Tidak Akan Kubenarkan !

18 0 0
                                    


Jinho tersedar daripada tidurnya apabila tangannya merasa kosong sedangkan sebentar tadi dia sedang menggenggam tangan adiknya. Jinho memandang katil adiknya dan alangkah terkejutnya Jinho apabila melihat adik keduanya tidak ada di katil tersebut.

Jinho bangun dari kerusi dan menuju ke bilik air kerana mungkin adiknya di dalam bilik air. Jinho cuba membuka pintu namun dia tidak berjaya.

Hatinya merasa tidak senang. Jinho menghentak pintu tersebut dan E' Dawn yang tadinya terjaga kerana terkejut dengan suara tersebut.

"Hongseok! Hongseok! Buka pintu ni!" Jerit Jinho. "Hyung? Hyung buat apa ni? Hongseok mana?" Tanya E'Dawn apabila melihat tempat kembarnya kosong.

"E'Dawn tolong hyung bukak pintu ni!" Ujar Jinho sambil menyepak pintu bilik air itu. "Hongseok? Hongseok tolonglah... buka pintu ni... jangan buat abang risau... Hongseok!" Ujar Jinho sambil airmatanya yang tidak berhenti mengalir.

Kerisauan Jinho dan E' Dawn semakin bertambah apabila mereka dengar suara Hongseok meminta tolong di dalam.

"Hyung..... to..tol..long..."Ujar Hongseok perlahan. Kalau seseorang melihat keadaannya kini pasti tiada sesiapa dapat bayangkan apa yang sedang berlaku.

"Hongseok! Hongseok bertahan!"Ujar Jinho. Jinho dan E'Dawn menendang pintu itu banyak kali dan akhirnya berjaya.

Alangkah terkejutnya Jinho dan E' Dawn apabila melihat keadaan Hongseok. "Hongseok!" Jerit Jinho dan E' Dawn.

Jinho memangku kepala adiknya itu dan cuba menutup luka di leher adiknya sementara E'Dawn berlari mendapatkan doktor.

"Hongseok? Hongseok? Bangun Hongseok! Tolonglah..  tolonglah bertahan..." Ujar Jinho sambil memeluk adiknya. Jinho tidak menghiraukan darah yang kini melekat di bajunya yang penting dia berharap dengan cara ini adiknya akan bertahan.

"Hyung!" Jerit E' Dawn yang berjalan laju ke arah dan di ikuti dengan doktor yang ada di belakangnya.

" Jinho-ssi! Apa yang berlaku ni?" Tanya doktor Kim sambil memeriksa denyut nadi Hongseok. " Saya tak tahu dok...Saya jumpa adik saya macam ni... Tolonglah selamatkan adik saya...." Ujar Jinho.

"Yuri panggil doktor yang lain dan sediakan alat CPR! Nadi dia hampir berhenti! Cepat!" Arah Doktor Kim apabila mendapati nadi Hongseok semakin perlahan.

"Tak! Dok! Tolonglah! Adik saya mesti selamat!"Ujar Jinho. "Betultu dok! Tolonglah selamatkan kembar saya ni!" Ujar E' Dawn sambil menggenggam tangan Hongseok.

" Saya tahu tapi nyawanya dalam bahaya sekarang ni!" Ujar Doktor Kim. Selepas satu minit kelihatan beberapa doktor dan petugas lain datang dan mengangkat Hongseok ke katil.

Doktor Jung membalut luka Hongseok sementara Doktor Kim cuba untuk menstabilkan nadi Hongseok yang semakin perlahan.

Tetttt.......Tettttt......

TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now