Syazira melangkah kearah ruang tamu setelah mendengar tangisan Arissa.
" kenapa ni sayang? " soal Syazira lembut sebaik sahaja melihat Arissa dan Arian.
Arissa terus didukungnya. Belakang anaknya itu ditepuk. Arissa terus dipujuk lembut.
Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu diatas meja.
" lah.. Dia ni lupa nak bawa handphone ke? " monolong Syazira sendiri apabila handphone suaminya berada diatas meja.
Phonenya terus dicapai. Nombor Farah , PA Adam terus dicari. Setelah beberapa ketika , talian tersebut berangkat.
" hello.. Assalamualaikum Farah. Ni Sya ni. Isteri Adam. " ucapnya terlebih dahulu.
" hello. Waalaikummussalam. Ye Puan Sya. Ada apa? "
" Saya nak tanya. Adam ada dekat office? Sebab phone dia tertinggal. "
" ouh. Maaf puan. Saya tengah cuti bersalin. Sekarang ni orang lain ganti saya. " balasnya lagi.
" ouh yeke? Maaflah. Saya ganggu. Kalau boleh.. Boleh saya tahu siapa ganti awak? "
" ouh! Yang ganti saya Fina. Tuan Adam kata dia kawan lama Tuan Adam. " balasnya membuatkan Syazira sedikit tersentak.
" yeke? Takpelah kalau macam tu. Terima kasih ye. Maaf ganggu. Tahniah atas kelahiran bayi awak. "
" hehe. Takpe. Terima kasih. "
Syazira terus mematikan talian.
" kenapa Adam tak pernah bagitau aku apa-apa aek? Tapi.. takkanlah Fina tu member Yat dulu? " monolongnya sendiri.
" tapi.. tak mustahil jugak. "
Syazira termenung sendiri. Memikirkan bermacam-macam benda andai Fina kembali menjadi masalah yang bakal melanda dalam rumah tangganya.
" bu.. " panggilan Arian mematikan lamumannya.
Wajah kecil anaknya itu ditatap.
" Yian lapar. " sambungnya dalam nada manja.
" Yian lapar? Ala.. siannya anak ibu ni. Kejap ae. Ibu tidurkan Icha jap. " balasnya sambil mencubit lembut pipi Arian. Setelah Arissa tertidur. Dia terus meletakkan Arissa diatas tilam kecilnya.
" jom sayang. Kita pergi makan. " ucap Syazira sambil mendukung tubuh Arian. Pipi tembam Arian diciumnya. Langkahnya diatur kedapur.
***
Syazira meletakkan tomyam yang telah dimasaknya diatas meja." hermm.. Sedapnya bau. " puji Adam sambil memeluk tubuh isterinya dari belakang.
Syazira sedikit terkejut dengan pelukkan yang datang secara tiba-tiba itu.
" eh abang! Dah lama ke balik? Sya tak sedar pun. " balas Syazira. Pelukkan Adam dilepaskan. Tangan kanan Adam dicapai lalu dicium. Beg kerja Adam yang tergantung dibahunya diambil.
" baru je sayang. Abang masuk-masuk terus bau wangi. Tu yang abang masuk dapur ni. Lagipun abang rasa macam tak sedap badanlah. " balas Adam manja.
Syazira meletakkan telapak tangannya diatas dahi Adam.
" lah.. Abang nak demam ni. Mesti berjangkit dengan Sya. " balas Syazira apabila dahi Adam terasa sedikit panas.
" herm... " balas Adam manja lalu memeluk Syazira.
" hai.. Dia dah start dah manja demam dia ni. " ucap Syazira lalu menggosok tubuh suaminya.
Tubuh Adam dipimpin untuk naik ketingkat atas.
Usai mandi dan solat maghrib secara berjemaah. Syazira terus jalan menuruni tangga sambil berpimpinan tangan bersama Adam untuk ke tingkat bawah.
Kelihatan Arian dan Arissa yang sudah berada dimeja setelah Syazira menyelesaikan mereka sebentar tadi.
Syazira menyendukkan nasi kedalam pinggan Adam. Lalu mencedokkan tomyam kedalam mangkuk kecil. Beberapa lauk yang turut dihidangkan turut sama diletakkan didalam pinggan nasi Adam.
Selesai sudah , Syazira menyuapkan pula kedua-dua anak mereka itu makan.
" nasib baik sayang buat tomyam. Masam-masam. Takdeklah tekak abang rasa tak sedap sangat. " ucap Adam lembut.
Syazira tersenyum.
" Sya dah tau dah. Kalau demam mesti satu rumah berjangkit. " Syazira angkat kening beberapa kali.
Adam ketawa kecil.
Siapa macam ni? Kalau demam satu rumah berjangkit?
YOU ARE READING
Aku Bukan Isteri Simpanan 2
RomansKehidupan Syazira dan Adam bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Arian dan Arissa. Kesibukkan Adam sebagai CEO syarikat bapanya sentiasa menjadi penghalang baginya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula dengan keadaan...