Masa memang berlalu sangat pantas. Sedar tak sedar, hanya tinggal paper Kimia, minggu depan, hari Selasa. Aku mengeluh perlahan. Dah besar rupanya aku ni. Dah boleh buat keputusan sendiri. Takut sebenarnya. Takut nak menjadi dewasa, menghadapi realiti dunia luar yang menakutkan, menghadapi masalah umat yang semakin tenat. Selama ini di kisas, aku berada dalam kedudukan yang sangat selesa, persekitaran yang baik, aman, dikelilingi oleh orang yang baik dan prihatin. Bagaimana kehidupan di luar sana nanti? Huhuhu... seram pula rasanya!
Pelajar lain sudah pulang ke rumah. Hanya pelajar SPM dan STPM sahaja yang tinggal, berjuang untuk saat-saat terakhir. Empat hari lagi sebelum kami menamatkan zaman persekolahan secara rasmi. Sayangnya nak tinggalkan bumi waqafan. Rasa macam baru semalam mendaftar masuk di sini.
Aku dan Mimi di sini. Melepaskan rindu di musolla. Tenangnya di sini... Aku sedang membaca buku Kimia dengan rehal sebagai meja bersama-sama Mimi. Tiba-tiba dia menolak rehalku jauh ke hadapan, menolak tanganku yang sedang berada di atas riba, lalu berbaring di atas riba. Ni mesti signal ada benda tak kena ni!
"Aku nak minta maaf."
"Untuk?"
"Everything. Aku mesti banyak buat salah dengan kau."
"Tak adalah. Kau tak ada salah apa-apa pun dengan aku. Kau kenapa tiba-tiba nak minta maaf ni?"
"Wei... nanti kau nak jadi pharmacist kan?" tanyanya. Dia menukar topik.
Aku meneruskan pembacaan. "Ya, kenapa? Kau pula nak jadi apa?"
"Nanti aku nak tengok kau berjaya tau. Aku nak kau jadi ahli farmasi yang berjaya. Aku... entahlah, aku mungkin nak sambung matematik. Kau rasa aku sesuai jadi apa?"
"Hmm... kalau kau minat matematik, jadi cikgu pun okey."
"Boleh juga tu."
"Mimi..." Tiba-tiba Maryam datang. "Aku nak cakap dengan dia sekejap eh? Sekejap je."
"Oh, tak boleh dengar ya?" tanyaku.
"Sorry kacau." Maryam berbisik sesuatu dengan Mimi. Aku menjungkit bahu dan meneruskan pembacaan tanpa mempedulikan mereka.
Tapi, fokusku terganggu kerana aku terdengar perbualan mereka.
"Urgent wei... pinjam kejap. Kat mana?"
"Ada ni. Jap aku ambil." Aku menoleh memandang Mimi. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sesuatu lalu cepat-cepat menyerahkan kepada Maryam. Bulat mata aku melihatnya!
"Kejap je. Nanti aku pulangkan tau."
"Gunalah dulu. Simpankan, nanti aku ambil dari kau."
"Serius? Okay." Maryam pergi.
Aku memberikan pandangan yang tajam, tepat ke matanya. "Mimi... I need explanation. Now!"
Dia tersengih. "Oh, kau nampak ke? Okay, biar aku explain..."
"Oh, sebab tu kau minta maaf tadi? Aku dah agak dah, mesti ada benda yang kau buat ni. Masalah apa pula kali ni? Kau tahu kan lagi beberapa hari je nak habis sekolah. Just few days. Tak boleh ke dalam hari-hari terakhir ni, kita habiskan sekolah dengan rekod cemerlang dan aman?"
"Aku..."
"Aku tak nak cakap apa-apa lagi dah." Aku segera mengemas barang dan keluar dari musolla. Aku sambung study di atas katil.
----------------------------------------------------------------------
Aku menggeliat, membetulkan urat-urat yang tegang dek terlalu lama duduk dan menunduk membaca buku. Bosan. Sunyi pula dorm ni. Semua dah tidur rupanya, dah tengah malam. Mata ni tak rasa mengantuk. Aku duduk di kerusi batu kegemaran di depan dorm untuk mengambil angin malam. Nanti for sure aku akan rindu suasana malam macam ni.
Mimi datang lalu duduk di sebelahku. "Merajuk lagi ke?"
"Siapa yang merajuk?" aku membalas, dingin.
"Kau lah. Okay, okay. Aku mengaku aku salah. Dengar dulu apa yang aku nak cakap. Aku... memang sengaja bawa fon ni. Lagipun sekolah kan dah habis. Kita dah tak terikat dengan peraturan. Orang lain pun bawa juga."
"Still... kalau semua orang bawa fon, tak semestinya kau kena bawa juga. Kenapa mesti bawa ke asrama? Tak boleh ke tinggal di rumah mak cik kau dekat Putrajaya tu? Kau kan nak balik sana nanti? Aku cuma takut kau leka je. Fon ni bahaya, bawa pengaruh yang sangat besar. Aku agak dah kau bawa sebab orang lain pun bawa juga. Nasib baik dah habis sekolah. Tapi, at least jangan guna di tempat umum dan jangan sampai kau tak study," aku mula membebel.
"Sorry, aku tahu aku selalu buat kau kecewa. Aku minta maaf, aku selalu langgar apa yang kau larang." Dia menundukkan wajahnya.
"Hah, tahu pun. Kau dah tahu, tapi kau still buat aku kecewa juga. Aku buat semua tu ada sebab. Aku nak sangat tengok kau berjaya, kita sama-sama berjaya. Kau faham kan maksud aku? Nanti, kat luar sana, kau mungkin tak jumpa kawan yang ambil berat pasal kau, yang tegur kau kalau kau silap, yang jaga kau kalau kau sakit. Kau mungkin tak jumpa orang yang ikhlas nak bersahabat dengan kau, and stick to you through hell or high water.
Satu je aku nak pesan. Buat apa-apa ni, Mi, kena ingat baik dan buruk, fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan buat masalah kat luar nanti. Aku pun banyak buat salah dengan kau. Aku... laa.. kau nangis ke?"
Dia sudah berendam dengan air mata. Dia menutup wajahnya. "Mana ada!" aku tergelak.
"Ingat semua pesan aku tau! Berbuih mulut aku cakap ni, aku harap kau ingat sampai bila-bila."
Lama dia diam. "Betul cakap kau, aku tak akan jumpa orang yang ambil berat pasal aku, yang tegur aku, macam kau. Thanks sebab kau je yang bertahan dengan aku, tak pernah ralat nak tegur salah silap aku. Doakan aku dapat jumpa sahabat yang baik dekat universiti nanti."
"Sedihnya, malam ni tak ada bulan. Aku suka tengok bulan. Rasa happy je. Tapi malam ni tak ada, aku rasa kosong."
Kami mendongak memandang langit. Langit di bandar selalu kosong, jarang dapat lihat bintang pada waktu malam. Blok E di hadapan kami masih terang, menandakan ramai yang stay-up untuk study malam ni. Semoga kita semua berjaya, amin...
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
RandomAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...