1

531 15 6
                                    

Harini bahang dia panas sangat.Tiga orang adik-beradik ni tak pandai nak bangun sendiri dari tidur.

"Asy! Haf! Am! bangun! Am nak pegi sekolah pukul berapa!?"Jerit Pn.Sofiee merangkap mak diorang.

Tiga mangkuk ayun tu bukan boleh bangun kalau jerit je.Kalau nak kejut diorang kena naik tangga,masuk bilik.simbah air satu cawan.

"Mak! ala..baju Am basah la.Mak ni.Kenapa kejut Am dulu.Kejut la Asy dengan Haf dulu!.Hurgh!." Amier mendengus marah + geram sambil tarik tuala yang tersidai.

Pn.Sofiee senyum je tengok anak bongsu dia.Selalu nak suruh abang-abang bangun dulu baru dia.Tapi sebongsu-bongsu dia tu dia lagi penting dari abang kembar dia tu.

Dia kira anak kesayangan mak ayah dia la.Apa dia nak senang je dapat.

Tapi abang dia dah habis sekolah.Buat apa nak kejut.

Siap je Amier mandi pakai baju,dia terus terjah masuk bilik Hafizi.Dia lompat atas badan Hafizi.Habis terkejut abang dia tu.

"Woi! sengal! kau dah kenapa.Bongok eyh?.Dah la masuk bilik aku lompat atas aku pulak tu.Bodoh eyh?" Habis pagi-pagi dapat dosa free.Kesian Hafizi.Haha.

"Memekak la kau.Bangun la.Hantar aku.Ayah suruh.Aku tunggu kau kat bawah.Kau lambat aku bagitau ayah suruh dia potong duit kau bulan ni.Cepat argh!" Amier bangun dari katil dan keluar dari bilik Hafizi.

"Celaka aku dapat adik macam ni.Kenapa la dia rapat dengan ayah bukan aku.Urgh." Hafizi terus masuk bilik air.

Amier jalan masuk bilik Najmi.

Dia cuma baring sebelah dan peluk Najmi macam perempuan.

"Abang~ bangun la~ Hantar la Amiera pergi sekolah"Amier mengecilkan suara seperti lagak seorang perempuan.

"Nanti la Miera.Abang nak tido la." Najmi balas sambil memalingkan tubuhnya bertentangan dengan Amier.

Amier apa lagi.Sepak Najmi sampai jatuh katil.

"Oi! sakit la jahannam!" Najmi jerit kesakitan.

"Tengkorak hidung kau!Amiera mana sial! mandi argh.Ayah suruh kau Hantar aku.Cepat! nanti ayah potong duit kau bulan ni" Amier selamba jalan lepas baling bantal ke muka Najmi.

Najmi tergelak kecil."Haish~ Amier.Amier."

****

"Morning mak,yah" Sapa Amier.

mereka hanya tersenyum sahaja.

"Siapa hantar kamu?" tanya En.Hashim.

"dua-dua" jawap Amier ringkas.

En.Hashim hanya mengangguk tanda faham.

Asyraff Hafizi turun dulu.

Hafizi duduk dihadapan Amier dan menjelingnya tajam.Amier buat-buat tak nampak.

Pn.sofiee menghulur pinggan berisi roti telur kepada Hafizi.Hafizi ambil.Makan.

BrotherhoodWhere stories live. Discover now