"Baiklah hari ni kamu ada kawan baru! Lagi satu saya nak pesan muka dia mungkin mengingatkan kamu pada salah seorang kawan kamu yang dah tak de dengan kita sekarang tapi percayalah dia bukan kawan kamu yang tu. Jadi jangan salah anggap ye?" Ujar Cikgu Kang.
"Masuk." Ujar Cikgu Kang lagi. Lalu, pintu kelas pun terbuka dan masuklah seorang budak lelaki yang membuatkan seluruh kelas terkejut dan tergamam.
"Perkenalkan diri kamu." Ujar Cikgu Kang. "Annyeong? Nama saya Yang Hongseok. Awak semua boleh panggil saya Hongseok." Ujar Hongseok sambil tersenyum canggung kerana dia perasan seisi kelas hanya menumpukan perhatian ke arahnya.
"Baiklah! Macam yang saya cakap dia mungkin serupa macam kawan kamu tapi dia bukannya orang yang kita pernah kenal dulu. Faham tak?" Ujar Cikgu Kang apabila melihat muridnya seperti dirinya ketika Hongseok mendaftarkan diri.
"Hongseok kamu duduk kat sebelah Hanbin." Ujar Cikgu Kang. Hongseok hanya menurut lalu mengambil tempat disebelah Hanbin yang masih menatapnya itu.
"Hai?" Ujar Hongseok. "Oh? Ohhh? Hai..." Ujar Hanbin sambil menggaruk tengkuknya yang tidak gatal.
'Mustahil dia Hongseok! Hongseok ahhh sape dia ni? Kenapa dia macam awak? Awak hantar dia sebagai pengganti ke?' Tanya Hanbin entah kepada siapa.
--------------------#########-----------------
"Hongseok sini!" Jerit Hanbin apabila melihat Hongseok mencari tempat duduk untuk makan. Hongseok tersenyum lalu menuju ke arah Hanbin sambil membawa dulang makanannya.
"Duduklah." Ujar Hanbin. "Terima kasih." Ujar Hongseok. Hongseok punduduk dan mula menjamu selera. Kemudian Hanbin nampak Hongseok mula mengasingkan lobak merah.
"Awak tak suka lobak merah ke?" Tanya Hanbin. "Haah. Daripada kecik saya memang tak suka lobak merah." Ujar Hongseok.
"Awak memang tak pernah berubah." Ujar Hanbin. Hongseok hanya menatap pelik ke arah Hanbin.
"Ahhh... maaf! Cuma saya teringat dekat kawan saya! Dia pun tak suka lobak merah macam awak." Ujar Hanbin kembali.
"Mana kawan awak? Dia tak rehat dengan awak ke?" Tanya Hongseok. "Tak dia tak rehat dengan saya dan takkan lagi rehat dengan saya sebab dia dah takde kat dunia ni." Ujar Hanbin sedih.
"Maaf! Ah! Ni mesti tempat duduk dia kan? Tak pelah saya boleh bangun!" Ujar Hongseok lalu mengangkat dulang makanannya.
"Eh! Takpe duduk jelah!" Ujar Hanbin lalu menarik Hongseok untuk kembali duduk. "Jadi muka dia sama dengan saya kan? Sebab tu awak semua terkejut tengok saya dalam kelas tadi?" Tanya Hongseok.
"Macam mana awak tahu?" Tanya Hanbin kembali. "Sebab saya ada tengok gambar kelas awak yang dulu. Saya pun terkejut apabila melihat betapa seirasnya saya dengannya." Ujar Hongseok.
"Emmm... Dia jelah kawan yang paling rapat dengan saya! Daripada kecik kami sentiasa bersama. Saya tahu yang dia sakit tapi saya tak tahu yang penyakitnya boleh membawa maut. Saya rindukan dia..." Ujar Hanbin sedih.
"Mesti dia seorang yang baik kan?" Tanya Hongseok.
"Ya, memangpun! Sebab dia tak pernah tunjukkan kesakitan dia kat sesiapapun. Tapi saya tahu dia sakit. Dia seorang yang sangat penyayang. Dia seorang kawan yang awak boleh percaya." Ujar Hanbin lagi.
"Aishh ... Dahlah! Saya tak nak ingat kisah sedih lagi! Lagipun saya rasa dia mesti hantar awak kepada saya untuk kembali menceriakan hari- hari saya." Ujar Hanbin.
Hongseok hanya tersenyum lalu memandang ke arah sekumpulan lelaki yang dia macam pernah jumpa. Ini kerana, daripada tadi Hongseok perasan mereka asyik memandanginya.
'Ahhh... pedulikan jelah!' Ujar Hongseok dalam hati lalu meneruskan sesi makannya.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/91851865-288-k247450.jpg)
YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Mystery / Thrillermengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...