Aku baru sahaja selesai sarapan dan sedang membaca buku di gazebo hadapan pagar asrama sementara menanti perhimpunan pagi bermula. Announcement now dari bilik kp (bilik urusetia juga) bermakna anda ada masa lima minit sebelum nama anda diambil oleh kp yang punctual kerana lambat ke perhimpunan(dorang memang punctual giler, lambat sesaat dikira lambat, walau apa pun alasan, even jam awak kata ada lagi dua saat, dia akan kata, kenapa tak ikut jam kp? Scary right?). Aku menutup buku, mencapai tag nama (kami pelajar KOLEJ, maka kami pakai kad matrik juga, apa barang jahit lencana dekat tudung!) dan segera ke Centre of Excellent (COE). Tak mahu rekod bersih aku bulan ini tercemar!
Baru sahaja aku hendak melangkah pergi, aku terlihat kelibat Mimi yang baru keluar dari dewan makan. Nantilah tegur, aku dah lambat!
Sampai di coe, aku pun menanti kehadiran Mimi. Fuh, selamat! Sipi-sipi je lagi nak kena ambil nama. Beberapa minit kemudian, Mimi berdiri di sebelah aku.
"Mi, kau lambat lagi hari ni? Kena ambil nama tak?"
Dia tersengih. "Biasalah. Mestilah kena. Tiga kali tau! Lewat keluar asrama, lewat kosongkan dm, lewat datang perhimpunan." Pergh, budak ni! Tak makan saman betul!
"Semalam pun kau lambat. Hari-hari lambat. Kesian rumah sukan kau, tambah markah demerit. Janganlah lambat lagi. Final year kot, bagi bersih rekod."
"Dah orang tu tak kejut, kan aku dah bangun lambat."
"Hello! Aku kejut kau bagai nak runtuh katil tahu tak! Liat sangat nak bangun. Fed up aku."
"Yalah, thanks sabar kejut aku hari-hari. Lain kali simbah air, baru aku bangun. Jampi-jampi sikit, doa agar roh aku balik semula." Dia memujuk.
Aku menjulingkan mata. "Yalah tu. Aku simbah air panas baru tahu!"
"Shhh..." amaran dari kp. Kami tahan gelak.
Tetapi, begitu jugalah hari-hari yang seterusnya. Bukan sahaja lewat ke sekolah, lewat ke surau, lewat pergi prep, semua dia lewat! Aku menggeleng kepala sahaja melihat perangainya.
Suatu hari, pengumuman yang dibuat ketika perhimpunan pagi memang mengejutkanku. "Hari ini, ana akan umumkan muslimat yang paling banyak jumlah kelewatan." What?! Mana boleh macam tu, aib tu! Depan muslimin pula tu, cikgu pun boleh dengar. Tapi hari tu kp dah warning pasal benda ni dekat dm, pelajar yang paling banyak jumlah kelewatan akan diumumkan namanya ketika perhimpunan pagi. Back then, I don't think they take that seriously, even though I'm not involve in this matter, it's about my friend's dignity!
And what shock me more, it's Mimi who won the 'trophy'! She's really the queen of tardiness...
*kp=ketua pelajar=pengawas (semua pengawas adalah ketua pelajar, awesome right?)
*dm=dewan makan
*Prep=preparation class
YOU ARE READING
Forever: A Journey Of Friendships
AléatoireAlong the journey of my life, I treasure friendship as much as I love chocolate. For me, friendship is a ship that carries you through the storm. Ini kisah aku, kau dan kita. Sebuah kisah suka dan duka sepanjang perjalanan tiga zaman mencari saha...