Hari jadi ialah hari yang paling istimewa dalam diri setiap orang. Aku teringat hari jadiku, bulan Mei yang lalu...
Hari ini ialah hari jadiku. Aku pasti seratus peratus, tiada yang ingat dalam kolej ni. Tak kisah pun. Ye ke tak kisah ni?Haha, entahlah. Kalau ada rezeki, orang wishlah. Kalau tak, nasib badan.
Tapi, dua tiga hari ini aku tidak berapa sihat. Tak ada selera makan, mual, loya tekak, batuk, selesema, demam sikit. Kenapa entah. Biasalah, doktor cakap antibodi badan aku lemah. Memang senang berjangkit dengan orang. Aku memang tak banyak makan, lebih tepat lagi, tak makan sejak akhir-akhir ini. Paksa diri telan je, ikut syarat nak hidup. Nak kata frust putus cinta, tak juga. Biarlah, sekejap lagi baik lah tu. Aku percaya terhadap antibodi badan aku untuk melawan semua antigen tu!
Dalam kelas, pagi-pagi lagi classmate 501 yang tercinta wish. Terharunya! Tak sangka semua ingat (thanks to the cupcake yang tulis birthday setiap ahli kelas yang ditampal pada dinding kelas). Tapi, kerana nak cikgu-cikgu wish punya pasal, aku, hehe, dengan kuasa sebagai pkt, menconteng buku rekod kelas (buku tu sepatutnya ditandatangan oleh guru yang mengajar selepas habis mengajar setiap sesi) dengan menulis birthday aku di situ. Jadi, aku dapat semua wish dari guru yang mengajar hari tu, hehe.
Sekali lagi, petang itu, kerana aku yakin tiada yang wish, maka aku dengan sukarela menulis nama sendiri di buku announcement sebagai birthday girl. (Adat di kisas, kalau ada birthday girl, tulis nama dia dekat buku announcement, nanti dia akan umumkan masa makan malam, then ramai-ramai doakan for the birthday girl) Hehe, licik tak? :P
Malam itu, aku bercadang untuk prep di perkisas, study addmath. Berderet orang wish aku sepanjang jalan. Publisiti, hehe, ada aku kisah? Tapi, tak sangka pula Mimi tunggu aku untuk prep sama-sama.
"Ada orang tu femes hari ni. Haha... jom, aku belanja kau dekat kantin."
"Tak payah. Kenapa nak belanja aku pula? Lagipun aku tak ada mood nak makan."
"La, birthday kau kan. Biar lah aku nak belanja. Anyway, aku orang first kan yang wish kau. Aku kena belanja kau. Kau cakap je nak apa. Tapi sorry lah, aku tak boleh nak beli hadiah yang mahal-mahal untuk kau. Ni je aku mampu."
"Tak apa. Aku tak nak hadiah. Kau ingat birthday aku pun dah cukup. Lagipun aku memang tak ada selera nak makan." Dan sedar tak sedar kami pun dah sampai kantin. Hish budak ni!
"Cepat pilih nak apa. Burger? Roti?"
"Aku cakap aku tak nak makan. Tak selera. Aku pergi perkisas dulu." Tanpa menanti, aku terus pergi meninggalkannya.
Tak sampai separuh jalan, dia memanggil aku, dengan membawa dua bungkus burger. Cepatnya dia beli! "Nah, aku dah beli, kau kena ambil. Ayam ke daging?"
Aku menolak. "Tak nak. Aku tak ada selera nak makan."
"Tipu! Aku dah beli ni ambil jelah. Ambil dua-dua, makan! Aku akan pastikan kau makan depan aku. Kau bukannya makan sangat lately ni kan."
"Aku bukan tak nak makan, aku tak boleh. Nanti aku muntah. Nak aku muntah depan kau?" Dia meletakkan burger itu di atas tanganku.
"Jom naik perkisas. Tak kira, kau kena makan juga!"
