"Apa?" Ujar Jinho dan telefon ditangannya terjatuh ke lantai. Jinho terduduk apabila mendengar apa yang dikhabarkan daripada ibunya.
"Jinho hyung? Wae?" Yanya Hui apabila melihat abangnya terduduk di lantai sambil menangis.
"Hui kita tinggal sembilan orang adik- beradik je Hui. Dia dah tinggalkan kita." Ujar Jinho.
"Apa maksud hyung? Sape yang dah tinggalkan kita?" Tanya Kino.
"Hongseok... Dia dah pergi dari kita semua. Dia dah tinggalkan kita selama- lamanya." Ujar Jinho.
Adik- beradik Jung yang lain semua mendekati Jinho dan ikut menangis. Mereka seperti tak percaya akan apa yang dah terjadi. Rasa macam semalam mereka lihat Hongseok tersenyum dan tiba- tiba hari ni mereka kehilangan orang yang mereka sayangi.
"Hongseok hyung!!!! Hongseok hyung!!!!" Jerit Wooseok memanggil Hongseok. Jinho hanya mampu memeluk Wooseok. Dia tahu betapa rapatnya Wooseok dan Hongseok.
------------------#######-----------------
"Wooseok letaklah bunga kat atas kubur abang kamu." Ujar Sora kepada anaknya itu.
Wooseok terdiam sambil menatap kubur abangnya. Dia rasa baru semalam abangnya masak makanan kegemarannya dan bermain dengan abangnya.
Wooseok teringat akan apa yang abangnya katakan yang dia takkan bertahan lama tapi Wooseok tak sangka yang dia akan kehilangan abangnya secepat ini.
Wooseok mendekati kubur abangnya lalu meletakkan bunga ros putih kegemaran abangnya. Wooseok teringat yang abangnya akan marah jika ada orang yang memetik bunga ros putih yang ditanam abangnya itu.
"Hongseok hyung.... Kenapa hyung tingggalkan Yanan? Hyung tak sayang Yanan ke?!" Jerit Yanan.
"Yanan... Jangan macam tu sayang. Eomma yakin yang Hongseok sayangkan kamu sangat- sangat." Ujar Sora kepada Yanan.
"Appa kenapa Hongseok kena tinggalkan kita? Bukanke Hongseok sihat je sebelum ni?" Tanya Hui.
Youngjun hanya terdiam. Dia tahu siapa yang menyebabkan dia kehilangan putera kesayangannya itu.
"E' Dawn?" Panggil Jinho. E' Dawn hanya terdiam. Jinho tahu yang adiknya itu sukar menerima pemergian Hongseok. Maklumlah mereka adalah kembar yang sejak di dalam perut ibunya lagi bersama dan tak pernah berpisah.
Jinho tahu betapa E' Dawn sentiasa menjaga Hongseok dan betapa rapatnya E' Dawn dengan Hongseok.
E' Dawn mengelap air matanya kemudian mendekati kubur kembarnya itu. E' Dawn meletakkan bunga di atas kubur Hongseok."Berehatlah dengan tenang... Banyak yang awak dah lalui. Saya sentiasa akan rindukan awak. Ingatlah saya sentiasa ya Hongseok?" Ujar E' Dawn sambil tersenyum.
Yang lain hanya menatap E' Dawn dan mereka tahu walaupun E' Dawn berkata begitu, dia tetap tak dapat melupakan Hongseok begitu sahaja.
TBC

YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Mystery / Thrillermengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...