"Hongseok hyung?" Panggil seseorang sambil membuka pintu bilik Hongseok.
"Oh? Yuto. Ada apa?" Tanya Hongseok.
"Aniii... Saya nak tanya soalan yang saya tak faham dan saya harap hyung boleh ajarkan saya." Ujar Yuto.
"Dah tentulah. Apa soalannya?" Tanya Hongseok.
Yuto membuka bukunya dan bertanya pada Hongseok terhadap soalan yang kurang difahaminya.
Selesai bertanya Yuto pun menutup bukunya dan masih setia duduk di sisi abangnya itu. Hongseok hanya memandang Yuto dengan pandangan pelik.
"Wae?" Tanya Hongseok. Yuto hanya tersenyum kemudian memeluk abangnya. Hongseok hanya diam sebelum membalas pelukan adiknya.
"Wae?" Tanya Hongseok kali kedua. "Tak de apa. Saya cuma rindu kat eomma. Selalunya eomma akan ajar kita tapi sekarang eomma dan appa sibuk dengan kerja sampai dah lama dorang tak balik." Ujar Yuto.
Hongseok hanya mengusap kepala adiknya. "Hyung faham perasaan kamu tapi kamu kena faham yang eomma dan appa kerja macam tu sebab nak kita hidup senang." Ujar Hongseok.
"Saya tahu sebab tu saya bersyukur ada hyung dan yang lain kat sini kalau tak, saya tak tahulah macam ne nak teruskan hidup." Ujar Yuto.
"Kenapa cakap macam tu? Hyung dan yang lain kan ada. Janganlah risau." Ujar Hongseok.
"Saya tahu. Sebab tu saya cakap saya bersyukur. Saya selalu tengok hyung kalau saya rindukan eomma sebab hyung sama macam eomma." Ujar Yuto.
Hongseok hanya tersenyum. Tiba- tiba pintu bilik Hongseok di buka dengan kuat.
"Hongseok hyung! Yuto! Eomma dan appa dah balik!" Jerit Yeo one.
"Yake? Wahhh... Eomma! Appa!" Jerit Yuto sambil meluru keluar dari bilik sedangkan Hongseok hanya duduk terdiam.
"Hyung? Hyung tak nak jumpa appa dan eomma ke?" Tanya Yeo one apabila melihat abangnya itu hanya duduk terdiam.
"Oh? Ohhhh..." Ujar Hongseok lalu bangun dan turut menuju ke ruang tamu. Semasa menuruni tangga terlihat dua sosok yang sangat dia kenali dan rindui. Dan di situ adik- beradiknya sedang memeluk kedua- dua sosok tersebut.
"Hongseok?" Panggil si ibu. Hongseok hanya memandang ke arah kedua- dua ibu bapanya sebelum beranjak kembali ke biliknya.
Adik- beradik Jung yang lain hanya melihat kelakuan Hongseok. Manakala, si ibu dan ayah saling memandangi satu sama lain apabila melihat kelakuan pelik anak ketiga mereka itu.
"Jinho? Kenapa dengan Hongseok?" Tanya si ayah.
"Mollayo appa." Ujar Jinho kerana dia sendiri tak tahu kenapa dengan adiknya itu.
Akhirnya si ibu memutuskan untuk melihat anak ketiganya itu. Si ibu pun berjalan menuju ke bilik Hongseok.
"Hongseok? Eomma masuk ya sayang?" Tanya si ibu sebelum membuka pintu bilik anaknya itu.
"Hongseok?" Panggil si ibu lagi. Hongseok hanya diam sambil menulis sesuatu di bukunya, seolah- olah dia sedang membuat kerja sekolahnya.
"Hongseok? Kamu tak rindu kat eomma ke sayang?" Tanya si ibu.
"Rindu..." Ujar Hongseok perlahan namun tetap didengari oleh si ibu.
"Kalau rindu kenapa tak peluk eomma?" Tanya si ibu.
"Sebab saya terlalu gembira tengok eomma dan appa dah balik sebab banyak yang kami terpaksa lalui tanpa eomma dan appa." Ujar Hongseok.
Si ibu mendekati anaknya lalu memeluk si anak. "Mianhae... Banyak yang kamu semua terpaksa lalui sendiri tanpa eomma dan appa." Ujar si ibu.
Hongseok hanya memeluk erat eommanya sebelum menangis. Manakala si ayah serta anak- anaknya yang lain hanya mengintai perbualan antara si ibu dan si anak.
'Akhirnya ko dah kembali abangku... Tak lama lagi ko akan kehilangan salah seorang putra kesayanganmu.' Ujar suara itu tanpa didengari oleh sesiapapun termasuk Hongseok.
---------------------######---------------------
"Hongseok ah.. Kamu potongkan ni eomma nak masak sup kimchi dulu." Ujar si ibu sambil menghulurkan timun kepada Hongseok.
Hongseok hanya menurut. Tiba- tiba Hongseok merasakan sakit di kepalanya tetapi dia hanya menahannya kerana tidak mahu merisaukan sesiapa. Namun begitu, tak berapa lama kemudian sakit itu semakin kuat dan Hongseok dapat merasakan sesuatu mengalir keluar dari hidungnya.
"Hongseok hyung, darah!" Jerit Kino apabila melihat darah mengalir keluar dari hidung abangnya.
Si ibu yang sibuk memasak terus memandang anak ketiganya itu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat darah yang mengalir keluar dari hidung anaknya itu.
"Hongseok ah!" Jerit si ibu apabila melihat tubuh anaknya jatuh terbaring di lantai tanpa menyedarkan diri.
Si ayah yang berada di ruang tamu bersama anaknya yang lain terus menuju ke dapur dan terkejut apabila melihat putera ketiganya yang terbaring dilantai dengan darah yang tidak berhenti mengalir dari hidung dan mulut.
"Hongseok! Sora, kenapa dengan Hongseok?" Tanya si suami kepada si isteri.
"Tak tahu... dia tiba- tiba pingsan! Cepatlah sayang kita bawanya ke hospital!" Jerit si isteri histeris apabila melihat anaknya itu semakin lemah.
Tanpa menunggu lama si ayah mengangkat tubuh lemah anaknya itu dan menuju ke kereta.
"Jinho kamu duduk di rumah dan jaga adik- adik kamu yang lain!" Jerit si ayah dan hanya di balas anggukkan oleh Jinho.
"Hyung? Saya takut... Hongseok hyung...." Ujar Yuto kepada Shinwon.
"Jangan risau... Hyung yakin Hongseok hyung tak apa- apa." Ujar Shinwon.
"Kino?" Panggil Hui apabila melihat adiknya itu masih terdiam sambil memandang darah ditangannya yang Hui yakin itu adalah darah Hongseok.
"Hyung... Hongseok hyung... Dia sakit ke hyung? Darah dia, hyung? Hiks... hiks..." Ujar Kino sambil menangis.
"Tak! Hongseok hyung kamu takkan apa- apa!" Ujar Jinho. "Parcayakan dia... Sebelum nipun sama tapi dia tak apa- apa. Jadi hyung yakin kali nipun Hongseok takkan apa- apa." Ujar Jinho lagi.
Adik- beradik Jung hanya terdiam dan berdoa agar Hongseok takkan apa- apa.
TBC
YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Mystery / Thrillermengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...