Aku duduk di kerusi batu di bawah pokok di hadapan musolla. Angin petang yang nyaman menampar lembut pipiku. Beberapa helai daun kering gugur lalu berterbangan ditiup angin. Suasana kini terasa begitu nyaman dan tenang. Aku tersenyum melihat gelagat orang yang pelbagai ragam dan urusan. Aku menghela nafas perlahan. Dari jauh aku terlihat kelibat seseorang berjalan merentasi gelanggang badminton, menghampiriku. Aku menunduk, bermain dengan tanah menggunakan selipar di kaki, tidak mempedulikannya.
"Buat apa?" dia menegur.
"Makan. Tak nampak?"
Dia tergelak. "Tak payah nak loyar buruk! Tahulah kau tengah duduk."
"Dah tu? Tanya pula. Kau pergi mana seharian ni? Tak nampak pun."
"Ada je dekat sekolah tu. Study."
Diam.
"Best duduk sini. Aku suka. Tengok orang sibuk dengan urusan masing-masing. Kelakar. Tenang sikit fikiran aku."
"Betul. Aku pun suka duduk sini." Dia membawa beg galasnya ke atas riba, menyeluk ke dalamnya, mencari sesuatu.
Aku memandang jauh ke hadapan, tidak menoleh memandangnya. "Tak payah nak sorok-sorok. Aku tahu."
Dia kelihatan sedikit terkejut. "Kau tahu? Aku bukan bawa saja-saja, terpaksa ni. Lagipun sampai esok je, lepas habis apa yang aku nak buat tu, aku serah kepada cikgu."
"Alasan. Apa pula kali ni?" Aku memberi dia peluang untuk menjelaskan. Dia menjelaskan segalanya dengan terperinci. Ya, dia memang ada alasan yang kukuh untuk memegang telefon bimbit sendiri, dan memang tidak dapat dielakkan.
"Tapi, semua masalah ada penyelesaiannya! Bukan dengan melanggar peraturan macam ni! Kau mesti dah lupa janji kau dengan aku dulu kan? Aku kecewa dengan kau, Mi." Aku bangun lalu beredar ke musolla.
Dia memanggil namaku. Aku berpaling. "Cepat masuk, dah nak azan Maghrib. Nanti kena JAKSA lagi." Sedingin ais.
Selepas solat Isyak, seperti biasa aku berlama-lama di musolla, membaca al-Quran atau tafsirnya. Selepas selesai, aku menyimpan rehal dan tafsir di rak lalu melangkah ke pintu musolla. Aku melihat dia sedang sujud di suatu sudut. Aku menghampirinya lalu duduk di sebelah, menanti dia selesai solat sunat.
Habis sahaja berdoa, dia menoleh, kami bersalam lalu berpelukan; adat di kisas selepas solat, salam dengan jemaah di sebelah.
"Sorry." Hanya sepatah yang keluar dari mulutnya. Dia menunduk.
"Sebab? Kenapa kau nak minta maaf? Kau ada buat salah dengan aku ke?"
"Aku... dah kecewakan kau. Aku mungkir janji. Aku dah buat salah. Tapi, ada sebab aku buat semua tu." Matanya berkaca, lalu kaca itu pecah, mula membentuk anak sungai. Aku rasa nak tergelak, tetapi keadaan tidak sesuai. Hailaa... kawan aku seorang ni!
"Mi, kau kena ingat satu je. Matlamat tak menghalalkan cara. Walau teruk macam mana sekalipun masalahnya, mesti ada cara lain, yang lebih baik. Kalau aku cakap pun bukan kau nak dengar."
"Sorry again. Aku janji esok aku serah dekat cikgu, petang. Promise."
"You and your promise." Aku menjulingkan mata. "Aku tahu esok kau dah tak pegang telefon tu. Aku bukan apa, takut warden tahu nanti. Siapa juga yang susah?"
"Kau." Dia tersengih. "Sorry eh. Kau maafkan aku tak?"
"Ya, tapi kalau apa-apa jadi aku tak nak tanggung. Kau settle sendiri."
Dia mengangguk. "Tapikan, mana kau dapat tahu aku bawa telefon?"
Aku tersenyum. "Hehe, adalah. Mana boleh bagitahu, rahsia. Aku ada banyak mata tau! Eh, tak. Gurau je."
*JAKSA= Jawatankuasa Kerah Solat Awal (Jaksa ni kerja dia ambil nama orang yang solat subuh masbuk, jemaah imam kedua solat zuhur dan asar hujung minggu, dan datang musolla selepas azan maghrib. Jaksa tak pernah gagal menjalankan tugas, sentiasa on time. Scary kan?)
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
RandomAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...