Adam masuk ke dalam pejabatnya setelah selesai bermesyuarat. Tubuhnya disandarkan pada kerusi empuk itu. Lengan bajunya dilipat paras siku.
Tiba-tiba pintunya diketuk.
" masuk! " laung Adam.
Seorang wanita yang sedang sarat berbadan dua masuk ke dalam pejabatnya.
" Tuan Adam , ada seorang tetamu ni nak jumpa tuan. Tapi dia takdek buat apa-apa appointment. Dia nak sangat jumpa tuan. Dia kata tuan kenal dia. " ucap wanita itu merangkap pembantu peribadi Adam.
" okey. Panggil dia masuk. " balas Adam.
Wanita itu mengangguk lalu keluar. Seketika kemudian , pintu bilik Adam diketuk dan dibuka dari luar.
Serta merta kedengaran bunyi hentakan kasut tumit tinggi bersama dengan lantai pejabatnya.
" Adam.. " panggil wanita itu.
Adam memdongak memandang empunya suara. Suara yang pernah didengarinya.
Mata Adam membulat. Terkejut dengan kehadiran wanita tersebut.
" Fina? " soal Adam.
Fina tersenyum.
" yes! I am. I tak sangka you ingat dekat I lagi. Dah lama kita tak jumpa kan? Bertahun. " ucap Fina seolah-olah menggoda dan terus menarik kerusi duduk berhadapan Adam.
" ya.. Buat apa you datang sini? " soal Adam.
" I rindu you Adam. " ucap Fina manja membuatkan Adam terdiam.
" Fina.. I'm married. I suami orang. " ucap Adam setelah sepi diantara mereka.
" yes! I know. " balas Fina.
Adam terdiam.
" ya allah. Apa ni? Hubungan aku dan Sya baru je nak baik. " desis hati Adam.
" hei! Adam! " hentakan meja membuatkan Adam tersedar.
" I gurau jelah. I datang ni nak cari kerja. Kot-kot you boleh tolong I. " soal Fina.
" ouh! " Adam mulai tertawa kecil.
" you nak kerja apa? " soal Adam.
" anything Adam. I tak kesah. You nak suruh I jadi cleaner pun I sanggup. I betul-betul perlukan duit sekarang. " desak Fina.
" wo.. Wait. Asal ni? Asal macam terdesak sangat ni? "" I sebenarnya malu nak cerita dengan you Adam. I kahwin dengan boyfriend I dulu. But now kitaorang dah berpisah. Anak-anak semua ada dengan I. Tak lama lagi anak I nak sekolah. I need money. " ceritanya.
Adam mulai jatuh simpati.
" ermm. You boleh jadi PA I. Lagipun PA I nak cuti bersalin 2 minggu lagi. So you boleh ganti dia dulu. " ucap Adam.
" seriously Adam? Thank you. Thank you so much , Adam! " ucap Fina sambil menggemgam tangan Adam yang berada di atas meja.
Adam kembali menarik tangannya.
" I suami orang. Ingat. " ucap Adam.
" ouh ya. Sorry. " ucapnya.
" so.. Bila I boleh mula kerja? " sambung Fina lagi.
" esok. You brlajar dulu dengan my PA apa-apa. Nanti senang kerja you. "
Fina menangguk lalu mengucapkan terima kasih.
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomantizmKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...