BAB 19

72 1 0
                                    

  "Mairah, saya tahu awak tak terima perkahwinan ni tapi awak kena terima takdir hidup awak " nasihat Fathin pada suatu hari .

Umairah cuma memandang suaminya yang dinikahi seminggu yang lalu kerana satu fitnah .

  "Mairah, saya tahu saya hilang ingatan saya pada masa lalu saya tapi percayalah, saya berjanji akan cuba menjaga awak sepenuh hati saya " ujar Fathin lagi .

Umairah tersenyum memandang suaminya kemudian mengalihkan pandangannya ketempat lain .

 
Fathin buntu bagaimana cara untuk cuba memujuk isterinya. Fathin rindu Umairah yang dulu  ,  Umairah yang selalu tersenyum bahagia saat pertama kali Fathin jumpa sehingga malam sebelum mereka terpaksa berkahwin .

Fathin mengeluh melihat Umairah yang seperti tidak ambil peduli setiap kata-katanya .

  "Umairah .... " panggil Fathin perlahan sambil memegang bahu Umairah lembut .

  Umairah memandang sepi kearah Fathin sebelum matanya jatuh pada tangan Fathin yang berada dibahunya. Dengan lembut Umairah menjatuhkan tangan Fathin sebelum mengeluh kecil .

   "Maafkan saya ! " ujar Umairah lembut .

Fathin cuma memandang Umairah tanpa berkata-kata  .

  "Awak .. sukar untuk saya terima kenyataan ini , saya ... saya tak mampu pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri lagi !! Saya belum cukup sempurna untuk mengalas tanggungjawab tersebut " ujar Umairah jujur .

  "Tapi awak belum cuba Mairah, Allah sudah tentukan jodoh awak sekarang , itu bermakna takdir sudah tersurat yang awak mampu jadi isteri yang terbaik walaupun kita berkahwin atas dasar terpaksa tapi satu yang perlu awak tahu , saya sudah jatuh cinta pada awak Mairah " tutur Fathin sambil memegang tangan Umairah sebelum meletakkan didadanya .

Umairah dapat merasa dengutan jantung Fathin namun mindanya seolah berkata bahawa dia belum mampu terima Fathin namun hati kecilnya menidakkan kerana dia juga merasa satu perasaan yang ganjil tiap kali bersama Fathin .

"Umairah , kita cuba bina rumahtangga kita dengan satu kebahagian . Lupakan cara kita bersatu tapi cuba cari jalan untuk kita bersama mempertahankan masjid yang telah kita bina " ujar Fathin sambil memegang erat tangan Umairah .

  Umairah memandang sayu kearah suaminya sebelum bertindak spontan nemeluk tubuh sasa milik Fathin .

   "Adakah awak mampu janji untuk selalu menjaga saya dan selalu bersama saya meskipun ingatan awak kembali pulih nanti ? "Ujar Umairah inginkan kepastian .

  "Abang janji sayang ! Abang akan selalu menjaga sayang sehingga abang menghembus nafas terakhir " Fathin mengusar kepala isterinya yang ditutupi kain tudung berwarna unggu sebelum mengeratkan pelukan Umairah ke dadanya .

   "I love you sayang " ujar Fathin lembut ditelinga Umairah .

    "Saya pun suka awak , tapi saya tak yakin dengan perasaan saya "

  "Jangan panggil awak saya lagi , mulai hari ni , Mairah kena panggil suami Mairah ni ABANG ! " Fathin mengenyit mata sebelum memandang mata Umairah .

   "Mairah cuba " ujar Umairah tersenyum malu .

   "Ermm, tak sangka selama ni abang tak bertepuk sebelah tangan .. rupanya isteri abang pun ada hati juga kat abang !! Hensem sangat eh abang sampai sayang pun terpikat ? " ujar Fathin sambil menayang muka poyo .

   "Eleh, perasan " tutur Umairah sambil mencubit pinggan suaminya .

Fathin tergelak melihat Umairah kembali tersenyum dan mampu bergurau kembali dengannya .

   "Syukur padaMU Ya Allah " ujar Fathin penuh kesyukuran didalam hati .

Ilham yang berada ditepi sungai tersebut merengus kasar melihat Umairah dan Fathin mampu bergelak ketawa meskipun dia telah memalukan mereka .

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  "Amirul,Datuk Farhan minta awak masuk bilik dia sekarang" ujar Intan selaku setiausaha Datuk Farhan yang dulu merupakan setiausaha Fathin .

  "Ada apa ?" Soal Amirul pelik .

  "Entah"balas Intan sambil mengangkat bahu .

  "Baiklah , saya masuk dulu " ujar Amirul kemudian sebelum berlalu ke bilik Datuk Farhan .

"Beruntung Dhia dapat milikki kau Amirul, aku yang sekian lama mencintai kau langsung tiada kesempatan untuk bertakha dihati kau, hmm .. aku harap kau selalu bahagia dengan Dhia , Arul !! "Tutur Intan perlahan sambil menghantar Amirul ke bilik Datuk Farhan dengan lirikan mata .

Cinta Yang TerlarangWhere stories live. Discover now