Tidak Akan Kubenarkan !

14 0 0
                                    

"Kenapa abang masuk bilik lama saya ngan Hongseok ni?" Tanya E' Dawn apabila melihat pintu biliknya terbuka dan abang sulungnya duduk di atas katilnya.

"Tak de apa... Abang cuma duduk kejap je.." Ujar Jinho. "Tak payahlah tipu saya... Abang boleh tipu yang lain tapi bukan saya. Abang rindukan Hongseok kan?" Tanya E' Dawn.

"Abang tak tahu E'Dawn. Abang rindukan dia tapi dalam masa yang sama, abang rasa Hongseok ada dekat sangat dengan kita semua." Ujar Jinho.

"Saya tahu. Kadang- kadang saya pun rasa yang Hongseok ada dengan kita lagi. Saya pun rindukan dia. Saya harap saya boleh putarkan balik masa dan selamatkan Hongseok." Ujar E' Dawn sedih apabila memikirkan yang kembarnya kini tiada lagi di sisinya.

"E' Dawn? Abang minta maaf sebab ingatkan kamu pada Hongseok. Abang cuma tak boleh tahan perasaan rindu abang ni Dawny..." Ujar Jinho sambil memeluk adiknya yang kini hanya menangis kerana merindui kembarnya itu.

"Saya yang salah hyung... Hongseok kembar saya tapi saya tak pernah pun tahu betapa banyak kesakitan yang dia tanggung selama ni... Padahal dia duduk satu bilik dengan saya tapi saya tak pernah tahu yang dia sakit selama ni..." Ujar E' Dawn lagi.

"E' Dawn... Hyung yakin Hongseok tak nak kamu salahkan diri kamu... Jadi janganlah menangis..." Pujuk Jinho.

"Hyung?" Panggil seseorang di depan pintu. "Yuto? Masuklah." Ujar Jinho.

"Hyung boleh saya peluk hyung?" Tanya Yuto. Jinho hanya menganggukkan kepalanya. "Kenapa tiba- tiba kamu nak peluk hyung ni?" Tanya Jinho.

"Saya cuma rindukan pelukan Hongseok hyung. Peluk hyung sama macam peluk Hongseok hyung. Walaupun saya lagi sukakan pelukan Hongseok hyung tapi pelukan hyung pun saya suka." Ujar Yuto.

"Nampaknya semua orang rindukan Hongseok." Ujar E' Dawn. "Dah tentulah hyung. Hongseok hyung seorang abang yang baik dan bertanggungjawab. Kalau hyung tanya yang lain dorang pun akan cakap dorang rindukan Hongseok hyung." Ujar Yuto.

"Kamu betul. Kalaulah hyung ambik berat pasal kamu semua mesti Hongseok hidup sampai sekarang." Ujar Jinho sedih.

"Hyung, saya dan yang lain tak pernah salahkan hyung pun." Ujar E' Dawn apabila melihat abangnya itu tidak habis- habis menyalahkan diri sendiri atas kematian Hongseok kembarnya itu.

"Hyung tahu kamu akan cakap macam tu. Tapi tetap aje hyung yang salah atas kematian dia." Ujar Jinho sambil berganjak keluar dari bilik Hongseok dan E' Dawn itu.

"Aiiishhh... Yuto! Kenapa kamu cakap macam tu?!" Ujar E' Dawn.

"Mian... Saya cuma rindukan Hongseok hyung je dan terlepas cakap pasal sikap Hongseok hyung je." Ujar Yuto.

E'Dawn hanya diam mendengar jawapan adiknya itu dan memandang gambarnya dengan Hongseok yang ada di atas meja belajar Hongseok. Teringat saat- saat dia bersama kembarnya ketika keluar bermain luncur ais di Jepun dulu.

Kenangan memang takkan dapat dilupakan. Oleh itu, simpanlah kenangan di dalam hati dengan sempurna.

                           TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now