Seperti tajuk di atas, aku ingin berterima kasih kepada bumi bertuah ini kerana telah banyak mengajar aku ilmu kehidupan. Mutiara? Banyak sangat yang aku kutip dalam sedar mahupun tidak. Kisas adalah tempat persinggahan yang tidak akan aku lupakan. Aku telah jumpa erti persahabatan yang sebenar di sini.
Sahabat itu bukan sahaja orang yang bergelak ketawa bersama kita, lepak bersama, sentiasa di sisi dalam keadaan susah dan senang. Tetapi sahabat itu juga sentiasa tegur kita dengan cara yang terbaik, pimpin kita untuk sama-sama berjaya dengan cara yang diredai oleh Allah. Sahabat juga terima buruk baik kita. Tak pernah jemu melayan kerenah kita, dan tidak cuba untuk mengubah kita menjadi seseorang yang dia 'suka' untuk berkawan, tetapi sahabat akan memimpin kita untuk mengubah diri sendiri.
Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah dan hari akhirat.
Semoga bumi waqafan sentiasa subur dengan tarbiyah dan biah solehah dan melahirkan lebih ramai graduan yang berjasa pada ummah, yang boleh memimpin dunia mengikut cara Islam yang sebenar, amin...
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
RandomAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...