"Hongseok.... Dengar dulu penjelasan appa... Bukaklah pintu sayang... Appa boleh terangkan." Pujuk Youngjun apabila Hongseok hanya mengurungkan diri di dalam biliknya."Tak perlu! Hongseok tak nak dengar! Appa penipu!!!" Jerit Hongseok dari dalam bilik.
"Hongseok, appa tak tipu! Dengar apa yang appa nak cakap!" Ujar Youngjun.
"Tak nak! Argggh! Sakit! Appa!" Jerit Hongseok kesakitan. Youngjun terkejut mendengar jeritan kesakitan anaknya itu, lalu cuba untuk membuka pintu Hongseok dengan menendang pintu Hongseok beberapa kali.
"Hongseok!!! Hongseok kamu kenapa?!" Jerit Youngjun sambil menendang pintu Hongseok tanpa henti dan akhirnya pintu pun terbuka.
"Hongseok!!!" Jerit Youngjun apabila melihat anaknya itu memegang bahagian jantungnya.
"Hongseok? Kenapa sayang? Jantung kamu sakit ke?" Tanya Youngjun risau. Youngjun menggenggam erat tangan anaknya itu.
"Ap..pa... appoyo..." Ujar Hongseok sambil menangis dan menahan sakit di jantungnya. Youngjun yang tahu jantung Hongseok mulai sakit terus mengambil ubat anaknya yang ada di atas meja dan memberikan dua pil ubat tersebut kepada Hongseok.
"Hongseok... Minum air ni sayang..." Ujar Youngjun sambil menghulurkan segelas air.
"Appa appo..." Adu Hongseok lagi. "Appa tahu sayang tapi kamu kena kuat nanti dah lama kamu takkan sakit lagi..." Ujar Youngjun sambil memeluk anaknya itu atau mungkin anak abangnya itu.
--------------------########------------------
"Hyung, saya nak makan kat bukit belakang sekolah... Jomlah hyung.... hyunggg..." Ujar Wooseok dan Kino sambil beraegyo.
"Dah! Yalah! Yalah! Kita makan kat sana! Berhenti berlagak comel! Geli tau!" Ujar Shinwon.
"Yeayyyy!!! Jom!!!" Jerit Wooseok lalu membawa makanannya dan menuju ke bukit belakang sekolahnya.
"Dah sampai! Jom duduk jat sini!" Jerit Wooseok sementara abangnya yang lain hanya tersenyum melihat Hongseok kerana dah lama rasanya mereka tak lihat senyuman di wajah Wooseok. Lagi- lagi semenjak kematian Hongseok.
"Oh? Hongseok hyung?" Ujar Kino yang menarik pandangan abang- abangnya untuk melihat ke arah yang Kino tujukan.
Terlihat seseorang sedang baring sambil memakai earphone di telinganya. Caranya itu betul- betul mengingatkan adik beradik Jung akan Hongseok yang dah tiada.
"Kamu semua tunggu sini. Hyung akan tegur dia kejap ye?" Ujar Jinho dan adik- adiknya hanya akur.
Jinho pun berjalan ke arah Hongseok dan memegang tangan Hongseok untuk mengejutkan Hongseok daripada tidurnya itu. Sekali tengok, Jinho rasa seolah- olah adiknya Hongseok masih lagi dan ada di depannya kini tapi itu mustahil adiknya sudah pun pergi jauh darinya dan keluarganya yang lain.
Hongseok yang sedar ada orang memegang tangannya pun membuka earphone yang dipakainya.
"Jinho hyung?" Ujar Hongseok. "Nde... Kamu buat apa kat sini? Kan sekarang waktu rehat? Tak makan ke?" Tanya Jinho panjang lebar.
"Saya tak makan sebab dah sarapan pagi tadi jadi tak lapar sangatlah skang ni." Ujar Hongseok.
"Oooh... kalau hyung duduk kat sini?" Tanya Jinho. "Duduklah... tak pe. Bukannya tempat ni untuk saya sorang je..."Ujar Hongseok.
Jinho pun mengambil tempat di sebelah Hongseok. Jinho membuka rotinya dan membelah dua roti tersebut lalu menghulurkan satu bahagian kepada Hongseok.
"Wae? Makanlah hyung. Saya tak laparlah." Ujar Hongseok. "Aissshhh... ambik ni! Makan! Dulu ada sorang adik hyung nipun macam kamu tau. Suka sangat tak makan masa rehat. Lepastu dia sakit." Ujar Jinho.
"Maksud hyung... Hongseok ke?" Ujar Hongseok. Jinho hanya menganggukkan kepalanya. Hongseok tersenyum lalu mengambil satu bahagian roti yang di hulurkan oleh Jinho tadi lalu menyuapkannya ke dalam mulut.
"Saya tahu hyung sayangkan dia tapi saya bukannnya dia." Ujar Hongseok lalu bangun dari duduknya.
"Hyung kecik? Jangan sedih tau sebab saya dah mati... Lupakan saya..." Ujar Hongseok lagi. Jinho hanya memandang pelik ke arah Hongseok.
"Tunggu!" Ujar Jinho namun Hongseok telahpun menghilang. "Jinho hyung?" Panggil Hongseok.
"Hongseok? Jadi kalau kamu baru sampai, sape yang hyung tengah duduk sekali tadi?" Tanya Jinho. "Apa maksud hyung? Saya baru je sampai." Ujar Hongseok.
Jinho terkejut mendengar pernyataan Hongseok begitu juga adik beradik Jung yang lain. "Jinho hyung..." Panggil Hongseok apabila melihat Jinho hanya berdiam diri.
"Hongseok hyung! Hyung!" Jerit Wooseok yang memeranjatkan semua yang ada di situ. "Wooseok?!" Jerit Hui kerana dia tahu Wooseok rindu sangat akan abangnya Hongseok itu.
"Wooseok...." Panggil Jinho sambil memeluk adiknya itu. "Hyung... Hongseok hyung...." Panggil Wooseok lagi.
Hongseok berjalan mendekati Wooseok lalu memeluknya. "Uljima... Kalau abang kamu ada kat sini mesti dia tak nak kamu menangis macam ni..." Ujar Hongseok.
Wooseok hanya menangis di dalam pelukan Hongseok. Entah kenapa Wooseok rasa seolah- olah orang yang memeluknya kini adalah abangnya kerana dia rasa selamat apabila di pelukan Hongseok.
TBC

YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Tajemnica / Thrillermengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...