Tidak Akan Kubenarkan !

10 0 0
                                    


"Hongseok?" Panggil seseorang.

"Oh?  Jinho hyung... Wae?" Tanya Hongseok.

"Kamu buat apa kat sini bukanke kamu ada kelas?" Tanya Jinho apabila melihat adiknya duduk di tepi padang sedangkan adiknya sepatutnya di kelas.

"Kelas saya sekarang tak de cikgu... Jadi saya duduk kat sini. Sebab lepasni rehat so takpelah kalau saya kuar kelas skang." Ujar Hongseok.

"Ooooo... Patutlah. Hyung ingat kamu ponteng kelas tadi." Ujar Jinho sambil menggaruk kepalanya.

"Takkanlah saya nak ponteng kelas kut hyung." Ujar Hongseok sambil ketawa.

"Kalau macam tu hyung duduk dengan kamulah. Kelas hyung tengah sukan skang, jadi takpelah." Ujar Jinho lalu mengambil tempat di sebelah adiknya.

"Hyung?" Panggil Hongseok. Jinho hanya memandang Hongseok.

"Kalau ditakdirkan hyung kehilangan saya, apa yang akan jadi kat hyung?" Tanya Hongseok.

Jinho memandang adiknya dengan pandangan pelik kerana entah kenapa hatinya tidak sedap apabila mendengar persoalan adiknya. Seolah- olah dia akan kehilangan adiknya itu selama- lamanya.

"Kenapa kamu tanya soalan tu? Hyung tak suka kamu tanya macam tulah! Hyung rasa seolah- olah kamu akan pegi jauh je.." Ujar Jinho tak suka.

"Aniya... Saya cuma tanya je..." Ujar Hongseok.

"Hongseok ah... hentikan! Hyung tak suka kamu tanya soalan tu, jadi hyung takkan jawab soalan tu dan jangan tanya soalan macam tu lagi!" Tegas Jinho kepada Hongseok.

Hongseok tersenyum kepada abangnya itu lalu memeluk abangnya.

"Hyung kalau saya pegi nanti, jangan sedih tau? Saya yakin hyung dan yang lain dapat hidup tanpa saya. Saya tak cakap ni sebab nak pegi jauh tapi manalah tahu saya tetiba terpaksa tinggalkan hyung dan yang lain." Jelas Hongseok.

"Shirreo! Hyung akan lindungi kamu! Jadi kamu kenalah ada kat sisi hyung dan yang lain. Arraseo?!" Ujar Jinho.

"Arraseo.... saya pegi dulu ya hyung? Saya nak ke tandas." Ujar Hongseok lalu beranjak meninggalkan Jinho yang masih lagi pelik dengan kelakuan dan kata- kata adiknya itu.

'Hyung kalau hyung tahu kenapa, saya yakin hyung takkan percaya...' Ujar hati Hongseok entah lepada siapa.

-----------------------#####---------------------

Hongseok memegang kepalanya yang terasa sakit tiba- tiba. Hongseok rasa seolah- olah ada yang menghentak kepalanya dengan kuat sehingga dia rasa pandangannya mulai kelam dan hitam.

'Appo! Jinjja appo! Appa! Eomma! Nan appoyo!' Jerit hati Hongseok sambil terus menggengam kepalanya.

Hongseok mengeluarkan ubat yang kini sering di ambil olehnya semenjak dia diganggu oleh suara itu.

"Hongseok?" Panggil seseorang. Hongseok menyorokkan ubatnya dan melepaskan genggaman di kepalanya.

"Jinho hyung? Hyung wat apa kat sini?" Tanya Hongseok.

"Hyung risaukan kamu jadi hyung ikut kamu. Apa benda botol tadi tu Hongseok?" Tanya Jinho sambil cuba mengambil botol yang ada di poket Hongseok.

"Takde apa hyung..." Ujar Hongseok sambil cuba menghalang tangan abangnya.

"Jadi bagi abang tengok!" Tegas Jinho kerana dia tahu adiknya sedang menyembunyikan sesuatu.

"Saya kata takde apa- apa!!!" Jerit Hongseok lalu menolak Jinho ketepi dan  beranjak keluar dari tandas tersebut.

Tanpa sedar, rupanya adik- beradik Hongseok yang lain turut berada di situ tetapi bersembunyi. Mereka semua terkejut mendengar Hongseok menjerit. Niat mereka yang sebenarnya ingin mengajak abang mereka makan bersama menjadi terbantut.

"Hyung? Hongseok hyung wae?" Tanya Kino kepada Hui.

"Hyung mollayo Kino." Ujar Hui sambil memandang kepergian Hongseok.

Jinho yang masih terkejut dengan teriakan dan kelakuan adiknya, masih setia terduduk di lantai sambil tertanya- tanya sebab perangai adiknya itu berubah.

'Jinho hyung mianhae....jeongmal mianhae...' Ujar hati Hongseok sambil memandang abangnya dari jauh dan abangnya masih tidak berganjak malah merapatkan lututnya ke kepala dan membenamkan kepala di antara lutut.

Hongseok tahu abangnya menangis. Hongseok rasa seperti ingin membunuh dirinya kini kerana melakukan abangnya sedemikian.

Kejamkah dia? Jahatkah dia? Sehingga sanggup membuat orang yang dia sayang dan menyanginya menangis kerana dirinya.

Hongseok turut menangis apabila melihat abang kesayangannya menangis. Rasa bersalah semakin bertambah melihat apa yang dia dah buat pada abangnya. 

                         TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now