"Hai Naufal.Tadi siapa hantar? Abang-abang U ke?" Tanya seorang perempuan.
Amier hanya membiarkan soalan itu tak terjawab.
Seperti biasa.Amier meninggalkan perempuan itu berseorangan.
"Sibuk je nak tau siapa hantar aku.Aku nak rekemen kau dekat mak ayah aku pun tak lalu tau tak! Penyibuk!" saja ditekankan perkataan penyibuk tu.
Pagi-pagi macam ni biasanya dia belajar di Library.Senang orang tak kacau.Library siapa je berani buat bising.Lagi-lagi cikgu yang jaga tu garang.
****
"Aku menyirap gile dengan si Naufal tu.Aku tanya dia tak jawab.Hell no dia fikir dia siapa ah!?.Tunggu kau Naufal.Oh dengan Nad bukan main seronok bercakap eh.Tunggu kau! tunggu!" Bebel perempuan yang menegur Amier tadi.
"Kau dah kenapa Sue? Buang tabiat ke? Tiba-tiba nak tegur Naufal?" kata kawannya.
"Ila kau bagi tau la adik kau jangan rapat dengan Naufal" pinta Sue.
"Kenapa pulak? Suka hati dia la nak kawan dengan siapa.Aku tak boleh halang" Nabila membantah.
"Alah,kalau adik kau dekat dengan Naufal susah la aku nak usha abang si Amier tu.Silap-silap dia adik kau yang dapat" Sue menerangkan niatnya untuk rapat dengan Amier.
"Buang masa je la semua tu" Nabila membalas sambil jarinya lincah menekan punat kalkulator.
"Kau ni!.."Luahan yang ditolak itu membuatkan Sue hanya duduk terdiam.
****
"Aduh jebon ni lagi! menyampah tahap bangsat dah ni"Amier bermonolog sendiri apabila terlihat gadis yang dijumpainya tadi.
Amier berjalan tak tengok kiri kanan.Melulu je.
Sampai pon kelas.Beberapa orang lelaki datang dan menggenggam kolar lehernya.
"Oi! kau jangan sesekali usha Sue faham! Dia ada hutang dengan aku.Aku nampak kau dekat dengan dia..siap kau! Faham!?"
Amier hanya mengangguk selepas lelaki tadi melepaskan kolarnya dan mereka berlalu pergi meninggalkan Amier.
"Sengal la! habis renyuk baju aku! Tak de baju apa?! ergh!" Bebel Amier.
Amier mendekati mejanya yang terdapat sebuah kotak bewarna coklat tidak bersampul mahupun bercorak.
"Kotak apa benda ni?" Kata amier.
"Tadi budak kelas atas letak.Nama dia tak silap..Sue.."Kata kawan baiknya Hanafie.
"Form 5 tu?..Dah tua pon menggatal.Apa muka budak batch sama dengan dia barai abis apa?" Amier menyindir Sue.
"Sengal..hahaha.." Hanafie hanya ketawa dan diikuti Amier.
"Hai? gelak sakan nampak? Ada apa-apa yang happy ke? kongsi la dengan aku" Kata seorang perempuan yang sebaya dengan diorang.
"Tak de apa la.Eyh Nad? kerja sekolah kau dah siap belom? Aku nak tengok" Pintas Amier.
"Kedekut! cerita sikit pon tak nak." Nadia bangun dan menuju ketempatnya untuk megambil buku.
Kemudian diserahkan kepada Amier.
Amier apa lagi kebas.Copy paste la."Fal? ni kotak apa?" tanya Nadia.
"Entah.Ada atas meja aq nanti aku bukak" kata Amier yang ralit meniru.
"Lepas bukak Habak mai aku tau"
"hmmmm..."
****
"Kau nak buat apa dengan kotak tu?"Tanya Nabila.
"Aku nak bagi Amier" ringkas jawapan Sue.
"Birthday?" Nabila menjongkitkan sedikit keningnya.
"Bukan la.Aku nak suruh dia bagi abang dia"Sue menjawab sambil matanya memandang kotak-kotak bersaiz permata di koperasi.
"Yep! this one!" tangan putih Sue mengambil kotak yang tidak bewarna dan bercorak.
"Seriously? dah la takde corak warna pun takde kau gile apa?" Nabila memarahinya.
"Kenapa?Salah ke?"
"Amier tu datang dari keluarga yang Kaya tau.Kau kalau bagi macam ni.Gelap terus masa depan" Sindiran Nabila pedas hinggakan Sue terus menarik muka.
"Barang dalam ni mahal la tapi! kotak je murah" Bentak Sue.
"Whatever la.Dah cepat la aku nak masuk class ni"Kata Nabila.
****
Amier membuka kotak tersebut dan membaca sepucuk surat yang kecil.
'Kehadapan abang-abang Amier.Saya Sue telah phn menaruh hati pada abang-abang berdua.Saya suka bila abang hantar dan ambil adik abang dari sekolah.Saya harap salah satu daripada abang-abang dapat terima saya.Sekian"
"Minta penampar minah sekoq ni" Nadia entah datang dari mana terus marah.
"Kau ni.Salam tak de terus marah." Sindir Hanafie.
Amier pula melipat balik kertas tadi dengan rapi.Kemudian dia mengangkat kain biru yang memisahkan antara surat dan hadiah.
"Iphone bhai!" Hanafie menjerit.
"Kau nak? ambil la.Aku tak rasa yang abang aku suka.Ada dua ni.Ni kau punya Nad ambil la.Aku bagi." Amier menghulur Iphone kepada Nadia.
"Kenapa abang kau tak suka?" tanya Hanafie.
"Haah.Iphone kot.Aku bukan main simpan duit nak beli.Last-last dapat free" Nadia menambah.
"Abang aku dah ada.Diorang tu ada banyak phone la.Sim pun banyak.Kedit jangan tanya lagi banyak" Kata Amier.
"Habis kau?" Nadia bertanya.
"Aku tak minat Iphone.Sebab susah kalu nak download benda" Amier memberi jawapan ringkas.
"Abis kau guna apa sekarang?"
"Samsung dengan Oppo"
Nadia dan Hanafie mengangguk serentak.Tanda faham.
Mata mereka bergerak-gerak seperti membaca buku.Padahal membelek fungsi handphone je.
-Brotherhood-
YOU ARE READING
Brotherhood
FantasyAsyraaf Najmi abang kembar.Pendiam.Agak suka pendam perasaan.Panjang akal.Handsome lebih sikit dari Hafizi. Asyraff Hafizi adik kembar.Seorang yang memahami.Tegas.Cool.Kasar sikit bahasa dia.Tak pandai berkata-kata.Handsome. Amier Naufal.anak bongsu...