Perhatian:
Kepada sesiapa yang belum membaca Aku Bukan Isteri Simpanan 1 , sila baca terlebih dahulu.Sebab nanti awak takkan faham jalan cerita , cerita ini.
Kali ni saya bagi flashback je untuk semua supaya ingat balik hero dan heroin dalam cerita ni.
Nantikan part seterusnya ya.
Ingat tak dekat Sesal , saya ada cakap nak bagi surprise. Inilah dia!
Bye.. selamat membaca.
Syazira memandang ke arah kolam. Kelihatan Adam melayani karenah anak-anaknya. Si Arian yang berusia 2 tahun lebih sibuk memercikkan air kepada Adam. Tak lepas juga pada Arissa yang sudah 5 bulan. Bukan main happy lagi dia sehinggakan tidak mahu dipegang , mentang-mentang ada pelampung di lehernya.
" ibu! Ibu! " panggil Arian.
Syazira memandang ke arah Arian.
" cinilah! Mandi dengan Yian! " ajaknya sambil melambaikan tangan.
" ibu sejuklah sayang. Yian tak sejuk ke? " soal Syazira kembali.
" tak! Ala ibu.. kalau ibu cejuk peluklah Yian. Icha. " katanya dengan nada yang masih pelat.
" sinilah sayang. Tak baik buat dekat anak macam tu. " sampuk Adam pula.
" okey-okeylah! " ucap Syazira lalu berjalan ke arah mereka." yeay!! " Arian sudah menjerit keriangan.
Syazira duduk di tepi kolam dan mencelupkan kakinya. Arissa dengan gelak tawanya berpusing-pusing untuk ke arah Syazira. Tangannya menepuk-nepuk saat berada di peha Syazira.
" eh! Happynya dia! " ucap Syazira sambil memegang kedua-dua belah pipi Arissa.
" ibu! Ibu! " panggil Arian mendesak. Syazira pandang ke arahnya. Kelihatan dia sedang berenang tetapi dibantu oleh Adam.
" wo!! Anak ibu hebat. " ucap Syazira sambil tepuk tangan.
Kehidupan mereka lengkap dengan kehadiran 2 orang cahaya mata yang menyinari hidup Adam dan Syazira.
***
Syazira melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dengan baju kerja Adam yang sudah siap digosok.
" abang.. esok nak pakai baju mana ni? " soalnya sambil meletakkan satu persatu baju Adam di dalam almari.
" mana-mana je lah sayang. Sayang pilih je lah. " ucap Adam yang sedang mendodoikan Arissa di atas katil.
" abang pakai baju ni lah. " ucap Syazira sambil menunjukkan baju kemeja berwarna kuning.
Tiba-tiba pintu bilik mereka dikuak dari luar.
Tubuh kecil Arian yang sudah lengkap dengan baju tidurnya itu muncul. Tangannya memegang botol susu.
" bu.. baba.. " panggil Arian.
" eh.. nape ni sayang? " soal Syazira.
" boomm... " ucapnya sambil melangkah ke arah katil. Ada-ada he budak ni , tadi dah tidur.
" meh.. sini meh.. " ucap Adam sambil menepuk katil bersebelahannya.
Arissa yang sudah tidur di dukung dan diletakkan di dalam katil bayi.
Arian panjat ke atas katil dan berbaring di sebelah Adam. Adam segera memeluk erat tubuh kecil Arian.
Setelah tugasnya selesai , Syazira turut melangkah ke arah katil.
" ala.. ibu pun nak peluk Yian jugak. " ucapnya.
Arian melepaskan pelukkan Adam kemudian berpaling ke arah Syazira yang masih berdiri. Tangannya didepa tetapi masih ada botol air yang dihisapnya.
" alo..alo.. comelnya.. " puji Syazira lalu merehatkan tubuh bersebelahan Arian.
_______________________________________
Prolog je dulu keyh?
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomanceKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...