Aku tercari-cari kelibat Mimi di musolla. Mana dia ni? Dari pagi tak nampak bayang. Aku bertanya kepada Sarah, kawan baiknya merangkap dormmate. Katanya, "Aku pun tak nampak. Aku ingat dia dengan kau, dia kan berkepit dengan kau 24 jam lately ni. Dia dah tak layan aku dah. Dorm lagilah dia tak jejak. Dia tidur dorm kau kan?"
Aku mengangguk. "Merepeklah kau ni. Mana ada dia berkepit je dengan aku 24 jam. Aku ingatkan dia dengan kau."
"Habis tu, kalau dia tak dengan kau, tak dengan aku, dia ke mana? Habis solat je tadi, terus hilang. Peliklah budak ni. Kau cubalah tegur-tegur sikit dia tu."
"Hmm, tulah. Dia memang macam tu eh? Yalah, aku bukan rapat sangat dengan dia. Kau kan kawan baik dia, mestilah tahu pasal dia."
"Mana ada. Aku nampak macam ada masalah je dia tu. Aku tanya, dia tak cakap apa pula. Kau pun tahu kan pasal dark past dia."
Kening aku berkerut. "Dark past? Kenapa?" Dia memanglah pelajar yang boleh dikira 'troublemaker' dekat kolej ni, tapi macam serius sahaja bunyinya.
"Eh, dah nak isyak ni, mana budak ni? Kita cari dia nak. Aku tanya semua orang pun tak ada yang tahu. Risau pula," kata Sarah.
Maka bermulalah pencarian kami menjejaki budak separuh masak ni. "Dia sakit tak?" kami menuju ke bilik sakit, tiada. Bilik study, tiada. Dorm aku (manalah tahu dia pening ke, baring kejap atas katil aku), tiada. Mana lagi ni nak cari?
"Dekat dorm aku kot," kata Sarah. Kami pun panjat tingkat tiga. Masuk dorm E24. Beri salam. "Assalamualaikum..." there she is! Sedang mengeringkan rambut dengan santainya, baru lepas mandi agaknya. Dan betapa rasa nak marahnya hati ini sebab orang sibuk risaukan dia, dia boleh selamba mandi, sedangkan dia sepatutnya berada di musolla!
"Kat sini pun kau rupanya! Penat kitorang cari..." belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya, aku menariknya keluar dorm.
"Jom Sarah. Satu je aku nak cakap, aku marah sangat dengan kau!" aku berpaling meninggalkan Mimi yang terkulat-kulat, tidak faham apa yang sedang berlaku.
Aku melayan amarahku dan terus ke dorm selepas isyak untuk study. Mid-year exam nak dekat. Malam minggu yang free ni harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Baru beberapa minit aku duduk di hadapan buku atas katil, Sarah datang dengan tercungap-cungap, menerpa aku.
"Kenapa ni? Cuba relaks, kenapa lari-lari ni?"
"Mimi...!"
"Kenapa dengan dia?" aku malas nak ambil tahu sebenarnya, tapi layankan jelah.
"Tak boleh cerita kat sini, keluar jom." Aku mengikutinya duduk di kerusi batu di hadapan court.
"Tadi, dia masuk dorm. Lepas tu, dia ambil bantal dia, tulis sesuatu atas whiteboard depan pintu dorm, keluar. What shock me is, apa yang dia tulis tu..."
Apa pula kali ni? "Apa yang dia tulis?"
"Aku tak ingat sangat tapi something macam dia nak pergi somewhere, then dia tulis 'jangan cari aku'. Kau rasa?"
Hmm, aku mula berfikir. "Kalau dia kata 'jangan cari aku', tak payah carilah. Pandai-pandailah dia bawa diri dia. She needs some space alone, maybe. Biarkanlah dia."
"Tapi, cuba kau fikir. Selama kita kenal dia, dia tak pernah buat sesuatu yang tak merisaukan orang. Dia tu unpredictable. Kalau dia buat sesuatu yang..."
"Sarah! Jangan fikir bukan-bukan. Takkan dia nak bunuh diri."
