga .
Amirul yang melihat keadaan Dhia lekas memberi signal untuk berhenti diseberang jalan .
"Dhia .. kalau ada orang yang sanggup tolong awak selamatkan harta papa awak adakah awak sanggup terima dia ? " soal Amirul inginkan kepastian
Dhia cuma merenung Amirul .
"Maksud awak ? "
"Apa yang saya cakap tadi kepada Farid adalah benar .. saya akan berkahwindengan awak demi selamatkan harta yang sepatutnya menjadi milik awak Dhia " tutur Amirul sambil merenung mata Dhia yang redup dibasahi airmata
"Tapi ... awak tahu hati saya masih belum lupakan Fathin sepenuhnya lagi . "
"Saya tahu Dhia .. saya yakin saya mampu bahagiakan awak dan selamatkan harta papa awak Dhia ? Sudi tak awak terima saya sebagai suami awak ? " penuh harapan Amirul menunggu dengan niat mahu membantu gadis tersebut
Lama Dhia termenung sebelum memandang Amirul .
"Give me a time , saya perlukan masa untuk berfikir .. saya takut saya tak mampu menjadi isteri yang sempurna untuk awak "
"Dhia .. jangan fikir soal tersebut .. saya tahu hati awak masih untuk Fathin .. saya terima kenyataan tersebut dan saya cuma berharap awak terima saya sebagai tanda pertolongan untuk selamatkan harta milik papa awak "
Dhia tidak menjawab sebaliknya cuma memandang Amirul .. terlahir rasa syukur dihatinya disaat dia tiada tujuan untuk melangkah masih ada insan berhati mulia yang sudi membantu .. namun Dhia masih takut dia tidak mampu membahagia Amirul meskipun Amirul menerimanya sekadar satu bantuan .
Xxxxxxxxxxxxxxxxx
Setibanya dirumah Dhia termenung seorang diri dibalkoni .
"Fath .. maafkan i Fath .. i terpaksa terima Amirul demi papa i dan papa .. Dhia akan menjaga amanah papa untuk menjaga wasiat papa .. doakan Dhia tabah hadapi setiap dugaan dan doakan kebahagiaan Dhia papa ... " tutur Dhia perlahan sebelum berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk ..Dhia perlu menyerah diri pada Yang Kuasa untuk menentukan segala jalan hidupnya ...
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...