Bab 17

14.7K 474 14
                                    

" tadi.. " kata-kata Adam terhenti apabila ada satu suara yang menegurnya.

" Adam.. " Syazira dan Adam sama-sama berpaling kearah suara tersebut.

Dada Syazira berombak kuat. Dipandang kembali Adam dengan pandangan yang sangat tajam.

" apa ni Adam?! Kenapa perempuan ni boleh ada dekat sini?! " tengking Syazira.

" Sya dengar dulu.. " ucap Adam.

" Sya listen. I can explain. " ucap wanita itu.

" kau nak apa Fina?! Tak puas lagi sakitkan hati aku?! Kau nak cakap yang kau ni isteri kedua Adam pulak?! " marah Syazira. Jarinya dihala-halakan kearah Fina. Geram.

" Sya dengar dulu please. " ucap Fina.

Dada Syazira turun naik menahan marah.

" let me explain. " sambungnya.

" explain apa?! Explainlah cepat!! " tengking Syazira.

" sebenarnya.. Saya Fisha. Bukan Fina. " ucapnya.

Wajah Syazira tercengang.

" kau buat lawak apa ni? Nak memperbodohkan aku pulak?! " marahnya.

Adam hanya diam disebelah. Memberi ruang kepada isterinya.

" saya Fisha. Kakak kembar kepada Fina. Sebenarnya saya datang nBk bagitahu pasal Fina. "

Wajah Syazira berubah. Keliru dengan keadaan.

" first , saya nak minta maaf pasal apa yang Fina dah lakukan dekat awak berdua. Saya betul-betul minta maaf. Sebenarnya.. Fina tekanan perasaan setelah bekas suami dia curang. " ucap Fisya.

" tak faham. "

" selepas Adam jelaskan semuanya beberapa tahun lepas sewaktu Fina mengandung anak luar nikahnya. Mama kami memang sangat marah. Sangat kecewa dengan Fina. Saya upah orang supaya cari lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab keatas kandungan tu.Selepas kandungan Fina hampir memasuki 5 bulan , barulah kami dapat jumpa lelaki tersebut. Diorang kahwin waktu tu jugak. Ramai orang mula mengata kami. Sewaktu Fina mengandung lelaki dia dah mula curang. Diorang selalu bergaduh. Sampailah suatu hari Fina keguguran sebab tertekan. Waktu tu kandungan dia dah hampir 8 bulan. Selepas sahaja dia bersalin , suaminya terus ceraikannya dengan talak 2. Dan disebabkan semua itulah Fina mengalami tekanan perasaan sehingga menggangu mentalnya. " jelas Fisya panjang lebar.

" jadi selama ni.. "

" selama ni dia buat sebab dia teringat akan layanan Adam yang baik terhadapnya. Waktu tu saya dengan Fina keluar , kami ternampak Sya , Adam dengan anak-anak. Mungkin disebabkan itu kot. " sampuknya.

" saya minta maaf sangat-sangat bagi pihak dia. Saya sebagai kakak turut berasa malu. Saya harap awak dapat terima dia. Pasal gambar-gambar yang awak terima tu , memang betul. Tapi Adam tak bersalah. Saya ada dekat tempat kejadian. Cuma saya tak mampu nak buat apa-apa. " jelasnya lagi.

Syazira terdiam. Hatinya tersentuh dengan segala yang telah dilalui Fina. Wanita itu memang tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Tapi apakan daya , semuanya berpunca darinya. Kalau dia mampu jaga diri dan maruah daripada maksiat pasti perkara sebegini tak berlaku.

" kalau takdek apa-apa saya balik dulu ye. Saya harap awak betul-betul dapat maafkan Fina dan Adam. " ucapnya lalu terus beredar.

Syazira memandang Adam.

" abang minta maaf sayang.. " ucap Adam. Tangannya menggapai kedua-dua belah tangan Syazira. Matanya memandang tepat kedalam anak mata isterinya penuh ikhlas.

Syazira masih lagi terkedu. Tangannya dibawa kebibir Adam.

" just you in my heart. " ucap Adam ikhlas.

Perlahan-lahan tubuh Syazira ditarik ke pelukkan Adam.

" abang minta maaf sayang. " ucapnya sambil mengeratkan pelukkan.

" Sya pun minta maaf sangat-sangat. " balas Syazira sambil membalas pelukkan suaminya. Airmatanya kembali mengalir. Dirinya terasa bodoh dan berdosa.

Dalam mereka menikmati momen indah itu , tiba-tiba...

Aku Bukan Isteri Simpanan 2 Where stories live. Discover now