"Mairah, cepat lah !"laung Fathin kearah Umairah yang masih bersiap untuk ke majlis akad nikah sepupu Umairah .
"Kejap " laung Umairah kembali
"Make-up lah tu "komen Fathin perlahan sambil membuat muka ala-ala sedang bermake-up.
"Apa make-up , orang kunci pintu lah" sergah Umairah yang tiba-tiba muncul .
"Eleh, tu .... apa kat bibir tu ? " Fathin memuncungkan mulutnya ke arah bibir Umairah yang dihiasi pelembap bibir .
"Apa ?? Nak pakai juga ke ? "
"Boleh juga , nah tolong pakaikan !!" Fathin memuncungkan bibirnya seolah-olah memberi bibirnya untuk diletakkan pelembap oleh Umairah .
Umairah tersengih melihat gelagat Fathin sebelum timbul idea jahat dibenaknya . Umairah pantas mengambil gincu dalam beg tangannya kemudian meletakkannya pantas dibibir Fathin . Fathin yang terkejut dengan tindakan Umairah pantas mengalihkan mukanya namun gagal kerana gincu tersebut sudahpun berada dibibir dan pipinya. Umairah tergelak meihat wajah Fathin yang macam baduk tak siap make-up .
"Errr... Umairah !!! Saya acah je lah , ! " rungut Fathin
Umairah masih lagi tergelak .
"Apa gelak-gelak !! '
"Muka awak ... comel sangat !! Macam baduk pun ada ... hahahah " Umairah masih lagi meneruskan tawanya .
Puan Aina dan Encik Muhammad tersenyum melihat gelagat mereka .
"Dah lah tu Mairah, tak baik sakat orang " tegur Encik Muhammad kepada anak gadisnya .
"Yelah ayah !! " Umairah menunduk sambil memandang Fathin yang sedang menjelir lidah kearahnya kerana mengejek Umairah yang ditegur ayahnya .
"Pergi basuh muka tu dulu Fathin " ucap Puan Aina kepada Fathin .
"Alah , biarlah mama !! Comel apa muka dia macam tu " Umairah terkekeh ketawa selepas menuturkan ayat tersebut .
Puan Aina cuma mengeleng sambil tersenyum ke arah anak gadisnya . Tak habis-habis sikap kebudakkan anaknya itu walaupun umur sudah mencecah 20 .
"Tak apa lah mak cik , nanti saya sapu dengan tisu je " ujar Fathin sambil melihat Puan Aina .
"Gincu ni tak tanggal cuma dengan tisu je nak , mak cik tahu sebab tu gincu mak cik yang dicurinya Umairah" ujar Puan Aina ketawa .
"Mana ada Mairah curi , mak yang letak dalam beg Mairah lah " Umairah cuba membela diri .
"Yelah-yelah , dah Mairah teman Fathin yea .. mama dengan ayah pergi dulu sebab ayah kena jadi wali Amira kejap lagi " ujar ayah Mairah menyampuk perbualan mereka apabila adiknya menelefon Encik Muhammad agar segera ke rumah Amira . Ini kerana Amira tidak mempunyai abang untuk menjadi wali dan ayahnya juga telah meninggal .
"Alah, Fathin pergi sendiri lah .. bukan jauh pun . Tu je rumah dia " ujar Umairah sambil menunjukkan rumah milik Amira .
"Mesti Fathin janggal , lagipun dia bukan biasa tempat kita ni " ujar Puan Aina pula sambil tersenyum .
"Hah , betul tu !! Lagipun sebagai denda awak letak gincu dibibir saya ni hah " ujar Fathin menyokong .
"Ishh, sibuk je , tadi suh orang letak sangat " rungut Umairah .
"Mairah, tak baik merungut" tegur Encik Muhammad apabila melihat anaknya tidak ikhlas dalam melakukan kerja .
"Yelah ayah, maafkan Mairah. "Tutur Umairah lembut sambil menyalami tangan ayahnya .
Fathin tersenyum melihat Umairah .
"Beruntung siapa dapat milikki Umairah" hati Fathin berkata-kata.
"Dah lah , teman Fathin yea, nanti jangan lama sangat , ayah dengan mama tunggu rumah Amira"ujar Encik Muhammad sambil mengosok lembut kepala anaknya .
Puan Aina cuma tersenyum sebelum mereka berlalu menuju ke rumah Amira . Umairah memerhati ibu dan ayah sehingga mereka hilang ditelan kegelapan malam .
"Apa awak tercegah lagi ? Pergi lah basuh muka awak tu ! "Sergah Umairah apabila melihat Fathin masih lagi berdiri dibelakangnya .
Fathin cuma tersenyum sambil mengaru kepalanya sebelum berlalu ke dalam rumah .
Umairah termenung ditangga menunggu Fathin mencuci muka kerana hendak masuk kerumah bimbang pula hatinya takut kalau-kalau mendapat fitnah.
"Mairah, tak tanggal lah !! Nak buat macam mana ni ? " laung Fathin dalam bilik air.
"Ish, mamat ni !! Tu pun nak kena ajar " rungut Umairah
"Awak ambil lah sabun ke limau nipis ke gosok kat bibir awak tu , tak pon ambil je clorox" ujar Mairah sambil ketawa mendengar jawapannya sendiri . " Kalau Fathin ikut apa aku cakap naya bibir dia kejap lagi " ujar Umairah sambil tersenyum .
Fathin cuma termenung pelik sebelum mencapai clorox dan mengapu dibibir dan pipinya .
"Aduh , pedihnya !! Mairah , kenapa bibir saya sakit bila sapu clorox ni " laung Fathin menahan pedih dibibirnya .
"Ya Allah, dia buat betul-betul " ujar Umairah terkejut sebelum berlari masuk kedalam rumah .
"Yesss!! Akhirnya Umairah bersama mamat tu , kau suka sangat berkawan dengan mamat hilang ingatan tu kan, so sekarang aku akan halalkan kau !! "Sengih Ilham sambil melompat keluar dari semak dimana dia sembunyikan diri menunggu Umairah memasuki perangkapnya namun belum sempat perangkapnya dipasang Umairah sendiri telah membuka jalan pintas untuknya dengan memasuki rumah dimana lelaki tersebut berada.
Memang dia merancang untuk kenakan Mairah pada malan tersebut dengan cara menyuruh Umairah mengambil pinggan dirumahnya atas alasan pinggan dirumah Amira tidak mengcukupi untuk menjamu tetamu makan dan dalam masa yang sama Ilham turut memerangkap Fathin namun Ilham menghempus nafas lega apabila Umairah sendiri telah masuk ke mulut 'naga' . Ilham tersenyum lagi sebelum menelefon rakan subahatnya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Terlarang
RomanceCinta yang dibina antara Dhia Qistina dan Tengku Fathin terputus gara2 satu tragedi yang tidak disangka dimana ia telah memusnahkan impian Fathin dan Dhia untuk bersama . Namun ... disaat Amirul melafazkan akad terhadap Dhia satu peristiwa yang me...