Hai! Lama saya x update kan? Maaf... Sekarang ni sangat2 busy. Plus penat. Plus xdek idea. Hehe. So.. Now untuk semua yg menunggu! Maaf. And.. Jangan lupa baca TITISAN KASIH IMAN SAFIYA. Kalau cerita tu naik. Barulah semua cerita sy semangat nak buat!!!!
Syazira memberhentikan keretanya dilereng bukit setelah menghantar anak-anaknya ke rumah Dato' Kamal.
Dia turun dari kereta lalu masuk kecelahan semak kecil. Setelah itu dia duduk diatas batu besar yang sememangnya sudah terletak disitu.
Syazira memandang pemandangan yang terbentang luas dihadapannya ini. Kota raya yang sesak dengan pelbagai bangunan dan kenderaan.
" arghhhhh!!! " jerit Syazira sekuat hati. Melepaskan apa yang sudah lama terbuku dihatinya.
Airmatanya mengalir dengan lebat tanpa amaran secara tiba-tiba. Syazira memeluk lututnya lalu dibawa kedada.
" Ya Allah! Ya Allah! " rintihnya.
Bergetar tubuhnya menahan sebak.
Hari yang baru menunjukkan pukul 5 sudah seperti pukul 7 akibat hari mendung menandakan hari akan hujan.
******
Adam berlega-lega diruang tamu. Nombor Syazira didail untuk keberapa kali.
" Ya Allah.. Mana pulak Sya pergi ni? " omel Adam sendiri apabila panggilannya tidak terjawab.
Hujan yang semakin lebat menambah lagi gusar dihatinya. Jam pula sudah menunjukkan pukul 8malam.
Adam mendail untuk kesekian kalinya. Setelah seketika , dua terdengar bunyi panggilan itu berada dekat. Dia menoleh. Kelihatan Syazira baru sahaja melangkah masuk dengan pakaiannya yang sudah lenjun. Tangannya memegang handphone yang masih berbunyi.
" sayang.. " panggil Adam lembut lalu menapak ke arah isterinya.
" Sya pergi mana ni sayang? " soal Adam lalu memegang kedua-dua belah lengan isterinya.
Syazira hanya diam. Wajah suaminya langsung tidak dipandang.
" Sya.. Abang tanya ni sayang.. " soal Adam lagi.
Syazira masih diam dan kaku.
" Sya! " panggil Adam sedikit kuat. Bahu Syazira digoncang sedikit.
" jangan sibuklah! " balas Syazira kasar lalu menepis kuat tangan suaminya.
Dia terus berjalan mendekati tangga lalu naik ketingkat atas. Airmatanya cuba ditahan semaksima mungkin.
Pintu biliknya dibuka , lalu Syazira terus meloloskan diri kedalam bilik air. Air paip pancutan dibuka. Dia terus duduk dibawah air yang laju mengalir itu. Lututnya dibawah sehingga kedada lalu dipeluk seerat mungkin. Airmatanya menitis laju ibarat air yang sedang mengalir dari atas itu.
" saya minta maaf Adam.. " rintihnya.
Setelah seketika barulah Syazira bangun untuk membersihkan dirinya.
***
Setelah keluar dari bilik anak-anaknya , Syazira masuk kedalam biliknya.
Kelibat Adam dicari. Namun tiada. Syazira tidak peduli. Dia terus masuk lalu merebahkan diri diatas katil.
Belum sempat matanya terlelap , Syazira terdengar bunyi pintu ditolak. Matanya dipejamkan tanda berpura-pura tidur.
Terasa ada henyakan kecil diatas katil belakang tubuhnya menandakan yang Adam sedang berbaring belakangnya.
" Sya.. " panggil Adam lembut. Rambut Syazira diusap.
" Sya pergi mana tadi? " soalnya sendiri.
" Sya tahu tak abang risau. Risau sangat dekat sayang. " ucap Adam sayu.
Syazira mulai sebak.
" sayang tahu tak kalau apa-apa jadi dekat sayang , abang risau. Sayang takdek sekejap tadi pun dah buat abang risau gila. "
" saya baru pergi awak dah macam ni. Macam mana kalau saya takdek nanti Adam? " suara hati Syazira mulai berkata-kata.
" lain kali jangan buat lagi. Abang risau tau , kalau apa-apa jadi dekat Sya. And.. Abang takkan maafkan diri abang kalau terjadi sesuatu dekat sayang. " ucap Adam lembut diakhiri dengan ciuman didahi isterinya.
Selimut Syazira diperbetulkan sehingga menutupi tubuhnya sehingga keparas bahu...
Adam turut berbaring. Tubuh Syazira dipeluk dari belakang.Airmata Syazira akhirnya jatuh menitis kepipi.
" sayang minta maaf abang. "
Next nak macam mana? Tunggu keyh!
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...