Tidak Akan Kubenarkan !

21 0 0
                                    

"Hongseok? Hongseok? Bangun Hongseok..."Ujar Jinho sambil menggenggam tangan adiknya itu. Hongseok telah pun di bawa ke hospital serta mendapatkan rawatan.

"Abang, biarlah Hongseok rehat dulu... Dia masih lemah lagi.."Ujar E'dawn yang turut bersama dengan Jinho ke hospital tadi.

Jinho hanya menganggukkan kepalanya sambil membelai kepala adik keduanya itu. Jinho sangat bimbang akan adiknya itu kerana perubahan sikap yang ditunjukkan adiknya semenjak dua menjak ini. Jinho tahu ada sesuatu yang Hongseok sembunyikan daripadanya.

"E'Dawn?" Panggil Jinho kepada adik ketiganya itu. "Ya?" Balas si adik.

"Kamu dah telefon abang Hui kamu ke belum? Mesti dia dan yang lain tengah risaukan Hongseok." Ujar Jinho apabila mengingat kembali pesanan adiknya itu agar memberitahu keadaan adik keduanya, Hongseok.

"Saya lupa! Kejap biar saya telefon abang Hui dulu.." Ujar E'Dawn sambil mendail nombor telefon abangnya itu.

" Hello! Abang! Abang tak payah risau, Hongseok tak apa-apa... Doktor cakap Hongseok cuma perlukan rehat je..." Jelas E'Dawn panjang lebar. Selepas memastikan segala pertanyaan abang Hui nya terjawab, E'Dawn menamatkan perbualan dan menuju kembali ke arah katil Hongseok.

"Abang... Abang tak rasa ke macam ada yang tak kena dengan Hongseok? Yalah semenjak dua menjak ni Hongseok jadi senang naik angin je... Dahlah tu! Lepastu dia asyik terperuk je kat dalam bilik dia..."
Ucap E'dawn


"Abang tahu tapi kamu tahu perangai Hongseok kan? Dia takkan bagitau walaupun kita paksa dia"Balas Jinho.

"Saya risau abang... Saya takut kalau ada yang tak kena dengan Hongseok... Lagipun dia jelah kembar saya dah tentulah saya nak jaga dia sangat-sangat memandangkan dia kembar saya."Ujar E'Dawn sambil menggenggan tangan Hongseok seakan-akan dia akan kehilangan kembarnya itu.

"Abang tahu.. Jangan risau abang akan jaga kamu semua... Kamu jangan risau selagi abang ada abang takkan biar sesuatu terjadi pada kamu semua!" Ucap Jinho.

----------------------#####--------------------

"Hongseok! Hongseok! Kau milikku! Hahaha! Takkan kubenarkan abang kau hidupu kalau dia menghalang aku!" Jerit suara misteri itu.

"Tak! Jangan sentuh sesape pun terutama keluarga aku! Kalau kau mahukan aku, kau boleh ambik aku! Takkan kuhalang lagi! Janji ko tak sentuh keluarga aku!" Jerit Hongseok.

"Betulke?! Kita tengok sama ada ko boleh halang aku daripada sentuh abang dan adik-adik ko!" Balas suara itu sambil ketawa.

"Tak!Jangan! Takkkk!" Jerit Hongseok. Hongseok tersedar dari pingsannya. Dia tahu dia sedang tidak berada di rumah dan dia kini di hospital.

Hongseok cuba menarik tangannya tetapi dia dapat rasakan ada tangan yang sedang menggenggam tangannya iaitu abangnya Jinho.

' Takkan aku biarkan ko sentuh abang atau adik-adik aku! Jika ko mahukan aku maka hanya aku yang bakal menjadi mangsamu!' Jerit bathin Hongseok entah kepada siapa.

'Abang jangan risau! Hongseok akan lindungi abang, abang Hui dan juga adik-adik yang lain.'Ucap hati Hongseok.

Hongseok hanya mampu memandang abang serta kembarnya yang terlelap di tepi katilnya itu. Hongseok menahan air matanya yang mungkin akan jatuh bila-bila masa sahaja. Hongseok takut apabila memikirkan dirinya bakal mati nanti tetapi apa yang paling dia takutkan jika abang serta adik- adiknya akan turut  menjadi mangsa lelaki misteri itu.

"Abang selamat tinggal..."Ucap Hongseok.

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now