"Mimi!!" Nak tak nak, aku terpaksa ikut dia ke perkisas. Di depan pintu perkisas, di rak beg, ada satu ruang untuk minum (makan boleh kot), sebab makanan dan minuman dilarang di dalam perkisas, maka di situ kami duduk.
"Makan." Arahan diktator, tegas.
"Aku tak boleh telan. Kau jelah makan, aku teman. Tak pun, bagi orang atau aku buang je."
"Ish, kau ni kenapa degil sangat?! Aku suruh makan burger je, bukan aku nak bunuh kau pun. Satu suap pun jadilah."
Aku mengalah. "Okay, satu gigit je tau." Memang satu gigit je aku makan, sikit sangat. Selebihnya aku bagi dia habiskan.
"Kau ni, memanglah. Dah lah birthday dia, tak nak makan pula. Gemuk aku nanti, siap kau!"
"Kau memang gemuk pun! Haha, gurau je. Kalau tak nak bagi orang lain. Sorry lah, salah timing lah. Waktu macam nilah aku tak sihat. Lain kali lah ya."
Minggu depan birthday dia pula. Bulan September. Aku sedang memikirkan hadiah apa yang sesuai untuknya. Aku akan pastikan, aku orang pertama yang wish! Hehe...
"Teman aku pergi bilik guru," ajak Mimi selepas habis paper pada hari itu. Trial SPM sudah seminggu bermula.
"Buat apa?"
"Jumpa cikgu Marina."
Di bilik guru, kami bertemu dengan cikgu Marina, setiausaha peperiksaan. Rupanya dia nak minta izin bawa bantal ke dalam dewan peperiksaan. Dia tak boleh duduk lama, scoliosis dia tulah. Kena ada bantal sebagai alas sandar atas kerusi. Cikgu Marina bukan sahaja mengizinkan, malah memberi pinjam bantal sandar miliknya.
Aku mula mendapat idea! Hujung minggu itu, minggu balik wajib. Jadi, aku berkesempatan untuk membeli hadiah hari jadi Mimi. Disebabkan aku beli terlalu awal, dan bantal yang aku beli itu sangat comel, maka aku gunakan bantal itu dulu sebagai peneman tidur. Sayangnya nak lepaskan bantal tu, comel sangat, gebu pula tu, untung lah dia.
"Eh, bantal kau ke ni? Comelnya..." tegur Mimi pada petang itu, sebaik sahaja aku pulang semula ke asrama.
"Comel kan?" Bantal kau lah, tambah aku dalam hati.
"Kau nak pinjam tak untuk exam esok?" tanyaku.
"Boleh ke?" Aku mengangguk.
"Serius? Aku okey je. Thanks."
"Pakai jelah, aku tak kisah pun." Tu memang bantal kau pun! Hati aku terasa nak meletup, aku memang tak boleh nak simpan rahsia!
"Lagipun tu memang bantal kau." ucap aku perlahan. Walaupun perlahan, cukup untuk dia dengar.
"Apa? Bantal aku?"
Haih, rahsia dah bocor. "Hadiah hari jadi kau, in advance."
Matanya bersinar. "Wah, terima kasih! Serius ke ni untuk aku?"
"Simpan thanks kau tu lusa, sebab aku masih ada dua malam dengan bantal ni. Birthday kau nanti baru aku bagi, officially. Sayangnya... bantal ni comel. Untunglah kau."
"Haha, yalah."
Malam hari jadinya, betul-betul selepas azan maghrib, di musolla.
"Mimi." aku memanggilnya. Aku berbisik di telinganya.
"Happy birthday. Dah masuk birthday kau kan sebab dah azan maghrib. Aku orang first ke?"
Dia tergelak. "Thanks. Kau orang first."
"Yes!"
"Tahniah. So, maknanya, dah start birthday akulah kan? Maknanya juga, malam ni, bantal tu, aku punya!" Dia senyum sinis sebelum berlalu pergi.
"Alaa..."
Apapun, aku berasa puas kerana aku orang first yang wish!
![](https://img.wattpad.com/cover/93531690-288-k916746.jpg)
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
SonstigesAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...