Bab 20

15.1K 507 14
                                    

" kami suspek Puan ada kanser rahim. " ucap doktor itu.

Syazira terdiam. Hatinya seolah-olah disiat-siat.

" dok.. Doktor pasti? " soalnya gagap.

" untuk pengesahan yang lebih lanjut , saya akan tulis surat untuk puan buat pemeriksaan di Hospital bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat. "

****

Syazira melangkah keluar dari tandas dengan langkah longlai. Apa yang harus dilakukannya?

Beritahu Adam? Dia tak pasti sama ada dia kuat.

Syazira terus berjalan ke arah ruang tamu untuk menjenguk anak-anaknya.

" Yian.. Icha.. " panggilnya lalu memandang kearah mereka berdua yang tertidur.

Dia terus merebahkan diri bersebelahan mereka.

Wajah anak-anaknya diusap. Mereka masih kecil. Masih perlukannya untuk bergantung. Malah Arissa masih menyusu badan dengannya.

Tanpa sedar airmatanya mengalir membasahi pipi. Tidak sanggup rasanya untuk meninggalkan mereka.

" macam mana Yian dengan Icha kalau ibu takdek nanti sayang.. " ucap Syazira lembut.

Tubuh Arissa dan Arian dipeluknya.

***

Sedang Syazira lena dengan tidurnya , tubuhnya digegar perlahan.

" sayang.. "

" sayang bangun. " ucap Adam lembut.

Syazira mengebil-ngebilkan matanya.

" eh.. Bila abang balik? " soal Syazira sambil bangun.

" dah lama dah sayang. Abang balik tadi tengok Sya dengan anak-anak dah terbaring dekat sini. Yian dengan Icha pun abang dah mandikan. " ucap Adam.

Syazira tersenyum malu.

" sorry. " ucapnya.

" sokey.. Nyenyak sangat isteri abang ni tidur. Abang dukung Sya letak atas sofa pun , Sya tak sedar. " ucap Adam.

Syazira gosok kedua belah matanya.

" sekarang pukul berapa? " soal Syazira.

" pukul 7.30 "

" Ya Allah! Sya tak masak makan malam lagi. " ucap Syazira sambil bangun.

" eh takyah! Abang dah beli. " ucap Adam sambil menghalang pergerakkan isterinya.

Syazira mengangguk.

" anak-anak mana? " soalnya.

" Yian lepas makan nasi tadi dia terus tidur. Icha pun. Abang bagi puri dia yang ada dalam peti tu. " ucap Adam membuatkan Syazira mengangguk.

" dahlah.. Jom kita makan. " ucap Adam sambil membantu isterinya bangun.

****

Syazira memalingkan tubuhnya menghadap
Adam. Adam yang sedang tidur ditelitinya. Tenang sahaja wajah kacak itu melepaskan penat lelahnya.

" Adam.. " ucapnya lembut lalu mengusap pipi lelaki itu.

" saya harap awak dapat jumpa isteri dan ibu yang lebih baik daripada saya untuk anak-anak kita nanti. " sambungnya. Kolam matanya mulai berat.

Syazira bangun lalu menongkatkan kepalanya menggunakan tangan.

" saya harap awak takkan lupakan kenangan kita. Awak takkan lupakan saya. " ucapnya lagi. Tanpa sedar. Airmatanya yang bertakung perlahan-lahan mengalir dipipi lalu menitis diatas pipi Adam.

Adam menggeliat kecil. Tamgannya menyapu air yang mengalir.

" Sya? " ucap Adam lalu turut bangun untuk menyandar dikepala katil.

" kenapa nangis sayang? " soal Adam terkejut lalu menyapu airmata Syazira.

" takdek apalah. Sya tak boleh tidur tadi. " balas Syazira lalu turut mengesat airmatanya.

Adam menyandarkan tubuhnya. Syazira turut menyandarkan tubuhnya lalu melentokkan kepala diatas bahu Adam.

" sayang.. " panggil Adam.

" herm.. " balas Syazira.

" abang rasa sayang macam lain lah 2 / 3 hari ni. " ucap Adam.

" lain.. Lain macam? " soalnya berpura tak tahu.

" sejak dua menjak ni. Sya kerap muntah. Peninglah. Lepas tu.. Macam nilah.. Asyik duduk sorang-sorang termenung. Lagi satu abang perasan.. Biasanya kalau abang balik kerja Sya mesti tengah buat kerja. Sekarang ni asyik tidur sekali dengan anak-anak je. Pastu abang angkat pun tak sedar. " ucap Adam.

Syazira hany diam mendengar kata-kata Adam. Dia tidak mendongak memandang Adam.

" maksud abang? " soal Syazira.

" sayang tak rasa yang Yian dengan Icha nak dapat adik baru ke? " soal Adam. Tangannya turun mengusap perut kempis isterinya.

Airmata Syazira mula bertakung. Lalu mulai turun membasahi pipinya.

" maafkan Sya abang.. " ucap Syazira. Namun hanya terluah dalam hatinya.

" takkanlah. Biasalah tu. Cuaca kan tak menentu. " balas Syazira mendatar.

" lagipun Icha kan tak masuk setahun lagi. " sambungnya. Dia cuba sedaya upaya menyorokkan hati yang kian pedih. Ye.. Arissa tak sampai setahun. Bagaimana dia harus meninggalkan anak yang belum tahu apa-apa itu.

" sayang ni cakap macam tak sudi nak kandungkan anak abang je lagi. " ucap Adam seolah-olah merajuk.

" bukan macam tu abang.. " pujuk Syazira.

" kalau boleh Sya nak bagi abang anak lagi. Kalau boleh Sya nak tengok anak-anak kita membesar depan mata Sya. Dengan tangan Sya. Tapi.. Sya tak mampu. " rintih hati Syazira.

" habistu? " soal Adam membuatkan Syazira tersedar dari lamunannya.

" belum masanya lagi.. Dahlah jom tidur. " balas Syazira lalu terus merebahkan diri dan menyeliputi tubuhnya.

Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now