#XA-plus

14 1 1
                                    

Kisahnya, tak sampai seminggu aku pulang dari camping, hari ahad tu, cikgu kata esok aku kena pergi satu kem yang dinamakan 'Kem XA-plus'. Apa benda kem tu? Entah, we have no clue. Yang terpilih cuma empat orang dari kisas.

Kem teknik menjawab soalan rupanya. Kem ini khusus untuk meningkatkan bilangan pelajar straight A plus dalam SPM. 

"Kau nak pergi berapa hari?" tanya Mimi ketika aku sedang mengemas barang.

"Seminggu. Kenapa?"

"Tak adalah, kau baru balik camping hari tu, dah kena pergi kem pula. Seminggu pula tu." Aik, sedih je bunyinya.

"Kau ni kenapa? Takut rindu lah tu," aku mengusik. "Okey, dah siap kemas."

"Pukul berapa kau bertolak esok?"

"Haih, kau ni, banyak tanya pula. Kitorang tak tahu apa-apa pun pasal kem ni. Tiba-tiba diberitahu kena pergi kem. Bertolak pukul berapa, dekat mana, balik bila, semua tu tak tahu."

"Nanti kau balik hari Jumaat, kan. Lepas tu, petang tu, kena pergi jaulah pula. Kau pergi jaulah tak?"

"Yang tu pun aku tak pasti. Kalau ada rezeki, aku pergilah. Kalau tengok jadual yang dia bagi, habis program hari Jumaat pukul tiga petang. Macam tak sempat je nak join korang. Lagipun, takkan balik kem terus pergi kem lagi, penat-penat, mestilah nak rehat, basuh baju, nak kemas beg untuk jaulah pula. Nantilah aku cuba minta tolong cikgu hantar kitorang hari Sabtu, tak pun malam Jumaat."

Padat. Sangat padat jadualku sepanjang minggu ni. Baru balik camping, dua hari sekolah, kena pergi kem xa-plus. Homework bertimbun belum disentuh. Habis kem xa-plus, terus kena pergi jaulah batch. Serabut!

Hari Isnin. 7 pagi.

"Salam." Mimi menghulurkan tangan.

"La, aku belum nak pergi lagi. Cikgu kata pukul sembilan. Lama lagi."

"Nanti takut tak jumpa kau. Lepas assembly aku terus masuk kelas." 

Aku mengusap kepalanya. "Mesti sempat! Dah, jom pergi perhimpunan."

Selesai perhimpunan, cikgu memaklumkan bahawa pukul lapan kena bertolak. Omo!! Aku segera mencari Mimi. Tak jumpa. Kesian dia, tak sempat nak salam dia. Menyesal pula tak salam dia tadi. Kem ni best, dapat jumpa ramai kawan SBP yang lain. Budak TKC, SAS, ASiS, SMAPLabu, dan banyak lagi. Banyak ilmu dan pengalaman yang kami perolehi, terima kasih cikgu-cikgu SBP!

Hari Jumaat. Sudah tiba masanya untuk pulang semula ke asrama. Rasa bebas sangat dapat keluar sekolah. Sedih nak tinggalkan kawan-kawan baru (Auni-Anis housemate).

"Kamu semua nak ke mohon Biasiswa Khazanah Nasional(BKN)?" tanya cikgu. Isu BKN ni hangat di dalam kem xa-plus. Kata mereka, permohonan tutup jam 12 malam ni. Gila! Kami tak pernah tahu-menahu pun bila dia buka permohonan, tahu-tahu je dah nak tutup. Kami pun memang tak ready apa-apa; resume, fail peribadi, sijil-sijil, gambar. Banyak sangat benda nak isi, mustahil dapat disiapkan dalam masa kurang 12 jam! Sebab itulah kami call cikgu semalam, tanya pasal benda ni sebab sepatutnya cikgu kaunselor yang uruskan.

"Nak, cikgu. Tapi, sempat ke nak isi? Kami tak ready apa-apa pun," kata Husna.

"Masalahnya, petang ni kita kena pergi jaulah. Tak apa ke tak pergi jaulah?" tanyaku.

"Hmm, macam ni lah. Kawan-kawan kamu dekat sekolah ada yang dah isi BKN, dah nak siap. Sejak semalam lagi mereka isi. Memang banyak benda kena buat. Sebenarnya, Husna je yang layak untuk mohon sebab dia memenuhi semua kriteria yang dia nak. Tapi, sesiapa pun boleh mohon. Cikgu dah email, minta extend due date untuk kamu, dan tarikh akhirnya hari Isnin depan. 

Jadi, siapa yang nak isi BKN, tak dapatlah pergi jaulah hari ni. Kamu kena siapkan dulu semua ni, baru boleh pergi jaulah, kalau sempat lagilah. Sekarang ni, cikgu nak tahu siapa yang nak isi?"

Aku memandang yang lain. "Husna memang tak nak pergi jaulah. Aisyah?" kata Husna. Aku memandang Aisyah.

"Aisyah... fikir dululah. Kalau semua buat, Aisyah pun buat kot," kata Aisyah.

"Ana...nak tanya mama dulu balik asrama nanti." putusku. 

"Semua fikir dulu. Kalau nak, cikgu tunggu kamu di bilik kaunselor. Bawa laptop masing-masing."

Haih, dilema! Nak isi ke tak? Cadangan mama, isi je, kita tak tahu rezeki kita di mana. Esok mama datang bawa semua dokumen yang diperlukan.

Pulang ke asrama, kami terus ke bilik basuh, masukkan baju ke dalam mesin basuh. Kemudian, cari laptop, pergi bilik guru pula untuk isi feedback kem xa-plus. Lepas tu nak solat zohor, pergi bilik kaunselor pula. Kawan-kawan yang lain semua dah bersiap untuk bertolak ke jaulah. Dalam kesibukan ke hulu ke hilir, aku bertemu dengan mereka sebentar untuk ber'hye hye-bye bye'.

"Kau pergi bila?" tanya Mimi. Susahnya soalan dia! Tak boleh nak jawab.

"Err... aku tak boleh nak jawab soalan kau tu."

"Kenapa? Kau tak pergi ke?" dia tak tahu ke kami kena isi BKN? Oh, 501 je kot yang tahu pasal benda ni. 

"Pergi, tapi tak tahu bila. Lambat kot, maybe esok. Banyak lagi benda nak settle. Yalah, tinggalkan sekolah seminggu kan. Nak kena isi borang BKN lagi."

"Oh. Tapi, lambat pun, kau pergi juga kan?" Dia tahu rupanya pasal biasiswa tu.

"Pergi... kot. Aku tak janjilah, Mi."

"Alah... kau ni. Janji dengan aku kau pergi jaulah tau! Aku tunggu."

Serba-salah! Lama aku terdiam. "Aku... tak boleh janji lah. Nanti ada rezeki aku pergilah. Kalau benda ni siap cepat, adalah aku kat sana."

"Yalah, yalah." Dia merajuk! Haha... nak buat macam mana.


Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now