Bab 6

15.8K 580 6
                                    

Adam masuk ke dalam pejabatnya setelah selesai meeting bersama pihak dari Johor. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket. Dari tadi telefonnya bergetar meminta diangkat. Ada beberapa panggilan dari Syazira yang tidak terjawab. Walaupun panggilan itu dia perasan , namun tetap tidak diangkat.

" kenapa Sya call banyak kali ni? " monolog Adam sendiri apabila ada 10 missed call dari isterinya.

" jarang kalau gaduh , dia call aku banyak kali. " sambungnya.

Tiba-tiba hati kecil Adam terdetik. Rasa tidak enak mula menyelubungi hatinya.

Adam segera mencapai kunci kereta lalu pergi kearah lif.

***

Apabila sampai di rumah , Adam lihat seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam keretanya. Kereta itu betul-betul dihadapan rumahnya.

Kehadirannya disedari oleh Syazira. Apabila Syazira melihat Adam , dia terus masuk ke dalam rumah sambil menarik Arian. Tangannya pula menggendong Arissa.

Tanpa berlengah masa ,  Adam terus memakirkan keretanya digaraj rumah.

Adam segera mematikan enjin lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

" siapa tadi tu? " soal Adam sebaik sahaja melangkah masuk.

Syazira yang masih mendukung Arissa hanya senyap.

" Syazira! Saya tanya ni , siapa lelaki tadi? " soalnya sekali lagi.

" perlu ke awak tahu? " soal Syazira sambil berjalan ke arah Adam. Arissa sudah tertidur dibahunya. Dahi Arissa ditampal dengan cool fever.

" mestilah. Saya suami awak. " ucapnya.

" ouh! Suami? Habis tu mana tanggungjawab awak sebagai seorang suami? Sebagai seorang bapa? Mana?! " marah Syazira. Matanya tepat kedalam anak mata Adam.

" awak jangan tukar topik boleh? " balas Adam.

" tukar topik? Awak tengah tanya lelaki tu kan? Saya tengah bagitahulah ni. "

" saya tak main-main Sya. "

" habis.. awak ingat saya main-main? Hei.. awak dengar sini ae. Nasib baik lelaki tu ada. Kalau tak nyawa Icha mungkin dalam bahaya. Semuanya sebab awak! Awak dengar sini Adam Hariz , kalau jadi apa-apa dekat Arian atau Arissa. Saya takkan maafkan awak! " marah Syazira bersama takungan airmatanya.

" kenapa perlu salahkan saya? "

" kenapa perlu salahkan awak? Sebab awak , Icha tak henti-henti nangis. Lepastu tiba-tiba dia sesak nafas. Saya call awak berkali-kali. Ada awak angkat? Awak sibuk sangat dengan kerja awak , sampai lupa anak bini dekat rumah? Ke ada perempuan yang awak simpan sampai lupa kitaorang dekat rumah? " tuduh Syazira.

" Sya!! " tengking Adam lalu tangannya diangkat paras telinga untuk menampar Syazira. Namun , pergerakkannya terhenti di situ. Arissa yang berada di bahu Syazira mulai menangis kerana tengkingan itu.

" apa? Awak nak tampar saya? Tamparlah! Tapi ingat jangan menyesal kalau awak tak jumpa saya dengan anak-anak lagi. " balas Syazira. Airmatanya mengalir lebat. Dia terus menuju ke tangga dan mendaki ke tingkat atas. Dari bawah Adam dapat mendengar hempasan pintu Syazira.

" baba.. " panggil Arian sambil menggegarkan peha Adam.

Adam tunduk memandang anaknya.

" nape marah ibu? Cian ibu dari tadi dia nangis  " ucap Arian.

Adam tertunduk. Dirinya tidak dapat menahan sebak. Kalau apa-apa jadi dekat Arissa atau Arian. Bahkan Syazira , dia takkan maafkan diri sendiri.

Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now