"Wooseok!" Jerit Shinwon. Wooseok menolehkan kepalanya ke arah suara yang memanggilnya itu.
Wooseok kembali menoleh ke arah lelaki yang serupa macam abangnya itu tetapi sayangnya telah tiada.
"Wooseok! Abang panggil kamu kan?!" Jerit Shinwon. Wooseok hanya diam dan mencari- cari jika lelaki tadi ada berdekatan dengannya.
"Hyung, tadi saya nampak Hongseok hyung. Dia beli gula kapas." Ujar Wooseok. Shinwon hanya memeluk adiknya itu.
"Hyung tahu kamu rindukan Hongseok hyung tapi percayalah orang yang dah mati takkan dapat hidup semula." Ujar Shinwon.
Wooseok menolak Shinwon. "Aisssh... Saya cakap betul tadi saya nampak Hongseok hyung! Hyung ingat saya gila ke?" Ujar Wooseok geram.
"Wooseok! Dengar sini! Itu mustahil tahu tak?! Hongseok hyung dah tak de!" Jerit Shinwon.
"Shinwon! Wooseok! Apa kamu berdua buat kat sini?" Tanya Jinho.
"Hyung tengoklah Wooseok ni! Dia cakap dia nampak Hongseok hyung pulak!" Ujar Shinwon.
"Suka hati hyunglah! Apa yang saya pasti saya nampak Hongseok hyung!" Jerit Wooseok lalu berlari untuk mencari abangnya itu. Wooseok yakin yang dia nampak Hongseok.
"Wooseok!" Jerit Jinho lalu mengajar adiknya itu. Seluruh ahli keluarga Jung pun turut mengejar Wooseok.
"Wooseok hati- hati kereta tu!" Jerit Jinho apabila melihat sebuah kereta yang melaju ke arah adiknya.
"Hati- hati!" Jerit seseorang sambil berlari ke arah Wooseok dan menolak Hongseok ke tepi jalan bersamanya.
"Gwenchana?!" Tanya orang itu. Wooseok hanya menganggukkan kepalanya. Dia masih terdiam di dalam pelukan orang itu. Entah kenapa dia rasa seolah- olah dia selamat dalam pelukan orang itu.
"Wooseok!" Jerit ahli keluarga Jung. Semua mendekati Wooseok dan agak terkejut melihat orang yang telah menyelamatkan Wooseok. Begitu juga Wooseok apabila melihat orang yang telah menyelamatkannya.
Youngjun menarik tangan Sora kerana dia tahu Sora ingin memeluk orang itu. "Terima kasih sebab selamatkan anak saya." Ujar Youngjun.
"Ya sama- sama." Ujar Hongseok sambil tersenyum. "Saya minta diri dulu." Ujar Hongseok lagi.
"Ya terima kasih sekali lagi." Ujar Youngjun. Hongseok pun berlalu pergi.
"Appa dia tu Hongseok hyung kan?" Tanya Wooseok sambil menatap pemergian lelaki itu.
"Mustahil. Abang kamu dah tak de." Ujar Youngjun yang turut tertanya- tanya akan identiti budak lelaki tersebut.
"Jinho?" Panggil Sora apabila melihat anaknya itu hanya berdiam diri.
"Gelang tu. Gelang yang saya pakaikan pada Hongseok sebelum dia ditanam. Gelang yang kita semua pakai." Ujar Jinho. Yang lain hanya terdiam apabila mendengar pernyataan Jinho itu.
"Mungkinkah itu Hongseok?" Tanya Sora kepada Youngjun. Youngjun hanya terdiam.
TBC

YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Mystery / Thrillermengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...