BAB 8

78 1 0
                                    

5 bulan kemudian

Meskipun sudah 5 bulan pemergian Fathin namun Dhia masih tetap dalam dilemanya .. dia belum mampu terima keadaan sebenar bahawa Fahin sudah pergi meninggalkannya ... masih tergia-gia di memorinya kata-kata Fathin 2 hari lepas sebelum Fathin terlibat dalam tragedi tersebut.

   "Kalau nanti i betul-betul tinggalkan u ? Tak kan u sanggup nak tunggu orang yang dah tak wujub lagi ?? "

  Masih Dhia teringat kata-kata Fathin yang bertanyakan tentang keiklasan cintanya .. namun dia tak sangka Fathin betul-betul tinggalkannya ..

   "Kenapa u tinggalkan i Fath ? U tak yakin yang i mampu tunggu u ke Fath ? U pandang rendah pada kesetiaan i Fath ... i benci u ... benci !!! " teriak Dhia lantang sambil membaling foto Fathin kedinding .. habis pecah berderai bingkai foto yang menghiasi gambar Fathin tersebut .

    Hidayah yang kebetulan berada di dapur terdengar teriakan Dhia dan bunyi kaca yang pecah berderai pantas berlari ke bilik Dhia .

"Ya Allah Dhia .. kau ni dah kenapa hah ? " marah Ida apabila melihat tangan Dhia yang berdarah apabila cuba mengoyak gambar Fathin yang berada didalam bingkai foto yang pecah tersebut ..

Dhia langsung tidak menjawab sebaliknya cuma meneruskan perbuatannya sebelum ditempis kasar oleh Ida.

  "Dhia .. tengok sini Dhia .. " Ida memegang dahu Dhia lembut memandang wajahnya .. Dhia cuma menurut sahaja tanpa sebarang bantahan

   "Dhia .. tak guna kau cederakan diri kau dan memukul gambar Fathin .. dia dah tak ada Dhia .. Fathin sudah tak ada lagi kat dunia ni .. dah tak ada .. kau faham tak ... !!! " Ida bertekad mahu menyedarkan Dhia masih dalam igauan tersendiri ..

  "Nooo ... Fathin masih hidup ...  dia cuma tak mahu jumpa aku .. dia tak mahu berkahwin dengan aku .. itu sebab dia lari " ujar Dhia lemah sambil memegang kemas rambutnya yang sedikit kusut .

   " Fathin dah meninggal Dhia ... kau kena terima kenyataan bahawa dia dah tak mampu ada disamping kau lagi .. "

Dhia tidak membalas sebaliknya cuma menggeleng ...

  "Bawa aku jumpa dia Ida ... aku nak tahu jawapan dia ... aku tahu kau sepakat dengan dia untuk kenakan aku kan ?? " ujar Dhia masih belum mengalah ..

   "Baiklah .. aku bawa kau .. pergi bersiap " Ida memberi kata setuju dan akan membawa Dhia 'jumpa' Fathin agar Dhia sedar selama ini dia  hidup dalam dunia ciptaannya sendiri ..

Xxxxxxxxxxxxxxxxx

Sesampai sahaja diperkarangan kubur .. Dhia pantas bersuara ...

   "Aku bukan hendak kekubur ..aku nak jumpa Fathin ... " ujar Dhia protes sambil memeluk diri ..

   "Ikut je aku ... "paksa Ida

  "Tak nak .. aku nak jumpa Fathin" Dhia terus dengan pendiriannya

"Ikut aku kalau nak 'jumpa' Fathin !! " Ida kemudian membuka pintu kereta sebelum menarik Dhia kesuatu tempat ..

  "Tengku Fathin bin Tengku Farhan"

"Ni Fathin .. kau nak 'jumpa' dia kan .. so kau jumpa dia puas-puas Dhia "

"Tak .. tak mungkin .... "

  "Mungkin dan segalanya telah pun berlaku .. Fathin telah kembali ke tempat asal dia Dhia ... kau tak kesian ke dekat Fathin yang masih 'terperangkap' gara-gara kau yang masih belum melepaskan dia pergi Dhia ... ?? Wake up Dhia .. jangan terlalu lemah .. hidup kau masih panjang dan kau yang hidup ni doakan semoga Fathin bahagia disana " panjang lebar Ida cuba  menasihatkan Dhia dan dia berharap agar Dhia sedar dan kembali seperti dulu ..

Dhia cuma terduduk sebelum menangis tersedu-sedu ..

"Fathin dah pergi ... !! "

   "Yea .. dia dah pergi Dhia " pintas Ida nenjawab persoalan Dhia ...

  

Cinta Yang TerlarangWhere stories live. Discover now