#goodbye, basketball

24 2 0
                                    

Cikgu memanggil aku. "Saya nak latih kamu jadi centre. Saya nak kamu jadi centre nanti."

Aku ternganga. Like seriously?! Aku wakil sekolah? Lawan SBP? Tapi...

Setiap petang aku berlatih dengan gigih dan sudah dua kali cikgu meletakkan aku di posisi centre atau guard. Aku selalu penat, tak cukup nafas, cepat letih tetapi aku tahan demi tournament yang akan datang.

Suatu hari, aku berjumpa cikgu. "Cikgu, maaf, saya tak boleh main untuk tournament ini. Mak saya tak izinkan."

"Kenapa? Awak tahu kan kita tak cukup player? Siapa nak ganti tempat awak? Nasib ada masa lagi."

Aku memandang cikgu dengan serba-salah. "Saya... ada TB, cikgu. Doktor tak kasi main sebenarnya tapi saya langgar juga sebab saya minat."

"Kalau macam tu, nak buat macam mana, hilanglah player paling tinggi saya ni."

"Cikgu, Amy boleh jadi centre. Dia okey je."

"Saya pun terfikir juga."

"Erm... cikgu, kalau saya nak datang latihan juga, boleh tak, even saya dah tak jadi wakil sekolah?"

"Saya tak kisah, datanglah. Tapi saya tak push awak. Awak berlatih yang biasa-biasa je, kalau team game awak tak main."

Aku tersenyum. "Cikgu... kalau pertandingan nanti, saya boleh ikut kan?" wajahku penuh mengharap.

"Tak boleh rasanya sebab awak bukan player."

Harapanku jatuh merudum! "Ala cikgu, boleh lah. Saya kena bagi support untuk kawan-kawan. Saya boleh jadi budak milo!"

Cikgu tergelak. "Budak milo... tak payah, tak muat van tu nanti."

"Ok, cikgu. Terima kasih cikgu. Maaf tau, cikgu."

Hmm... itulah, punya semangat training tak fikir dulu kau tu mampu ke tak. Akhirnya, sia-sia je training dua bulan, tapi tak main untuk wakil sekolah. Baru je nak berangan-angan capai dream 7: have a basketball jersey. Tak apalah, it will be a memorable experience ever.

Malam itu, aku batuk teruk.

"Kau okey tak ni?" tanya Mimi.

"Biasalah, kalau penat sangat memang macam ni," jawab aku. 

"Tulah, kau. Jangan lupa makan ubat. Mesti sebab training ni kan?"

"Aku tak boleh penat sangat, nanti takut tibi tu datang balik. Cut the crap, korang main basket ni, pakai jersey sekolah ke, buat sendiri?"

Mimi memandang aku hairan. "Kenapa 'korang'? Kau tak main ke?"

Opsie! Terlepas. Nasiblah. Aku menggeleng.

"Kenapa?"

"Mak aku tak bagi. Lagipun tengoklah aku ni, baru main full court five minutes dah penat."

"Alaa... kau tinggi. Kau kan centre, shooter, boleh buat three point."

"Three point mendenya! Itu kaulah mek. Aku shoot sikit-sikit je. Ala, aku bukan pandai main macam kau, Amy, Mazlin, semua tu. Wei, jawablah soalan aku pasal jersey tu."

"Aku tak rasa kita sempat nak buat jersey sendiri. Nak design lagi. Aku rasa pakai jersey sekolah yang busuk tu juga."

"Tapi kan muslimin yang pakai jersey sekolah."

"Ya tak ya juga. Tengoklah macam mana nanti. Kenapa kau tanya?"

"Aku nak juga ada jersey tulis nama aku dekat belakang even aku tak main. That's my dream."

"Okey, nanti apa-apa aku bagitahu kau."

Hari last training tu, aku tak turun court. Sebab terkilan sangat tak dapat main. Kalau aku datang pun, bukan boleh join latihan sebab diorang main satu game hari ni. Tak apalah, tamat sudah kisah aku dengan basketball ni. Haih, sedihnya hidup, dapat jumpa satu sukan yang boleh main, tak dapat main pula. Sedihnya, rasa nak nangis.

Esoknya, dengar cerita depa menang masuk semi-final. Wah, congrats sebab bukan senang muslimat kisas dapat pergi jauh macam ni! Malam sebelum mereka pergi semi-final tu, semua player kumpul dekat dorm aku, well, kaptennya kan dorm ni, makan malam sebab mereka belum makan lagi.

"Syu, awak pun pergi ke tadi?" aku bertanya kepada Syu yang setahu aku tak dapat main untuk wakil sekolah selepas pemilihan kali terakhir ketika hari last training hari tu. 

"Pergi."

What?! Syu boleh pergi, kenapa aku tak boleh? Ini tidak adil! "Kenapa awak boleh pergi, ana tak boleh?"

"Oh, awak tak datang ya hari last training tu? Cikgu cakap, saya boleh join, tolong apa yang patut kat sana. Lagipun saya ada jersey, boleh saya jadi reserve jika diperlukan."

Jersey?! What... "Jersey? Bukan pakai jersey sekolah ke?"

"Taklah, buat. Dorang tak bagitahu awak ke? Ni pun buat saat akhir. Tak sempat nak bagitahu awak kot."

My God... hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa remuk-redamnya hatiku saat itu. Yang pastinya, sejak itu, minatku terhadap basketball semakin pudar cause they made me like an outsider!

*SBP= sekolah berasrama penuh

Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now