"Hei! Jangan disebut perkataan tu. Memanglah, tapi ayat dia tu macam dia dah fed up hidup tahu tak. Aku kenal dia macam mana."
"Ha, awak kenal dia macam mana kan. Cuba cerita sikit 'dark past' dia tu." Dan Sarah pun ceritalah dari A sampai Z. Dia memang datang kisas sebab nak ubah diri dia, nak merasa tarbiyah tu di sini.
"Tapi, aku tak yakin dia dapat apa yang dia nak tu kalau dengan aku. Aku bersyukur sangat kau rapat dengan dia. At least kalau dengan kau dia jadi baik, dia ikut cakap kau."
"Yalah tu. Ok, lepas ni, macam mana ni?"
Sarah memetik jari. "Strategi. First, kita pergi dorm aku, kau kena tengok apa yang dia tulis. Lepas tu, kita cari dia dekat bilik sakit, bilik study, musolla, dm, dorm orang yang rapat dengan dia. Kalau tak ada juga, no choice, kita cari dia dekat sekolah." Sekolah? Malam, gelap-gelap macam ni, mana ada orang dekat sekolah. Mana nak cari dia dekat sekolah?
"Kau jangan ingat dia tak berani nak pergi sekolah sorang-sorang. Dia tu kan unpredictable. Maybe dia pergi btu, main gamelan. Ish, seramnya main gamelan sorang-sorang. Tak pun, dia pergi kelas, atau court basket. Dia pernah cakap dengan aku, kalau dia hilang, cari dia dekat court basket." Gila! Beraninya minah ni! Kalau aku jumpa dia, memang benda pertama yang aku buat ialah sekeh kepala dia, kemudian lempang sampai pengsan! Suka buat orang risau.
Akan tetapi, misi pencarian gagal. Where on earth is this kid? "Macam nilah, ikut plan b kita. Kita pergi bersiap, cari dia dekat sekolah. Doa-doa jelah dia tak pergi sana." Sekolah?
Dan seperti yang dirancang, aku menanti Sarah yang naik ke dorm untuk berpakaian lengkap ke sekolah (ikut peraturan; pakai kasut, baju muslimah). Lama menanti, aku jadi pelik. Dia ni pakai kasut ke buat kasut? Akhirnya, dari jauh aku lihat kelibat Sarah sedang turun tangga dari tingkat empat. Tingkat empat? Dia buat apa dekat dorm form four? Ya, aras empat adalah dorm pelajar tingkatan empat.
"Aku dah jumpa dia! Kau tahu, dia tak ke mana pun, dia lepak dengan budak form four!" Alhamdulillah, tak perlu kami susah payah pergi sekolah. Tapi...
"Budak ni... memang nak kena! Aku baru maafkan dia sebab tadi. Kali ni, aku merajuk dengan dia betul-betul! Habis tu, macam mana dengan aku ni? Penat tau dah tukar baju, semua. Siap berkasut lagi." Sarah hanya tergelak.
"Sebenarnya aku tahu dia dekat atas pun sebab aku tiba-tiba rasa macam nak naik check dulu, kot-kot dia ada kat sana. Rupanya betul! Nasib baik aku tak sempat tukar baju lagi. Kesian kau, sorry eh. Kesian juga dekat kita ni. Aku pun marah juga dengan dia. Tak apa, aku dah ceramah sikit dekat dia tadi."
Dengan hati yang sedikit marah bercampur lega, aku pergi ke dorm semula. Sambung study. Tak boleh jadi ni, tak boleh fokus sebab fikirkan dia! Kemudian, selepas liqa' al-mulk, aku mencapai buku teks sejarah, jam tangan dan menyarung tudung. You owe me an explanation, Mimi!
Aku transit di dorm E24 dulu. Aku menuju ke katil Mimi yang terletak bersebelahan dengan katil Sarah.
"Eh?" Sarah melihat aku dengan hairan.
"Malam ni aku tidur sini." Aku menuju ke tingkat empat, ada seseorang yang perlu bersoal jawab!
*liqa' al-mulk merupakan rutin harian kami sebelum tidur sebagai pendinding diri; baca surah al-mulk, ayat kursi, tiga kul dan sedikit tazkirah.
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
De TodoAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...