Tidak Akan Kubenarkan !

17 0 0
                                    


Hongseok melepaskan genggaman abangnya dan menuju ke bilik air. Hongseok menatap dirinya di hadapan cermin, baginya jika seseorang melihat dirinya kini pasti orang itu akan fikir yang Hongseok sakit tenat.

'HONGSEOK! Hongseok.... Hahahaha.... Kau milikku Hongseok. Tidak akan kubenarkan kau pergi dari tatapanku...' Bisik suatu suara yang sering mengganggu Hongseok kebelakangan ini.

Hongseok memegang kepalanya yang terasa berpusing. "Arghhh... Tak! Jangan ganggu aku! Sakit!!!" Jerit Hongseok sambil menggenggam kuat kepalanya.

'Hongseok.... Hongseokk... Dendamku pada kedua ibubapamu akan ditanggung olehmu Hongseok...' Jerit suara itu tegas.

Tiba- tiba ada satu benda tajam terapung seolah- olah ada yang sedamg memegangnya. Hongseok masih memegang kepalanya dan tidak perasan bahawa ada pisau di belakangnya.

"Arghhh... Tidak!" Jerit Hongseok sambil menutup kesan luka di lehernya. Hongseok memandang ke belakang dan mencari punca lehernya terluka. Tiba- tiba pisau yang mengkelar leher Hongseok tadi bergerak ke arah perut Hongseok atau lebih tepatnya ke arah jantung Hongseok.

Hongseok terkejut dan cuba menahan pergerakan pisau tersebut dengan tangannya. Hongseok tidak peduli akan luka di leher dan tangannya lagi dan apa yang penting baginya ialah menyelamatkan nyawanya kini.

Tetapi tuah tak menyebelahi Hongseok. Pisau tersebut telahpun menembusi perutnya. Hongseok menjerit sekuat hati walaupun dia tahu tiada sesiapa yang dapat mendengarnya.

Hongseok terbaring di lantai dengan tahap kesedaran yang paling minimum. Hongseok cuba memanggil abangnya dan berharap abangnya mendengar suaranya. Nasibnya baik apabila mendengar abangnya memanggil namanya.

"Hyung.... to... tolong..." Ujar Hongseok perlahan. Hongseok hanya mampu menjerit perlahan sebelum kesedarannya semakin tipis.

'Abang maafkan Hongseok... Adik-adikku maafkan hyung.... Hongseok sayang korang... Mama dan papa terima kasih sebab bagi Hongseok tengok dunia ini.'
Ujar hati Hongseok sebelum Hongseok betul-betul hilang kesedarannya.

"Hongseok!!!" Jerit suara yang dikenali Hongseok. Hongseok tersenyum dan pandangannya gelap serta merta. Jika inilah takdirnya, Hongseok menerima seadanya.

TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now