7/11. Hari pertama menghadapi peperiksaan SPM. Berdebar? Oh, rasa macam nak masuk klinik gigi!(I'm dentophobia, y'know!)
Kertas BM, paper first, alhamdulillah berjalan lancar. Tetapi, BM kertas dua, soalannya tidak terjangka. Keluar sahaja dari dewan peperiksaan, aku rasa down sangat. I need someone to encourage me. Pertama kali rasa sangat takut dan risau, risau tak dapat bagi pencapaian terbaik buat mama dan ayah. Risau tak dapat 11A+. Risau jawapanku tidak diterima, banyak salah. Even UPSR dan PMR pun aku tak pernah serisau ini. This is what people call; exam stress. I've never experience it. I feel like my heart gonna burst, but I can't let it out. I wanna cry, but I just, can't... Aku dah cuba sedaya upaya untuk melepaskan perasaan, tetapi ia masih tersekat di dalam. (kalau tak faham tak apalah)
Tangan ni gatal nak call mama, rindu, tetapi hati kata jangan. Nanti kalau mama tanya how was the paper, apa yang aku nak jawab? Ah sudah, berperang dengan diri.
Sehinggalah habis paper BI esoknya, akhirnya aku membuat keputusan untuk call mama.
"Mama..."
"Ha, macam mana paper BM semalam? Boleh jawab?"
"Boleh... tapi ada satu soalan tu, tak terbaca..." aku menjawab dengan perlahan dan lambat.
"Kenapa boleh tak baca? Lain kali baca semua, jangan spot soalan."
"Tak, orang tak spot, tapi soalan tu tak pernah keluar..."
"Tak kiralah pernah keluar ke tak, lain kali baca semua. Habis tu, BI tadi macam mana?" suara mama dah naik sikit. Mama risau. Aku lagilah rasa bersalah!
"BI paper 1 okay, tapi... paper 2 multiple choices susah... sikit la. Yang lain okay..." suaraku semakin perlahan.
"Susah? Tak boleh jawab? Soalan pilihan macam tu kan senang, bulat-bulat je. Macam mana boleh jadi susah pula?"
"..."
"Esok paper apa?"
"Arab."
"Dah, fokus untuk next paper. Baca semua, jangan tinggal! Jangan overconfident sangat."
"Okay."Fuh...! Aku meletakkan gagang. Masa mama marah tadi, jantung ni rasa nak meletup! Menggunung rasa bersalah. Keyakinan aku semakin jatuh merudum, menghampiri kosong! Mungkin sudah nil... Tolonglah... aku nak nangis, setitik pun jadilah. Biar reda sikit rasa di hati. Rasa nak meletup je sekarang ni!
Aku bergegas menuju ke kelas bahasa Arab. Dah lewat rasanya ni. Nasib baik ustazah belum sampai lagi. Fuhh...
Aku segera mengambil tempat selang dua kerusi dari Mimi. Tempat tu je yang kosong. "Mi... nak cakap sikit."
Mimi beralih duduk di sebelahku. "Apa dia?"
"Tolong buat aku nangis..."
"Laa... kenapa pula ni?"
"Dada aku rasa nak meletup dah ni. Aku tak tahan, aku nak nangis, buat aku nangis..."
Dia mengusap belakangku. "Kenapa ni? Cuba cerita."
"Tadi aku call mama..."
"Then?"
"Mama tanya pasal paper exam. Aku jawablah ada soalan yang aku tak boleh jawab. Mama marah... tak... tak marah sebenarnya, bebel sikit. Tapi entah kenapa, aku rasa down... sangat. Dekat sini..." aku meletakkan tangan di dada. "... rasa sakit sangat..." Dengan izin Allah, setitis demi setitis air mataku menitis.
"Aku takut kalau aku tak dapat jadi macam apa yang mama ayah nak. Aku dah hampakan harapan mereka... aku tak buat yang terbaik..." titisan air mata itu sudah beranak sungai, mengalir lebat dan aku tidak mahu menghentikannya mahupun menyekanya. Bukan senang untukku menangis macam ni, tak pernah selebat ini. Orang lain mungkin anggap ia biasa, tetapi bagiku ia sangat luar biasa.
Dia menarik kepalaku di bahunya lalu mengusap bahuku. "Nangislah, kalau itu yang buat kau rasa lega. Dah lah, jangan lah risau sangat. Kau dah buat yang terbaik. Yang dah lepas tu, biarlah berlalu. Aku yakin kau boleh buat." Tears... please don't stop. It worth years to make this heavy downpour.
"Mama cakap aku overconfident... Tapi sebenarnya aku tak ada confident langsung!"
"Jangan lah sampai tak yakin langsung. Yakin pada diri, kau boleh buat. Doa banyak-banyak."
Lama juga aku nangis, sampai basah tudung dia. Aku tak nak berhenti, let the tears take off my pain. Rasa lega sangat dapat nangis! Lega sangat! Nasib baik juga ustazah lambat masuk. "Dah? Lega dah?"
"Thanks, Mimi."
"Hari ni, ada orang tu nangis!" usik Mimi.
"Diam ah. Kau je tau yang pernah buat aku nangis! Even depan family pun aku tak pernah nangis. Call mama tadi pun tak boleh nangis."
"Serious? Wow, hebat gila kau!"
"Hebat apa nya, dada aku rasa nak meletup tau simpan semua ni. Aku jeles dengan korang, kalau stres, ada masalah, boleh nangis. Lagi-lagi kau, air mata murah sangat. Kalau aku, selalu aku pendam je. Terpaksa, lepas tu buang jauh-jauh dan lupakan."
"Tak apa. Nanti kalau nak nangis lagi panggil aku tau!" senyuman dilontarkan kepadaku.
"Yalah tu! Thanks tau. Sorry, sampai basah tudung kau aku buat. Hehe..."
"Apalah sangat, bukan senang nak tengok kau lebat macam ni!" aku cubit lengannya. Rasakan! Sindir aku lagi.
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
RandomAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...