#I lost myself...

20 1 0
                                    

Aku menyergahnya yang sedang duduk di pintu dorm E32. Tanpa sepatah kata, aku masuk lalu duduk menghadapnya.

"Hai kak! Akak cari kak Mimi ya? Bawa dia ni balik, sibuk je kat sini." sapa seorang adik. (sorry, aku memang tak rapat sangat dengan junior, jadi aku tak tahu namanya.)

"Oh, halau ya? Okey lah, akak balik. Tak apa, akak tak diterima di sini," Mimi berpura-pura merajuk.

"Eh, tak! Mana ada! Akak, tidurlah sini malam ni, bukan senang nak tengok kak Mimi datang dorm kitorang, akak pun sama!" Aku tersengih. Gara-gara budak separuh masak nilah aku mencemar duli panjat tingkat atas tau!

"Ha, yang kau ni datang sini buat apa? Puas cari aku? Dah tak marah ke?" perli Mimi. Ek eh budak ni, siapa yang sepatutnya marah sebenarnya ni?

"Aku maaaaarah sangat dekat kau tahu tak!" aku menarik rambutnya, cubit pahanya, dan akhir sekali yang sangat teringin aku lakukan, tampar pipi dia! Aku tersenyum puas!

"Dah? Habis dah?" Dia tergelak. Aku tampar paha dia pula. Nah, rasakan! Tak pasal-pasal budak-budak ni dapat tengok show free kami gaduh.

"Ok, ok, sorry lah. Sarah cakap dengan aku tadi, korang cari aku satu asrama. Serius ke sampai nak pergi sekolah? Hahaha..." terkekek-kekek dia ketawa sampai berair mata.

"Serius lah! Habis tu, dah kau tulis death note macam tu, siapa yang tak risau! Sekarang ni, kau kena jawab semua soalan aku dengan jujur. Serius tau!" Dia berhenti gelak.

"Ok insyaallah aku jawab."

"Kau pergi mana seharian ni?"

"Urm... pagi tadi aku pergi sekolah, study dekat kelas. Sampai petang kot. Lepas tu aku ingat nak main basket, tapi court muslimin guna. Tu je lah. Tiada yang meragukan."

"Okay. Kenapa kau mandi lepas maghrib?"

"Oh, yang tu ke? Sebab aku malas nak mandi petang. Tak ada mood."

"Kau kenapa sebenarnya ni? Aku tahu kau ada masalah kan. Kalau kau buat benda pelik-pelik ni mesti ada something. Cuba cerita sikit."

Lama dia diam. "Mana boleh cerita, budak-budak ni dengar." Aku memandang sekeliling. Mereka tersengih.

"Korang ni bila nak tidur? Dah light off, pergi tidur." tegur aku.

"Kitorang ada meeting dorm kejap lagi. Tak apa, akak boraklah. Kitorang tak kacau." 

"Tak ganggu ke kita ni?" aku tanya Mimi. Risau menganggu mesyuarat dorm orang.

"Biarlah dorang tu. Tak kacau punya. Lagipun aku memang nak tidur sini malam ni. Sebab tu aku naik. Dah lama tak borak dengan budak-budak ni."

"Sejak bilalah kau rapat dengan adik-adik? Kau bukan macam aku juga ke?"

"Eh, sorry sikit! At least aku kenal budak dorm ni. Daripada kau, rumah sukan sendiri pun tak kenal."

"Sorry sikit, aku kenal ok. Arshada, Najwa, Nina, Hurin. Dah, dah. Stop pasal tu. Aku nak tidur mana malam ni? Dorm aku dah kunci." 

"Kau tidur katil akulah, aku kan tidur sini."

"Ok. Ha, sambung cerita."

Dia sebenarnya ada masalah dengan seorang budak rumah sukan dia. Gaduh besar tadi, tu yang tak ada mood. Dan sebenarnya juga, dia rasa... "I lost myself... Aku nak cari diri aku yang sebenar." Okay... aku cuba untuk memahaminya. Dia rasa down sebab dia cuba untuk berubah dan buat baik, tetapi orang lain pandang rendah terhadap dirinya. Orang memperlekehkannya. Sebab tu dia perlukan ruang untuk menyendiri. Sebab tu juga dia naik dorm ni, ingat boleh tenangkan fikiran dengan budak-budak ni. Tetapi, lain pula jadinya! Orang lain pula ingat dia hilang. Aku tersengih.

Aku memberikan nasihat, dorongan dan sedikit motivasi (aku bukanlah pandai sangat bab ni) supaya dia teruskan niat murninya itu.

"Aku selalu ada untuk kau, jangan risaulah. Ramai lagi kawan-kawan kau yang support kau, maybe kau tak sedar. Dah lah, maafkan je dia, lupakan apa yang berlaku, move on, babe!"

Dia tersenyum. "Thanks. Tapi kan, bagus juga idea kau nak cari aku dekat court basket. Nanti kalau tak jumpa aku lagi, cari kat situ tau!" Sedar tak sedar, sampai pukul dua pagi kami bersembang dan mata ini langsung tidak mengantuk! Akhirnya, aku mengundur diri dan turun ke dorm E24.

Dorm kunci pula! Aduh, malangnya nasib aku! Tak kan nak naik balik selepas dah ber'bye-bye' dengan budak-budak tu tadi. Mana lagi tempat nak pergi? Seems like I have no choice.

"Eh, kau tak tidur lagi?" Mimi hairan melihat aku naik balik.

"Dorm kau kunci. Mana aku nak tidur malam ni?"

Dia gelak. Aku memberikan jelingan maut sedas dua. "Tak kunci sebenarnya. Lupa aku nak bagitahu kau. Ada caranya nak buka pintu tu. Kena tolak kuat sikit. Tak apalah, tidur sinilah malam ni nampaknya. Girls, kitorang tidur sini malam ni!"

"Akak pun tidur sini dengan kak Mimi? Hooree!!" Apa yang seronok sangat? Esok ada qiamullail, takut tak terbangun pula sebab tidur lambat.

"Tak apa, kak, kami kejut akak sampai akak bangun!"

Aku jeling Mimi, " Akak tak kisah sebab akak senang nak bangun. Budak telur separuh masak ni yang kena dikejutkan sampai bangun! Susah betul nak bangun. Kalau tak bangun juga, tolak dia jatuh katil, tak pun simbah je dengan air panas!" satu tamparan yang kuat hinggap di lengan kananku. Ouch! Sakitlah, Mimi oi!

Forever: A Journey Of Friendships Where stories live. Discover now