Tidak Akan Kubenarkan !

22 0 0
                                    


"Hongseok... Kamu..." Ujar Jinho tergagap apabila melihat adiknya itu bertukar menjadi seseorang yang menggerunkan.

"Aku kata lepaskan dia!!!" Ujar Hongseok lalu meluru ke arah Youngjun dan mencekik lelaki itu.

"Hongseok... Jangan sayang! Lepaskan dia! Kawal kuasa kamu sayang!" Ujar Sora risau.

"Hongseok... Kawal kemarahan kamu! Kalau kuasa jahat dapat rasa kuasa kamu... Mereka akan cuba untuk membunuh kamu..." Ujar Youngjun sambil cuba melepaskan diri daripada cengkaman Hongseok.

"Jangan harap! Kau patut mati! Kau bagi aku racun tu! Kau buat aku dudk dalam peti mati! Kau biarkan aku semalaman! Lepastu kau tipu aku mengenai siapa diri aku sebenarnya!!!" Jerit Hongseok lalu melepaskan cengkaman di leher Youngjun.

"Hahaha!!! Jadi kat sini rupanya kau menyorok!" Jerit suatu suara yang dapat menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengar suaranya.

Youngjun, Youngjin, Sora dan putera Jung yang lain hanya melihat ke arah datangnya suara itu.

"Tiba masanya kau mati putera terakhir api!!!" Jerit suara itu lalu meluru ke arah Hongseok dengan sesuatu di tangannya yang Youngjin yakin dapat membunuh anaknya itu.

"Hongseok!!!" Jerit Youngjin lalu berlari ke arah anaknya dan akhirnya orang yang ditikam adalah Youngjin bukannya Hongseok.

"Appa..." Ujar Hongseok perlahan dan dengan suara yang bergetar apabila dia menyambut tubuh ayahnya.

"Yeobo!" Jerit Sora apabila melihat tubuh lemah suaminya ada di pangkuan anaknya. Namun, belum sempat dia mendekati suaminya dia telahpun ditangkap oleh suatu bayang hitam dan dicampak ke dinding sehingga dia hilang kesedaran.

"Eomma!" Panggil adik beradik termasuk Hongseok. Hongseok yang melihat kejadian itu semakin tidak dapat menahan kemarahannya.

"Ambik ni!" Jerit Hongseok lalu mengeluarkan satu bola api ditangannya dan diarahkan ke arah bayang hitam tersebut. Apa yang membuatkan semua yang ada disitu terkejut dan tergamam, bayang tersebut dapat menangkap bola api tersebut dan membalingnya semula ke arah Hongseok membuatkan Hongseok tercampak.

"Hongseok!!! Berani awak cederakan adik saya!" Jerit Jinho lalu terlihatlah ada nyalaan kuasa eletrik di seluruh tangannya. Dia melemparkan aliran eletrik itu ke arah bayang tersebut.

'Hongseok gunakan ni... Ingat gunakan ini bila perlu!' Itu yang muncul dalam kepala Hongseok. Gelang tu! Gelang yang diberi oleh atuknya! Hongseok menyeluk sakunya dan mengeluarkan seutas gelang lalu memakainya.

"Jangan sentuh keluarga aku! Aku dah cakap siapa yang berani sentuh keluarga aku akan ku bunuh!" Jerit Hongseok lalu mengalirlah semua api dari tubuhnya.

"Tidak! Jangan!" Jerit bayang tersebut sebelum terbakar akibat api yang di salurkan oleh Hongseok.

Hongseok yang semakin tidak dapat menahan tubuhnya lalu terbarong di lantai. Youngjin dan Sora yang tersedar dari pingsan berlari mendapatkan putera mereka.

"Hongseok bertahan ! Bertahan
sayang!" Ujar Sora sambil memeluk anaknya itu

"Sekarang saya dah faham kenapa pakcik culik saya dan kenapa appa tak benarkan kami gunakan kuasa kami..." Ujar Hongseok perlahan lalu perlahan- lahan menutup matanya.

"Hongseok! Tak!!!" Jerit Youngjin lalu memeluk erat anakmya itu. Youngjun yang melihat kelakuan abangnya itu, mendekati abangnya lalu mengeluarkan satu cahaya.

"Mulai hari ni dia dah bebas hyung!" Ujar Youngjun lalu hilang dari penglihatan semua yang ada di situ.

"Appa? Eomma?" Panggil seseorang perlahan. Semua yang ada di situ memandangi tubuh Hongseok. "Hongseok!!!" Jerit semua yang ada di situ lalu memeluk Hongseok.

                         TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now