"Sayang? Ni tak mungkinkan? Tak mungkin dia mahukan Hongseok kembali?" Tanya si isteri.
"Saya tak tahu tapi dari apa yang saya lihat, ianya nampak seperti itu." Ujar si suami.
"Tak! Tak boleh! Kalau dia nak anak- anak saya dia kena bunuh saya dahulu. Dia tak boleh main ambik je anak saya." Ujar si isteri.
"Saya tahu tapi dia tak macam dulu! Dia dah sama seperti kuasa jahat yang lain." Ujar si suami kembali.
'Youngjin... Tolong jangan sentuh anak- anak abang. Apa yang terjadi adalah salah abang. Hongseok tak tahu apa- apa mengenai kita. Jadi tolonglah kalau kamu ingin bunuh seseorang bunuhlah abang.' Ujar Youngjun.
--------------------######-------------------
Peristiwa 12 tahun yang lepas..."Hongseok kamu dengar cakap pakcik ya?" Ujar suara itu.
"Tak nak! Nak appa dan eomma!" Jerit Hongseok.
"Tolonglah minum darah pakcik kamu takkan apa- apa. Tak de sesape dapat kesan kamu kalau kamu minum darah pakcik. Tolonglah minum." Ujar suara itu sambil memaksa Hongseok untuk meminum darah ditangannya itu.
"Tak nak! Eomma! Appa!" Jerit Hongseok menangis. Kemudian muncullah dua sosok yang dikenalinya.
"Eomma! Appa!" Jerit Hongseok sambil memberontak apabila tangannya ditahan pakciknya itu.
"Youngjin! Lepaskan anak abang!" Jerit si abang.
"Tak! Dia patut minum darah saya dan ikut saya ke tempat asal kita!" Jerit si adik.
Si adik semakin mendekati jurang yang ada beberapa meter di belakangnya. Hongseok terus meronta- ronta sambil menangis.
"Kalau kamu tak mahu lepaskan anak abang, abang dah tak de pilihan lain." Ujar si abang sambil berlari laju ke arah adiknya.
Si adik yang perasan akan perlakuan abangnya berganjak kebelakang dan si adik serta anak abangnya jatuh ke jurang tersebut namun si abang sempat menyambut tangan anaknya tetapi malang dia tidak sempat menyambut tangan si adik.
"Youngjin! Andwae!!!!!" Jerit si abang.
-------------------#######----------------
"Apa yang terjadi adalah salah saya. Saya akan cuba bercakap dengannya." Ujar si suami apabila mengingati kembali peristiwa yang telah meragut nyawa adik kesayangannya.
"Sayang hati- hati. Saya taknak awak yang terluka pula." Ujar si isteri.
"Saya akan jaga diri saya. Jangan risau. Dia takkan cederakan saya. Saya kenal dia. Dia dan saya sangat rapat semenjak kami kanak- kanak lagi." Ujar si suami.
"Jaga Hongseok dan putera- putera kita yang lain ya? Jangan risau saya akan kembali." Ujar si suami.
Si isteri hanya menganggukkan kepala sambil memerhati pemergian suaminya.
Tanpa di sedari, Hongseok mengeluarkan air matanya dan tanpa di sedari juga ada seseorang yang memerhati dan mendengar perbualan mereka.
'Abang! Hati saya dah tertutup untuk mendengar kemaafan dari abang. Kalaulah kemaafan dari abang tu boleh hidupkan saya semula saya akan sentiasa maafkan abang!' Ujar suara itu sambil terus memandangi keluarga abangnya itu.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/91851865-288-k247450.jpg)
YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
غموض / إثارةmengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...