Malam ini ada usrah kubra. Means ada ceramah or whatsoever dekat dewan besar, ramai-ramai. Dengar cerita malam ni slot motivasi, ada penceramah luar. Sebagai persediaan awal, aku bawa stok makanan dan buku nota bersama, buat catatan dan tahan mengantuk. Dalam perjalanan ke pagar asrama, aku terserempak dengan Mimi.
"Jomlah, duduk sebelah aku nanti!" dia mengajak. Aku pun ikut sahaja, lagipun aku tak kisah duduk sebelah siapa pun di dewan nanti.
Aku khusyuk mendengar motivasi yang disampaikan. Lawak juga penceramah ni. Tak sempat nak tersengguk pun.
Sampai satu slot tu, penceramah kata, "Duduk menghadap dengan kawan sebelah, cari partner."
Aku pandang Mimi, Mimi pandang aku. Tergelak. Okay, fine. Kami alih kerusi dan duduk menghadap.
"Kemudian, pegang bahu dia, picit-picit." Haa, part ni yang aku tak tahan. Geli!
"Mimi, kau buat slow-slow eh, aku... geeeeliii!!!" terjerit aku bila dia picit bahuku sungguh-sungguh.
"Lepas tu, pegang pipi dia pula. Picit-picit pipi gebu dia." Payback time! Aku picit kuat-kuat pipi dia, dan dia pun balas balik.
"Arghhhhh!!!" merah kot pipi aku! Tapi dia selamba je. "Tak sakit ke weh? Kuat aku cubit ni." Dia kata tak, sikit pun tak. Wow! Incredible Hulk!
"Usap-usap pipi dia, cakap 'sorry, cubit kuat tadi'. Kemudian cakap 'saya sayang awak', dengan penuh perasaan." Yucks! Yang ni lagi geli. Tapi aku tak buat pun, aku usap je, kami tergelak.
"Muslimat yang belakang tu, jangan malu-malu, buat sekali! Cakap dengan penuh perasaan."
Kami duduk belakang kot! Mana dia nampak? Haha, kami pun layan je.
"Kemudian, rapatkan dahi kamu dengan dahi kawan. Beritahu dia, kenapa kamu suka kawan dengan dia, tell everything you want to say. This is the only chance you have. Two minutes."
Aku pandang Mimi, dia pandang aku. Nak buat ke? Kitorang ni, dah la tak berapa nak kenal. "Ikut je lah," putusnya, sebab tengok semua orang buat.
Diam, lama, tak ada benda nak cakap, aku tergelak.
Dia mula dulu. "Sebenarnya, aku suka kawan dengan kau. Aku rasa tak layak kawan dengan kau, yalah, kau budak 501, pandai, aku ni..."
"Eh eh, semua sama je ok. Kau pun pandai."
"Shhh, diam, aku nak cakap ni. Thanks, kau take care pasal aku. Sakit aku, kau jaga aku. Kau, kalau sakit, jangan pendam je, bagitahu aku tau. Aku serius nak kawan dengan kau..." tangan aku atas paha terasa basah. Dia nangis?
"Kau nangis ke? Alahai... Dah, janganlah, nanti aku nangis jugak..." aku? Nangis? Heh, tak ada maknanya. Ayat pujuk je tu.
Bila dia diam, aku sambung, "Aku pun rasa apa yang kau rasa. Aku rasa macam kita ada chemist, hehe. Kau jangan sakit-sakit lagi. Aku ikhlas nak tolong kau, in study or whatsoever. Kau cakap tau kalau nak aku tolong, insyaallah I'll be by your side. Aku pun... sayang kau..." mata dah rasa basah. Tiny drops fall over the cheeks. Aku nangis ke? Tak percaya! Seperti yang pernah dinyatakan, berapa kali je dalam setahun aku menangis, boleh dikira dengan jari!
Penceramah pun mula berbicara. "Okay, masa dah tamat. Salam kawan... bla bla bla," entah apa lagi yang dia cakap, kami tak dengar dah. Mimi pandang aku.
"Kau nangis? Wei, seriously kau nangis? Wooo, aku berjaya buat kau nangis!" aku kesat air mata. Ya, kali pertama nangis di bumi waqafan, semua sebab Mimi! Even waktu kali pertama datang Kisas pun tak nangis, well, dah biasa duduk asrama lah katakan.
"Alah, kau pun sama, kata orang." Aku membalas.
"At least aku bukan macam orang tu, tak pernah nangis, tapi malam ni sebab aku dia nangis!" dengan riaknya dia membalas, dengan senyum sinis. Aku tepuk pahanya kuat-kuat.
"Sakitlah!"
"Tahu pun! Kau orang first tau yang buat aku nangis dekat sini. Sila bangga!"
First tear, first drop, by the first person who made me cried!
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
RandomAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...