Baru habis training basket, aku berjalan pulang ke hostel dengan member.
Mimi.
Aku kenal dia, actually rapat jugalah dengan dia sebab selalu jumpa masa training basket dan gamelan. Dia budak kelas lain, tapi satu floor. Kami bukan sebilik, mahupun serumah, atau seblok. Pendek kata, memang susahlah nak terserempak kalau tak kerana gamelan dan basket ni.
Sambil berjalan pulang, kawan sebelah dia bersuara, "Mimi, nice shoot dia! Cantik giler!"
Aku tak faham, tapi dengar je. Mimi dah tersenyum-senyum. "Kan, cantik kan? Pandai gila dia shoot!"
"Elelele... Mimi, cair lah tu!" Oh, aku mula faham.
Aku bertanya, "Mi, kau minat budak yang mana?"
Tadi coach nak tunjuk dekat kami game muslimin, macam mana depa main, muslimat kena perhatikan.
"Mana ada!" Aku menolak bahu dia perlahan, mengusik.
"Eleh, tengok muka pun tahu. Yang mana satu?"
Kawan yang sebelah dia tu, bertanya, "Kau tak tahu ke dia minat XX? Kau ni, lambat lah!"
"Manalah aku nak ambil tahu. Siapa XX tu?"
Mimi memandang aku hairan, "Kau tak kenal XX? Hish, kau ni... Tak payah tahulah."
Memang normal muslimat Kisas tak kenal muslimin dan sebaliknya, kalau tak ada urusan. Buat apa nak sibuk kenal diorang?
Tapi hari itu, akhirnya aku tahu siapa XX tu, sebab aku paksa orang bagitahu, muehehe... because I'm the one who can't stand in curiosity, well, curiosity kills the cat.
Dan malam tu, training gamelan pulak. Tiba-tiba muslimin ketuk pintu, nak masuk ambil apa entah. Kami pun bukalah pintu. Aku? Of course lah tak kenal dan aku buat tak layan je!
Habis sahaja depa keluar, masing-masing senyum-senyum. Aku tak faham, apa jadi? "Kenapa?" aku bertanya.
Mimi buat isyarat diam, "Shhh..."
"Oh, dia tak tahu lagi ke?" kawan yang lain menjawab. Apa yang aku tak tahu?
"Apa yang ana tak tahu ni?" aku bertanya lagi. Seriously curiosity kills the cat!
"XX" oh, faham dah! Dia masuk ke tadi? Tak perasan pun. Macam mana aku nak perasan kalau tangan asyik mengetuk gambang?
"Oh, budak tu ke? Dia gamelan juga ke? Ish, banyaknya persamaan kau dengan dia ni, Mimi!"
Serentak ramai-ramai ambush dia, "Kan?!!"
![](https://img.wattpad.com/cover/93531690-288-k916746.jpg)
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
SonstigesAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...