#it's not the end

15 1 0
                                    

Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, seperti biasa Mimi menyuruh aku memegang ubun-ubunnya, mendoakan untuknya. Setiap kali peperiksaan, dia selalu suruh aku buat macam tu. Adat yang baik di kisas, mendoakan orang sambil mengusap ubun-ubunnya. 

"Aku bukan hafizah lah! Tak nak." Aku menarik kembali tanganku yang diletakkan di atas kepalanya.

"Tak semestinya hafizah je boleh doakan orang. Cepat doakan aku."

"Nak doa apa? Aku tak tahu."

"Doalah apa-apa. Doa aku boleh jawab dengan baik ke... apa-apa jelah."

Aku mengalah. "Kau ni, aku dah kata aku bukan hafizah! Aku tak layak nak buat macam ni."

"Shhhh... buat je. Cepat, cikgu dah panggil masuk dewan!"

Alhamdulillah, tamat sudah kertas terakhir kami. Leganya rasa!!! Sebelum keluar dewan, kami bergambar satu batch dengan pengawas peperiksaan, hadiahkan mereka kek dan menunaikan solat sunat serta sujud syukur.

"Kau balik pukul berapa?" tanya Mimi.

"Mama kata nak ambil pukul 4.30." Aku melihat jam. Dah pukul 4.30! "Alamak, aku belum pack barang lagi ni! Aku kena cepat. Kau pergi jamuan pukul berapa?"

"Dalam pukul 4.30 juga. Aku nak mandi dulu, tukar baju. Kau tak boleh balik selagi tak jumpa aku dulu tau!"

Dia ada jamuan kelas petang ni. Aku akan pulang petang ni. Setelah menelefon mama tadi, katanya ayah yang datang ambil pukul enam nanti. Alhamdulillah, ada lagi masa untuk aku mandi dan berkemas. Aku bergegas mengosongkan almari dan menyusun barang-barang.

Mimi dah nak pergi jamuan. "Mi, satu je lagi gambar. Last time. Polaroid."

Dia menggeleng. "Tak nak. Sayanglah, polaroid kau mahal. Pakai fon aku, boleh tangkap banyak-banyak."

Okay. Kami merakamkan memori terakhir bersama. "Aku nak pergi dah ni. Bye."

"Eh! Salam lah dulu!" kami bersalaman. Dia terus berlari mendapatkan rakan-rakan sekelasnya yang sudah jauh ke hadapan.

"Bye Mimi!" aku melaung sambil melambaikan tangan. Dia hanya melambai dari jauh tanpa menoleh ke belakang. Aku menahan sebak. Memikirkan kemungkinan yang kali ini merupakan pertemuan kami yang terakhir... mungkin selepas ini kami tidak berjumpa lagi...

"Bye... Mimi..." aku amat berharap dia akan menoleh, memandang aku buat kali terakhir, walaupun sekali. Please, Mimi. Aku masih berharap. Tangan masih melambai walaupun aku tahu dia tak nampak.

"Bye... Mimi..." Bayangnya sudah tidak kelihatan. Aku menanti dia berlari masuk ke asrama dan memelukku buat kali terakhir. Lama aku tunggu, tetapi hampa. Dia benar-benar sudah pergi. Meninggalkan aku di court seorang diri. Tanpa sedar, aku menangis. Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dorm. Air mata semakin deras. Aku duduk di tepi katil, memeluk lutut lalu menangis lagi, air mata yang ditahan-tahan tadi menjadi lebih lebat!

"Eh, kenapa ni?" tanya ahli dorm. Mereka memujukku.

"Mimi... dah pergi. Dia tak pandang pun tadi. Tak sempat nak peluk dia pun buat kali terakhir..."

"Alalala... siannya dia. Kena tinggal dengan bestie. Dah, jangan nangis. Nanti bulan tiga ambil result kan jumpa lagi. Balik nanti boleh wassap dia. Awak kan selalu wassap dengan dia."

"Tapi dia tak toleh pun tadi... dia pergi macam tu je..." lagi kuat aku menangis.

"Dia nak cepat lah tu. Cuma fikir yang positif. Dah, jangan nangis..." pujuk mereka lagi. Aku menyeka air mata.

"Sorry, emo terlebih. Okay, aku tak nangis dah." Hujan masih lebat mencurah-curah dalam hati. Mi, sampai hati kau buat aku nangis!

Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now