Tidak Akan Kubenarkan !

14 0 0
                                    

"Appa? Oh, appa! Hongseok nak kuar kejap ek?" Tanya Hongseok. Youngjin hanya menganggukkan kepalanya.

Ya betultu! Youngjin? Hongseok?. Ya Youngjin mengambil Hongseok sebagai anaknya selepas Hongseok di dalam kuburnya sehari. Kini Hongseok tak ingat apa- apa dan ingat bahawa Youngjin adalah ayahnya.

Youngjin terpaksa lakukannya demi melindungi anak saudaranya itu. Youngjin perlu bawa Hongseok je tempat yang selamat dan buat keluarga Hongseok fikir bahawa Hongseok dah pergi buat selama- lamanya.

"Baiklah tapi jangan jauh- jauh, ya sayang?" Ujar Youngjin. Hongseok pun barganjak keluar dari rumahnya.

'Hongseok maafkan pakcik sebab buat kamu macam ni tapi pakcik terpaksa. Pak cik sayangkan kamu.' Ujar batin Youngjin.

------------------########-----------------

Seoul.....

"Uwaaaa ..... Cantiknya!" Jerit Hongseok apabila berada di Cheongdam-dong Seoul. Pelbagai kerlipan lampu yang ada di sana yang menarik minat Hongseok untuk terus duduk dan menatap lampu itu lama- lama.

"Eomma? Wooseok nak pergi sana kejap ye?" Ujar Wooseok kepada Sora dan Sora hanya menganggukkan kepalanya.

Wooseok terpaku dengan kerlipan lampu yang ada di hadapannya. Jika abangnya, Hongseok ada di sini tentu susah nak pisahkan abangnya dari tempat ni. Tiba- tiba Wooseok rasa pipinya mulai basah.

"Aissh.. Kenapa aku menangis ni?" Tanya Wooseok pada dirinya sendiri. Wooseok tahu dia menangis kerana merindui abangnya yang selalu ada di sisinya tak kira di mana jua dia berada. Kini semua tu hanya tinggal kenangan.

Wooseok duduk di bangku yang selalu dia dan abangnya duduk ketika datang ke situ sewaktu musim salji. Wooseok teringat akan kenangan- kenangannya bersama abangnya.
------------################-----------
"Abang tangan Wooseok sakit..." Adu Wooseok kepada abang kesayangannya itu.

"Mari sini biar abang tengok." Ujar Hongseok sambil memegang tangan adiknya itu. Wooseok hanya membiarkan abangnya merawat lukanya.

"Dah siap. Dah janganlah nangis. Adik abang mestilah sorang yang kuat!" Ujar Hongseok sambil mengesat air mata adiknya itu.

Wooseok tersenyum sambil menggenggam tangan abangnya. Hongseok bangun apabila melihat seorang pak cik yang menolak kereta gula- gula kapas.

Wooseok hanya memandang abangnya yang berlari ke arah pak cik gula- gula kapas itu. Kemudian dia lihat abangnya kembali dengan membawa dua batang gula kapas di tangan.

"Nah! Memandangkan kamu tak nangis lagi jadi abang bagi ganjaran.." Ujar Hongseok lalu memberikan salah satu gula kapas kepada Wooseok.

Wooseok tersenyum lalu memakan gula kapas dengan laju. Terlihat banyak kesan gula di sudut bibir Wooseok.

"Aigooo... Kamu ni macam budak kecik. Mari sini abang lapkan mulut kamu." Ujar Hongseok lalu mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap mulut adiknya itu.

Hongseok ketawa melihat gelagat adiknya itu. Begitu juga Wooseok.

------------------##########-----------------

Wooseok tersenyum apabila mengingati kembali kenangan itu. Rindu rasanya apabila memikir semua yang dia lakukan bersama abangnya.

Walaupun tak sampai sebulan abangnya pergi tapi rasa seperti abangnya dah bertahun- tahun rindunya.

"Gula kapas! Sape nak beli gula kapas!" Jerit seorang pak cik.

"Pak cik kejap!" Jerit seorang lelaki sambil berlari ke arah pak cik itu. Wooseok hanya memandang lelaki itu. Gayanya seperti abangnya yang pernah menahan pak cik gula kapas itu.

Wooseok terkejut apabila melihat wajah lelaki tersebut.

"Hongseok hyung?" Ujar Wooseok.

                          TBC
                     

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now