#ju-on

23 1 0
                                    

Aku melihat jam tangan. Terbeliak biji mata melihat jarum yang menunjukkan pukul 11.30 malam, dan kami masih lagi di sini, di bilik tayangan utama (btu) berlatih gamelan dengan Cikgu Faliq. Mana tak gigihnya, tak lama lagi kami ada show untuk malam kesenian form four.

"Guys, ana rasa dah lewat sangat ni. Kita kan tak boleh balik lewat, nanti kena sound dengan warden. Bila nak habis training ni?" aku bercakap dengan perlahan.

"Okay, kamu semua dah boleh balik. Siapa nak balik, boleh balik dulu," kata Cikgu Faliq. Fuhh! Akhirnya! Bukan apa, aku risau kalau nanti kena marah dengan warden sebab balik asrama lambat.

Hampir semua gemawan beredar, tinggal dua tiga orang sahaja. "Mimi, kau tak nak balik ke?"

"Baliklah dulu. Nanti aku balik."

Aku memandangnya. "Betul ni? Aku balik dulu eh. Jangan lewat sangat pula."

"Baik bos!"

Balik sahaja ke dorm, aku terus bersiap-siap untuk tidur, penat! Nasib baiklah kerja sekolah semua sudah siap, kerja sekolah untuk esok sahajalah. Biasalah, budak SBP mana pernah tak ada homework! Tak menang tangan nak siapkannya.

Sedang lena tidur, tiba-tiba ada gerakan di hujung katil aku. Ada 'sesuatu' sedang bergerak naik ke katil aku. Aku terkejut. Aku diam tidak berkutik. (I'm not a scaredy cat ok!) Siapalah pula ni?!

Dia berbaring di sebelahku. Rambut panjang... "Mimi?"

"Apa?" Fuhh.. nasib baik. Ingat hantu ju-on tadi!

"Baru balik ke? Kau dari mana ni?"

Dengan mata terpejam, dia menjawab, "Baru balik dari btu."

Baru balik? Pukul berapa dah ni? Satu?!! Malas nak bertekak, dia pun sudah lena, aku menyambung tidur. Tak apa, esok aku tanya.

Esoknya... "Mimi, kau balik lambat semalam buat apa?"

"Aku main gamelan lah."

"Yalah, kenapa lambat sangat balik? Nanti kalau warden tahu, habis kita tak boleh main lagi!"

"Kau tahu tak, malam tadi, penat aku dengan Adah, Paan panjat pagar sebab dah kunci! Dah lah pakai kain, lawak giler!" What?!

"Ya Allah! Tulah, aku dah kata jangan balik lambat sangat. Korang tu perempuan. Bahaya. Nanti kalau jatuh, patah kaki ke, apa ke..." aku mula membebel tetapi dicantasnya.

"Eleh, kau pun perempuan."

Aku tergelak. "Kau ni, aku serius tau! Dah lah panjat katil aku tengah-tengah malam. Aku ingat hantu ju-on manalah, dah lah rambut panjang, seram tahu!"

Terkekek-kekek dia ketawakan aku. "Kau takut ke? Sorry lah, aku tak larat nak naik dorm."

"Ha, gelak lah, gelak lagi. Sesiapa pun takut kalau tiba-tiba ada orang rambut panjang dekat sebelah atas katil!"

"Ok, ok, aku janji, nanti aku tak balik lewat lagi, tak jadi ju-on lagi. Tapi kalau lepas ni aku nak tidur dengan kau boleh? Tak larat nak naik dorm, lah. Aku bagitahu awal-awal ni supaya kau tak terkejut nanti bangun tiba-tiba ada ju-on dekat sebelah." Ewah, sedapnya mengata orang!

"Yalah, yalah."

Haish, si ju-on ni!

Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now