#first instax pic

22 2 0
                                    

"Aku tak ada satu pun gambar dengan kau."

"Haah lah. Aku baru perasan. Tak apa, esok malam kita ambil gambar sama-sama. Elok sangatlah tu, kau pakai baju Khalid, aku pakai baju Ali." Malam esok ada makan malam beradab rumah sukan Khalid dan Ali.

"Okey, set."

Esoknya, selepas tamat majlis, ahli rumah Khalid dan Ali masing-masing ingin bergambar kenangan. Kerana penat tunggu lama giliran Khalid ambil gambar atas pentas, aku duduk dahulu. Ramai yang mengambil gambar, biasalah, remaja sekarang, selfie je kerjanya. Aku? Eheh, sorry, tak minat. Hampir satu jam sesi bergambar, belum lagi tunggu budak Ali habis photoshoot. Disebabkan aku pun sudah menguap, maka aku lari balik asrama, malas menunggu Mimi.

Aku menuju ke musolla untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, aku terus lepak di sini. Aku baru dapat tahu esok ada inspection penuh(esok hari Ahad). Haih, mesti mengamuk budak-budak Khalid ni bila dapat tahu nanti. Yalah, penat balik dari jamuan, kena kemas dorm untuk inspection esok pula, mana tak mengamuknya. Dan aku, masih di sini selepas setengah jam berlalu.

Mimi tiba-tiba datang lalu duduk di sebelah. "Wei, sorry. Tadi aku cari kau, tak jumpa. Rupanya kau dah balik awal."

Aku diam. Merajuk? Ya, kot.

"Sorry lah. Jom, kita tangkap gambar." Dia cuba memujuk.

"Lain kalilah. Aku dah tukar baju." Aku dah tawar hati!

"Lain kali, eh? Sorry sangat-sangat. Kau merajuk ke?..."

Tiba-tiba out of nowhere salah seorang ahli dorm aku datang. "Awak dekat sini rupanya! Tahu tak dekat dorm tu dua orang je yang kemas dorm?! Awak boleh berborak dekat sini pula."

"Eh, chopp! Yang awak nak marah ana ni kenapa? Ana nak pergilah lepas ni!" eisyyy, panas hati apabila kena marah tiba-tiba!

"Macam mana ana tak marah?! Semua orang tak nak kemas dorm! Semua lepak dekat musolla. Ada yang tidur lah. Awak pun sama! Dah lah penolong ketua dorm! Ana tahu semua orang penat, ana pun penat. Tapi kita kenalah tunaikan tanggungjawab masing-masing."

"Eh, baik sikit ya! Ana memang nak pergi kemas dorm. Lagipun pernah ke ana ponteng kemas dorm sebelum ni? Tak kan?"

"Tak payah! Semua dah siap. Kitorang dah buat semua; lap tingkap, susun kasut, polish kasut, lap atas loker, semua dah buat. Kalau awak nak buat, sapu dorm. Eh, tak, sapu dorm ada orang dah buat. Awak pergi bersihkan bilik-bilik khas. Jangan lupa ajak sekali budak-budak awak yang tidur dekat musolla tu." habis sahaja menghamburkan segalanya, dia pun beredar. 

"Kenapa dengan dia nak marah-marah aku tiba-tiba? Orang lain yang tak buat kerja, aku yang kena! Dah lah orang tak ada mood hari ni!" Aku berlalu meninggalkan Mimi yang terkulat-kulat sendirian.

--------------------------------------------------------------

'Tak kira! Hari ni kena tangkap gambar juga! Asyik tak jadi je.'

Hari ini hari yang paling bersejarah. Hari Graduasi. Kami sudah graduate! Senyuman tersimpul. Dah besar rupanya aku ni. Rasa macam baru semalam daftar masuk darjah satu. 

"Aku bangga ada kawan macam kau, dapat anugerah pengetua. Tahniah! Kawan aku nombor dua dalam batch woo! Jalan dekat karpet merah lagi. Lepas ni, kau pula nombor satu, jadi best student," kata Mimi.

"Ha, yang tu aku rasa mustahil. Impossible nak kalahkan budak genius Husna Fathiah tu. Thanks for your support. Alah, kau pun boleh berjaya juga, cuma malas je banyak kau ni."

"Nanti... susah lah nak jumpa kau. Kau duduk depan sekali, aku duduk belakang."

"Kau ingat best sangat ke duduk depan? Kena duduk tegak je, control ayu sepanjang masa. Lima jam wei! Mahu sakit pinggang tu! Dah lah cikgu tak kasi bawa buku."

"At least kau dapat principal list. Cuba syukur sikit."

"Alhamdulillah..." aku meraup wajah.

Majlis berjalan lancar selama lima jam dan berakhir lebih awal daripada yang dirancang. Yang lawaknya, selepas kelas 501 naik pentas, guru kelas kami, Cikgu Azalina 'culik' kami untuk sesi bergambar secara curi-curi di luar dewan(sepatutnya kami tak boleh keluar dewan sehingga majlis tamat). Sedihnya, kelas kami kalau tangkap gambar tak pernah lengkap. Waktu hari guru, ketua kelas tak ada, gambar majalah sekolah, cikgu pula tak ada, hari penting ni, seorang muslimin terpaksa excuse sebab kena buat show gamelan dan Izzah tak hadir pada hari bersejarah ini kerana datuknya meninggal dunia. :(

Aku mencari kelibat mama dan ayah. "Mama tak sempat tengok anak mama naik pentas, mama sampai lambat," kata mama.

"Alah, tak apalah, mama kan dah selalu tengok orang naik pentas. Mama makanlah dulu, orang nak jumpa kawan." Aku berlari mendapatkan Mimi.

"Jom!" ajakku sambil menunjukkan Instax Winnie The Pooh milikku. Akhirnya, kami dapat juga bergambar buat kesekian kalinya, walaupun tanpa dirancang. 

People always said; "unplanned plan is always a success." 

Mama kata, bunga dah habis, jadi teddy bear lidi tu je ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mama kata, bunga dah habis, jadi teddy bear lidi tu je ada. Tak apalah, ma, teddy pun, teddy lah.

*rumah sukan di kisas= Khalid (biru), Ali (kuning), Omar (merah), Thariq (hijau)
*setiap rumah sukan ada baju kurung masing-masing, yang supposed dipakai waktu annual dinner.

Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now