Syazira menarik langsir yang menutupi bilik tidurnya itu. Cahaya matahari mula melimpah masuk kedalam bilik yang tadi hanya gelap.
Kelihatan Adam yang sedang menutup matanya dengan lengan. Matanya silau menahan pancaran cahaya itu.
" kenapa bukak lampu sayang? Kan kita dah subuh tadi. " ucap Adam sambil berpaling bertentangan dengan tingkap tersebut.
" lampu? Mana ada sayang bukak lampu? " balas Syazira.
Dia kembali berjalan kearah katil. Punggungnya dihenyakkan diatas katil secara perlahan-lahan.
Tubuhnya berbaring bersebelahan Adam. Bahu Adam disentuh lembut menggunakan hujung jarinya.
" bangunlah abang.. Dah pagi ni.. " ucapnya sambil menjalarjan jarinya dilengan Adam yang tidak berbaju itu.
" herm.. " balas Adam.
" abang... " rengek Syazira lagi.
Baru sahaja jari Syazira hendak beralih , tangannya sudah digenggam Adam.
" please sayang jangan macam ni. Karang dengan sayang-sayang abang paksa tidur. " ucap Adam lalu memandang isterinya sambil menahan panahan silau itu.
" kalau macam tu. Cepat bangun. Sya dah siap masak dah. Yian dengan Icha pun dah tunggu kat bawah. " arah Syazira lalu terus beredar.
****
Syazira turun ketingkat bawah lalu pergi kearah Arian dan Arissa yang sedang duduk dihadapan televisyen itu.
" ibu.. " ucap Arissa sambil memandang kearahnya dengan lentok kepala. Dia terus berjalan kearah Syazira. Cepat masa berlalu , Arissa sudah mencapai umur 1 tahun manakala Arian pula sudah mencapai umur 3 tahun.
" ibu.. " panggil Arian juga. Dia berjalan kearah Syazira lalu memegang peha ibunya itu.
" ibu.. Yian lapar. " sambungnya sambil menggosok perut.
" anak ibu lapar? Nak makan? " soal Syazira sambil memandang kedua-dua anaknya itu.
" haah! " ucap mereka serentak sambil mengangguk.
" okey jom! " ajak Syazira kearah dapur.
****
Sedang Syazira menyendukkan bihun goreng kedalam pinggannya untuk disuapkan kepada anak-anak , kedengaran kerusi dikepala meja ditarik.
Syazira berpaling.
" haa.. Turun pun! " ucapnya.
Adam hanya tersenyum kecil.
" anak baba dah makan? " soal Adam sambil memandang kearah Arian dan Arissa.
" lum! " geleng Arian.
" ibu masak apa ni? " soalnya lagi.
" mi! " balas Arian lagi.
Saat Syazira ingin menuangkan air nescafe kedalam cawan Adam , kelakuannya segera dihalang.
" abang nak teh o lah sayang. Takut muntah-muntah lagilah. " ucap Adam.
Syazira hanya senyum mengerti. Sejak dua menjak ini , Adam banyak berubah. Semua benda memilih. Namun , Syazira hanya diam tidak bercakap kerana dia juga sudah menyimpan rahsia itu selama 2 bulan. Lagi 2 minggu , rahsia itu akan terbongkar. Dia akan bagitahu Adam mengenai benih baharu mereka yang kini mula membesar.
" sayang! " Adam meneouk tangannya dihadapan Syazira. Syazira sedikit tersentak. Terkejut dengan hal tersebut.
" kenapa? " soalnya sambil mengangkat kening.
" sayang dengar tak apa abang cakap tadi? " soal Adam.
Syazira terpinga-pinga.
" abang ada cakap dengan Sya ke tadi? " soal Syazira.
" Ya Allah Sya! Banyak kali dah abang cakap tahu tak? "
" ouh yeke? Sorry. Sya tak perasan. " ucap Syazira lalu menguapkan sesudu bihun goreng kedalam mulut Arian.
" apa abang cakap tadi? " sambungnya.
" Sya ada problem ke? Ke ada sorokkan something daripada abang? Cuba bagitahu. " soal Adam dengan suara lembutnya.
Syazira hanya menggeleng. Takkan nak bagitahu pulak. Tak surpriselah nanti.
" tak ada apa-apalah. Jom makan! "
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...