#POW

16 1 0
                                    

Pearl of Waqafan (POW) ialah nama kumpulan drama kolej ini.

Pengumuman audition pow memang sangat dinanti-nantikan oleh semua warga kolej(kecuali aku). Akhirnya, satu pemilihan ahli drama pow akan diadakan pada hari ko-kurikulum, jam 3 petang.

"Kau nak masuk pow ke?" tanya Mimi kepadaku.

"Aku? Berlakon? Ehehe, kau silap orang ni. Aku ni kayu lah mek. Kalau suruh aku pidato ke, bercerita ke, sajak ke, bolehlah. Kau mesti pergi kan?" Dia mengangguk.

Aku menepuk bahunya. "Tak apa, Mi. Aku support kau! Kau kan drama queen!"

Akhirnya, dia terpilih juga masuk pow, tetapi hanya sebagai team prop. Dia kata tak apalah, yang penting ada juga kaitannya dengan seni. Anak senilah katakan! Dulu sekolah lama menari, masuk sini gamelanlah, dramalah, macam-macam budak ni.

Sekarang, dia semakin sibuk. Jarang nampak batang hidung kalau tidak kerana gamelan. Tetapi gamelan pun dah berhenti sekejap selepas kami buat show untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan tempoh hari kerana nak tumpukan kepada SPM. Sibuk dengan drama, dan kini dia pandai-pandai pula masuk NiE competition(nak tahu apa benda tu, google lah, hehe).

"Mimi, aku nak cakap sikit ni." Aku memecahkan kesunyian perpustakaan (perkisas) pada suatu malam.

"Apa dia? Kau ni serius semacam je."

"Aku tengok kau sibuk je. Petang malam berlatih drama, NiE lah, sibuk memanjang. Ni pun nasib baik tak ada apa-apa latihan. Ada juga masa kau study. Aku bukan apa, risau kalau kau leka. Takut tak boleh catch-up study sebab sibuk."

"Insyaallah, aku boleh bahagi masa. Thanks ingatkan aku. Tolong ajar aku soalan ni," dia menunjukkan buku latihan matematik tambahannya kepadaku. Dan hari-hari yang seterusnya berlalu seperti biasa.

Penyertaan NiE mereka sudah dihantar selepas melalui pelbagai dugaan dan halangan. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Tak apa, tak ada rezeki. Sekarang dia cuma tumpukan kepada pertandingan drama yang akan diadakan tidak lama lagi.

Aku diberitahu bahawa dia terpaksa melakonkan watak ibu dalam drama itu disebabkan beberapa masalah dalam kumpulan pow. Akhirnya, jadi juga berlakon budak tu. And obviously she threw all her heart into this drama. Dia sangat sayangkan family pow. Aku sangat berharap agar pow akan mendapat hasil yang setimpal dengan usaha mereka, dan aku percaya mereka akan dapat melakukannya. Aku tak kisah kalau dia berlatih sampai lewat malam, even hujung minggu, tapi aku tak rasa 'tindakan' yang dia lakukan itu betul. Marah? Of course aku marah dengan dia!

"Mi, we need to talk."

Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now